Friday, May 23, 2014

Kucai dan Daun Sup bukan untuk diJual

 Inilah pokok kucai kesayangan saya. Gemuk dan montel. saya beli anak pokoknya daripada sebuah nursery. Itupun tinggal sepasu sahaja. Jangan pula ada yang minta nak beli anak pokok kucai daripada saya. Saya belum ada benih lebih untuk dijual.


 Ini pula pokok daun sup saya. Semuanya di kebun tergantung belakang rumah saya. Yang ini mungkin boleh jual tapi tak jamin la masih segar bugar kalau pos...hehehehe. 
 
Bahagia rasanya bila rasa nak masak petik jer kat belakang rumah sekadar yang perlu. Kalau dah terlalu banyak, boleh potong dan sedekah bagi kawan-kawan kat opis. Berkongsi kegembiraan berkebun.
 
Nampaknya saya telah berjaya membawa aura positif berkebun di tempat kerja saya. Ramai rakan-rakan dah mula berminat berkebun di rumah. Masing-masing sibuk bercerita tentang tanaman masing-masing dan tak kurang juga yang meminta nasihat daripada saya. Malahan staf-staf senior pun mintak pendapat saya dalam hal-hal berkebun.


 Cerita lain pula saya ni. Sebenarnya saya nak cerita yang gabungan kucai dan daun sup ini sangat serasi bila digandingkan bersama.


Potong pendek-pendek campurkan dengan udang, tepung, cili tumbuk, garam dan air. Hasilnya cucur udang yang enak dan menyelerakan.
 
 
 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 
 
 
 

8 comments:

  1. ohhh! sedapnya cucur udang tu Rose...terlecur air liur nihh..
    Rose, boleh ker buat lawatan ke kebun tergantung tuhh ?
    nak belajar jugak nie..

    ReplyDelete
  2. oh, really so gemuk ur kucai!! mine kurus ja aft 1st harvest. minta petua >_<

    ReplyDelete
  3. Sama jugak..kurus saja kuaci...any petua?

    ReplyDelete
  4. Salam Rose,

    Rose ni apa je yang ditanamnya tak gemuk??! Mak Aji tuan boleh tahan cuma pokok je yang tak berapa boleh tahan saiznya!

    ReplyDelete
  5. sedapnya, nmpak yang belum masuk tepung tu pun dah terliur...

    ReplyDelete
  6. KNani: Boleh melawat dlm alam maya...hehehehe
    Olive: toke neseri yang I beli pokok ni pesan bagi baja tahi ayam
    Nadia: Sila guna baja tahi ayam
    Mak AJi: Hahahaha...Mak Aji, ada gak pokok sy yg kurus keding cuma tk tunjuk jer
    KMar: Napa Kmar, dah tanam daun sup ke belum?
    Julie: Alhamdulillah, rezeki
    sud@is: camtu kna buat la cucur tu...hehehe

    ReplyDelete