Thursday, July 17, 2014

Kacang Panjang Renek

 Dah masuk tiga kali saya tanam kacang panjang renek. Sangat sesuai untuk pekebun bandar yang duduk dekat rumah teres ke, pangsapuri ke atau mana-mana rumah yang tak ada kawasan luas untuk bertanam.




 
Pokok ini tidak memanjat macam kacang panjang biasa. Boleh tanam dalam pasu, polibag atau terus di atas tanah. Pokoknya memang senang nak hidup, tengok seperti gambar ini, saya tanam celah-celah pasu pun ia hidup subur, siap berbuah lagi.
 
Kelebihan pokok kacang panjang renek ini ialah ia cepat mengeluarkan hasil berbanding kacang panjang biasa tetapi hayat pokoknya lebih pendek daripada jenis biasa. Kalau tak silap saya dalam masa sebulan daripada biji benih disemai kita dah boleh tuai hasil kacang panjang yang memang panjang dan bukannya renek seperti pokoknya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


4 comments:

  1. Ermm tak payah buat para.....best ni...

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok kacang panjang renek ni, book benih 2pkt kak :)

    ReplyDelete
  3. KMar: Tak ada, sy pun teringin nak tanam tu
    sud@is: itu yang penting skali, tak serabut
    Julie: Ok noted

    ReplyDelete