Monday, July 14, 2014

Si Pinkie Som

 Berkenan sungguh saya dengan pokok akar som atau ginseng jawa ini. Pokoknya cantik dan bunganya comel. senang sangat nak hidup dan membiak. kadang-kadang sampai tak terkawal.


 Saya pernah beli biji benih pokok ini tapi sampai sekarang tak tanam. Saya juga pernah usha anak pokok ini di satu kedai runcit berhampiran rumah saya. Nak minta rasa macam segan. Sampai ke sudah tak minta.


Tetiba sekali itu saya jumpa anak pokoknya di jual. Pokoknya di tanam dalam polybag dengan batang kekuningan seperti nak tunggu masa sahaja. tapi saya beli juga sebab dah lama saya teringin nak tanam pokok ini. Tak sangka bila saya ubah ke dalam pasu kolah terus dia membiak dan membesar dengan jayanya. Habis pokok lain ketinggalan.
 
Jangan tak tahu daun pokok ini boleh dimakan yer. Boleh buat ulam atau pun sayur malah boleh dijadikan ubat bisul. Akarnya pula dikatakan dapat merawat asthma. Tak rugi tanam pokok ini, tapi sekarang ini yang paling saya suka adalah bunganya yang comel dan berwarna merah jambu.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

5 comments:

  1. pokok ni memang senang membiak kak, Julie tanam guna keratan batang je, tapi bukan yg ini, yg satu lagi "jewel of opar", .Bunga pink ginseng jawa ini memang cantik, suka Julie tengok :)

    ReplyDelete
  2. Untung tanam pokon ni serbaguna.

    ReplyDelete
  3. Salam Rose,

    Pokok ni Mak Aji punya tumbuh kat tanah, cukup subur sekali!

    ReplyDelete
  4. Julie: yang ini boleh tanam keratin batang gak ker?
    JunAina: tanam pokok apa pun untung....hehehe, jom tanam pokok
    Mak Aji: Salam, kita tak cukup tanah, dlm pasu pun jadi la....hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam
    Nat ada sejenis pokok mak angkat Nat bagi ..
    bunga nyer seakan2 bunga ini .. tapi sangat nipis & mudah kecut ..
    tumbuh 1 esok kecut & kering .. 3-4 hari lagi tumbuh lagi .. gitu ..

    delima jap .. tak tau mcmn nak kasi bunganya mekar & rterus kekal .. & membesar dgn sihat

    ReplyDelete