Wednesday, May 14, 2014

Penanaman Pucuk Ubi Kerinting cara Semua Menjadi

Saya peminat nombor satu sayur pucuk ubi, dan yang paling saya minat sekali tentulah pucuk ubi kerinting. Saya dapati pokok ubi kerinting ini kadangkala lebih hidup subur di kawasan yang redup. Di samping itu ia mudah terkena serangan bena putih. Mungkin agaknya disebabkan pucuk ubi jenis ini lebih enak dan mudah empuk berbanding pucuk ubi biasa.

Cara penanaman ini pun saya terjumpa secara tidak sengaja. Kebetulan saya ada banyak keratan batang yang saya simpan atas pesanan pelanggan. Saya cucukkan dalam pasu panjang yang kebetulan kosong. Tunas dan pucuk baru keluar dengan galak dan cantik daripada keratan tersebut. Semakin lama di biar tunas tadi naik dengan sangat cantik dan kelihatan sangat sedap kalau dibuat sayur.

Saya pun ambil lebih banyak keratan daripada rumah mak saya dan tanam seperti dalam gambar. hasilnya saya dapat pucuk ubi yang betul-betul muda dan sedap dibuat sayur. Saya letakkan pasu-pasu ini di bawah 'awning' rumah saya dan nampaknya pokok ubi kerinting saya gembira di situ dan membuatkan kawan-kawan yang datang melawat pun geram dengan kecomelan dan kesuburan pucuk ubi kerinting saya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

11 comments:

  1. Ada petua x kak, kalo nak ambik pucuk ubi keriting ni? cam pucuk keledek, kalo kita nak ambil, kena ambil waktu pagi, kalo ambil waktu petang nanti rasa pucuk tu x sedap (petua jiran saya),

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tk de petua kalo utk mkn sendiri. Kadang2 mlm2 pun akk kutip

      Delete
  2. mmg jenis dia sndiri yek pucuk ubi daun kerenting... ingatkan sbb dia sakit ke apa...
    dia mmg di tnm utk daun je ke, n ada ubi nyer tak? soalan bkn main banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mmg sebegitulah kejadiannya.Slalu mmg mkn daun jer.

      Delete
  3. Rose...ubi jenis ni..mcm ubi kayu juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mmg adik beradik ubi kayu sepupu singkong....hehehe

      Delete
  4. Waalaikumsalam. Selamat datang. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. pokok ubi kerinting untuk makan pucuk sajakah? atau boleh juga makan kedua2nya iaitu pucuk dan ubi?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak mkan ubinya tapi ada baca kt fb org tu mkn ubinya

      Delete
  6. Apa nama saintifik dan famili pokok ini ya?

    ReplyDelete
  7. Ada gambar ubinya tak. Boleh makan ke tak.

    ReplyDelete