Friday, May 9, 2014

Kebun Herba Kolah

 Kolah ini asalnya dalam bilik mandi di rumah saya. Kolah 3rd hand, maklumlah saya ini pemilik ketiga rumah ini setelah tiga kali berjual beli. Kolah ini selalu membikin masalah pada saya, air selalu tiris. Jadi saya letak dibelakang rumah.
Daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes baiklah saya jadikan ianya kebun herba. Dibahagian bawahnya saya masukkan pasu-pasu pecah dan ranting kayu. Cuma dibahagian atas sahaja saya masukkan tanah. Dapatlah serba sedikit menjimatkan tanah yang digunakan.


Antara pokok yang saya tanam dalam kolah ini adalah puding ulam, akar som, beluntas, mata itek dan salam. Kalau pokok-pokok ini dah besar nanti tak taulah saya macamana jadinya. Kita lihat sahajalah nanti.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

8 comments:

  1. Jiran sy ada buat mcm ni..dia tanam daun kesum Dan tomato

    ReplyDelete
  2. bagus ler...satu idea yg baik tu....
    saya tak pernah jumpa mata itek, macam mana agaknya rupa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gambar daun yg paling besar cam daun jmbu air tu

      Delete
  3. Pokok puding boleh buat ulam?..Saya ni banayk tak tahu tentang pokok-pokok ulam..mata itek tu kat kampung dulu banyak..

    ReplyDelete
  4. sgt berguna... kalu mcm kt umah botol minyak 5liter jd pasu pokok hehhe... jd lah kan

    ReplyDelete