Thursday, October 30, 2014

Kerabu Viral Asam Masin

Kenapa saya panggil kerabu? Sebab ini bukan jeruk, hanya letak dalam petiais untuk  ramuannya mesra sahaja dan tak melalui proses penjerukkan pun. Kalau jeruk macam yang saya buat di SINI.
 
Proses pembuatan kerabu viral asam masin mengikut cara saya adalah seperti di bawah:
 
 
 Mula-mula buang kulit buah yang hendak dikerabukan. Saya suka guna buah epal hijau dan jambu batu, kalau mangga masam sikit. Ngilu gigi. Saya rasa mangga lagi sesuai kalau buat jeruk.
 


 Selepas itu potong nipis buah-buah tadi seperti gambar, senang sikit ramuan lain nak meresap, tak payah simpan lama-lama dalam petiais.



 Kemudian potong kecil-kecil cili api dan taburkan atas buah.


 Letakkan asam masin, lagi banyak lagi sedap. Pilih asam masin yang sesuai, kalau tidak kerabu anda mungkin akan rasa pahit dan tak sedap.


 Akhir sekali taburkan gula secukup rasa, saya tak tambah garam sebab asam masin yang saya guna dah cukup masin. Adukkan ramuan tadi sehingga mesra dan sekata. Kemudian bolehlah masukkan dalam petiais semalaman atau 2 ke 3 jam pun boleh.
 
 
Bila dah siap bolehlah makan beramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. Jangan makan sorang, nanti tak sedar satu bekas habis dimakan. Tak baik pula untuk kesihatan.
 
 
Di bawah ini merupakan kerabu-kerabu yang telah saya buat dengan pelbagai jenis buah, tapi yang menjadi pojaan saya tentulah kerabu viral asam masin epal hijau.
 
Selamat mencuba!!!
 
 
 Mempelam hiris tebal
 
 
 Jambu batu tanpa biji
 
 
 Epal hijau
 
 
Mempelam hiris kecil




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



7 comments:

  1. Memang dah viral sangat. kat sini satu tupperware bulat kecil ( tak penuh pun ) RM5.00. Saya belum pernah beli dan rasa lagi..mungkin baik buat sendiri dah mudah macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang sangat kalo buat sendiri, KMala kan ada banyak buah manga...hehehe

      Delete
  2. Mencair air liuqq...datang sini , yang dok famous lani....

    ReplyDelete
  3. kok yer pun tangkai cili tu buang ler..

    ReplyDelete
  4. sud@is: sedap dan senang jer nak buat

    KNani: meh la makan... hehehe

    suraualqayyum: tangkai cili tu ubat, pernah dengar tak...?

    Julie: apalagi buat jer...ekeke

    ReplyDelete