Wednesday, July 30, 2014

Tempahan Keratan Batang Ros jepun di buka sekarang!!!



Bagi yang berminat boleh email semuamenjadi@gmail.com atau hantar private message kepada fb Semua menjadi.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, July 23, 2014

Bunga Nasi Kerabu yang Serbaguna

 Bunga telang segar


 Bunga telang yang dikeringkan
 
 
Pokok bunga telang saya
 
 
 Nasi biru a.k.a nasi kerabu (kerabunya tak buat....hehehe!)



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, July 17, 2014

Kacang Panjang Renek

 Dah masuk tiga kali saya tanam kacang panjang renek. Sangat sesuai untuk pekebun bandar yang duduk dekat rumah teres ke, pangsapuri ke atau mana-mana rumah yang tak ada kawasan luas untuk bertanam.




 
Pokok ini tidak memanjat macam kacang panjang biasa. Boleh tanam dalam pasu, polibag atau terus di atas tanah. Pokoknya memang senang nak hidup, tengok seperti gambar ini, saya tanam celah-celah pasu pun ia hidup subur, siap berbuah lagi.
 
Kelebihan pokok kacang panjang renek ini ialah ia cepat mengeluarkan hasil berbanding kacang panjang biasa tetapi hayat pokoknya lebih pendek daripada jenis biasa. Kalau tak silap saya dalam masa sebulan daripada biji benih disemai kita dah boleh tuai hasil kacang panjang yang memang panjang dan bukannya renek seperti pokoknya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Monday, July 14, 2014

Si Pinkie Som

 Berkenan sungguh saya dengan pokok akar som atau ginseng jawa ini. Pokoknya cantik dan bunganya comel. senang sangat nak hidup dan membiak. kadang-kadang sampai tak terkawal.


 Saya pernah beli biji benih pokok ini tapi sampai sekarang tak tanam. Saya juga pernah usha anak pokok ini di satu kedai runcit berhampiran rumah saya. Nak minta rasa macam segan. Sampai ke sudah tak minta.


Tetiba sekali itu saya jumpa anak pokoknya di jual. Pokoknya di tanam dalam polybag dengan batang kekuningan seperti nak tunggu masa sahaja. tapi saya beli juga sebab dah lama saya teringin nak tanam pokok ini. Tak sangka bila saya ubah ke dalam pasu kolah terus dia membiak dan membesar dengan jayanya. Habis pokok lain ketinggalan.
 
Jangan tak tahu daun pokok ini boleh dimakan yer. Boleh buat ulam atau pun sayur malah boleh dijadikan ubat bisul. Akarnya pula dikatakan dapat merawat asthma. Tak rugi tanam pokok ini, tapi sekarang ini yang paling saya suka adalah bunganya yang comel dan berwarna merah jambu.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, July 3, 2014

Terjawab Akhirnya

 Terjawab akhirnya warna bunga iris yang saya beli di nursery. Lama juga nak tunggu bunganya keluar. Saya ada paparkan gambar pokoknya di FB sebab saya tak tahu nama sebenar pokok ini. saya beli sebab daunnya nampak cantik.
 
Ramai yang menjawab persoalan saya malah ramai juga yang meneka warna bunga yang bakal keluar. Sebenarnya saya pernah Nampak bunga ini di Cameron Highland dan ia nampak sangat cantik dan segar.

Inilah pokok yang saya beli semata-mata kerana terpikat dengan kehijauan daunnya. Rupa-rupanya ada bunga yang sangat cantik di hujung daun tersebut.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?