Thursday, May 8, 2014

Kisah Kacang Panjang Renek

 Dah lama saya teringin nak tanam kacang panjang renek. Tapi tak tanam-tanam. Tapi terpaksa tanam juga kali ini untuk uji sama ada biji benih masih bernas lagi sebelum dipasarkan. 


 Tak sangkalah pula tumbuh subur dan gemuk sampai macam ini. saya guna baja rumpai laut jer.Kacang panjang renek ini saya tanam dalam pasu plastik kecil sahaja.  Pokoknya cepat berbunga dan keluar putik.

Saya tanam depan rumah. Tak boleh nak alih sebab akarnya dah merayap ke luar pasu.


Buah kacang panjang ini saya cadang nak simpan sampai tua untuk buat benih sebab stok saya dah habis. Malang tak berbau, ada seorang rakan opis yang datang melawat telah melenyek sebiji kacang yang paling besar dengan keretanya. 

Nasib baik dia lenyek sebiji kacang sahaja dan bukannya pokok kacang panjang renek saya. Kalau tidak menangis tak berlagu saya. Kacang yang terlenyek dihujungnya tu saya buang bahagian dilenyek dan bahagian yang elok saya makan mentah sahaja. Elok sedap dan manis maklumlah tanam sendiri.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

7 comments:

  1. salam...smRose, pokok nie tak menjalar yer..tak payah pakai junjung ker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, yer tak menjalar. tegak gitu jer.

      Delete
  2. Pokok macam kacang kelisa..kalau tak menmanjat berminat juga....

    ReplyDelete
  3. Kak rose mmg namanya kacang panjang renek eh. Kacang tu yg pendek atau pokok yg renek. Kaku panggilnkacang pendek jadi x ? Heheheh

    ReplyDelete
  4. menarik juga pokok sayur ni kak, xsabar nak beli benihnya dari kakak :)

    ReplyDelete