Cantik juga bunga ini kalau kumpulkan buat jambangan boleh jadi hiasan meja makan. Sambil-sambil makan boleh ambil pucuknya cicah sambal makan dengan nasi. Sedap, lemak-lemak kelat, berkhasiat tinggi. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu khasiatnya.
Cuaca panas sekarang ini menyebabkan bunga ini cepat kering lalu menghasilkan benih yang berwarna hitam kebiruan dan kelihatan berkilat.
Saya cuba kutip dan kumpul, manalah tau kalau-kalau boleh hidup jadi pokok yang boleh dituai hasilnya nanti.
Apapun saya rasa bunganya memang cantik dan pokoknya banyak tumbuh di kawasan tempat tinggal mak dan abah saya. Yang ini belum berkembang, sebab saya melawat kawasan pada waktu pagi.
Tak pasti pula saya sama ada bunganya mengeluarkan bau wangi atau tidak.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
assalammualaikum dik Rose.
ReplyDeleteCantik bunga ni, bergugus gugus..tanam tepi rumah sebagai pokok pelindung pun cantik ni.
Waalaikumsalam kak puteri, pkk ulam ni kak. Byk tumbuh liar dkt kawasan rumah msk abah sy. Di Sabah mesti ada pkk ni kot. Cuma namanya mungkin lain.
Deletepokok nampak cantik dan segar, menarik sebab pucuk boleh buat ulam..... apa nama pokok ni agaknya.
ReplyDeletePokok ulam cabang tiga atau tenggek burung
Delete