Wednesday, April 2, 2014

Gajet Minggu Ini

Saya baru beli gajet ini semalam. Khas untuk siram baja rumpai laut pada tanaman saya, terutamanya untuk ros jepun. Nampaknya baja tersebut sesuai dengan semua pokok termasuk ros jepun, daun-daunnya nampak berkilat dan lebih segar.

Tapi baja rumpai laut ini ada bau hanyir seperti bau ikan. Tapi tak apa, yang penting ia organik dan daripada sumber tumbuhan. Lagipun semua pokok serasi dengan baja tersebut.

Ada sesiapa ke pernah beli 'sprayer' ini. Ada apa-apa masalah tak? Saya belum cuba sembur pokok-pokok lagi dengan menggunakan gajet ini. Sebelum ini saya guna penyembur biasa sahaja. Hajat di hati nak beli penyembur sandang belakang. Tapi toke kedai kata gajet tu besar sangat dan tak sesuai kalau saya nak pakai.

Nyesal cakap saya yang nak pakai, cakap la kuli Nepal (sebenarnya kulit epal pun tak ade) saya ker nak pakai, mesti dia bagi beli kan...kan...kan.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

2 comments:

  1. wahhhh pasni makin subur lah pokok2 bunga akak yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. ..tk sempat gunakan lg pun. Bz sgt

      Delete