Thursday, April 3, 2014

Hibiscus Sabdariffa - Jus, Jem, Halwa, Benih

 Ini dia hasil daripada sepohon pokok roselle. Boleh tahan banyak. Puas hati. Sampai nak rebah pokoknya. Abah saya suruh saya cepat-cepat tuai sebab mengganggu pokok-pokok serai yang ditanamnya. Pokok ini abah saya yang tanam dalam kebunnya (sebab saya suruh...hehehe), bukan pokok saya. Pokok yang saya tanam kurus sahaja sebab tanam dalam pasu kecik. Tapi berbuah juga.



 Biji benihnya saya keluarkan dari buah dan keringkan. Buat masa ini sebahagian rakan-rakan yang menempah biji benih, pokok dan keratan dari Semua Menjadi mendapat benih roselle daripada saya secara percuma.
 
Kadang-kadang saya tulis F.O.C pada bungkusan tersebut. Ada pula dua tiga orang rakan tanya saya sama ada itu sejenis biji benih baru. F.O.C maksudnya percumalah atau 'free of charge'. Kelakar pula rasanya, saya ini tak ada jual biji benih canggih-canggih, yang biasa-biasa sahaja sesuai untuk pekebun-pekebun amatur macam saya sendiri.
 

Kelopak roselle pula saya buat jus, jem dan halwa sekali harung guna BM, guna fungsi buat jem. Senang, tak payah nak kacau selalu. Biarkan BM jalankan kerja terbut dengan jayanya. Pada pusingan pertama saya keluarkan cecair dan sebahagian kelopak untuk jus dan halwa. Kemudian saya hidupkan kembali BM untuk satu lagi pusingan fungsi jem. Dapatlah jem pekat sedap masam-masam manis.

6 comments:

  1. bestnyer... bm tu breadmaker ek? dana kt umah pun ada dpt skit masa balik kg, tp lum kesempatan nk jadikan jus lagi

    ReplyDelete
  2. kak rose...nak sikit benihnya...FOC kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maba bole bg free sesaje jer. Hehehe. ..tp sbb dah bli pkk delimakan, kita bg FOC 2 pkt

      Delete
  3. Pernah tanam pokok nie...sepokok pun boleh dapat hasil yang banyak, berbaloi2...buat jem n air sedap.

    ReplyDelete