Friday, May 30, 2014

Tertarik Seperti Magnet

 Dua tiga menjak ini saya terlalu sibuk. Sampai tak ada masa nak apdet blog yang saya sayangi ini hari-hari. Selain sibuk dengan bisnes kecilan saya, saya juga sibuk mengunjungi nurseri yang terlalu banyak di tempat saya.

Saya terjumpa bunga ini di satu nurseri. Mak oiii! Lawa sungguh. Saya ditarik kuasa magnet bunga ini dan terus membayar wang kepada toke. Masa mula-mula beli bunganya cuma satu.


 Tapi hari ini bunganya dah jadi tiga bukan, silap, ada empat rupa-rupanya, disebabkan terlalu besar bunga tersebut terselit di bawah bunga yang atas sekali. Bunga ini lembut tetapi saiznya lebih besar dari tapak tangan orang dewasa.


Yang ini pun ada kuasa magnet yang kuat, saya terus beli 2 pasu berlainan warna. Walaupun harganya mahal saya tidak ragu-ragu membayarnya. Cuma saya ragu-ragu mana nak letak semua bunga-bunga ini sebab halaman rumah saya dah penuh dengan pelbagai jenis pokok dan juga bunga ros jepun.

10 comments:

  1. Macam bunga kangkung versi besar lak!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya..belum pernah jumpa lagi kat nursery disini.

    ReplyDelete
  3. Memang debom... sapela yg tak suka!

    ReplyDelete
  4. Nadia: Bunga Seri Pagi, nama spesifik tak tau...hehehe
    Zana Mohd: yer tak yer la, macam bunga kangkung tapi lembik
    KNormala Saad: Nanti sampai la tu naik feri ke Langkawi...hehehe
    KMar Suka suka: itu yang saya terpikat dan terus hulur duit kat toke

    ReplyDelete
  5. hehe.......... saya ragu2 tang nak bayarr

    ReplyDelete
  6. Bunga Phlox tu sangat menggodalah kak, suka sangat saya tengok, x jual ke tu? hehe....

    ReplyDelete