Monday, March 31, 2014

Bunga Ros

 Ini bunga kemunting dan ros jepun


Ini pula bunga ros ungu


Saya sangat sukakan ros jepun yang  mudah dijaga lagi cantik menawan. Bunga mawar pun saya suka sebab cantik jelita.

Semalam saya cuba mengawal diri agar tidak pergi melawat nurseri kerana tak ada apa yang penting perlu dibeli. 

Tapi saya 'ter'pergi juga. Hajat di hati nak tambah koleksi bunga ros jepun,  tapi asyik jumpa yang sama jenis sahaja. Saya perhatikan banyak bunga mawar baru sampai di nurseri kegemaran.  Si Nepal itu pula tunjukkan saya koleksi mawar yang dia letak berasingan dari mawar-mawar lain.

Saya nampak sepasu yang kelihatan lain dari yang lain. Walaupun nama saya Rose, bunga ros memang selalu tak hidup lama kalau saya tanam. Tapi sebab ros yang saya nampak itu cantik jelita, saya terpaksa juga beli sepasu untuk memuaskan hati saya.

Begitulah riwayat ceritera macamana duit saya boleh jadi kurang semalam.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

6 comments:

  1. Cantiknya bunga ros ungu tu kak, besar ke bunga ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak... duk kat ner... nak mintak ros jepun..warna kuning skit... kat sini xde laaa...

      Delete
    2. Email akk semuamenjadi@gmail.com

      Delete
  2. mmg comei, aritu balik kg pun dok tgk bunge2 mak termsk ros jepun, cume nyer ros jepun mak dh tak berapa kembang mekar, sedara mara ros jepun dia yg mekar sgt2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana amik la dan tanam semula. Boh baja mesti cantik nanti

      Delete