Wednesday, February 11, 2015

dah 10 tahun tak ambil MC

Lamanya tak menulis di sini. Dah lama teringin, tapi banyak sangat kekangan.

Tahun 2015 ini saya banyak terima dugaan terutamanya dari segi sakit. Saya ini orangnya jarang-jarang sakit. Seingat saya dah 10 tahun saya tak pernah ambil MC dari mana-mana klinik, kerajaan mahupun swasta. Walaupun adalah kena demam sikit-sikit dan selesema sekali- sekala, saya datang juga kerja.

2 ke 3 minggu juga saya tahan sakit sebelum ambil MC untuk yang pertama kalinya selepas 10 tahun. Tapi keadaan kesihatan saya makin memburuk. Tapi saya datang juga sebab ada satu majlis yang saya perlu uruskan bersama rakan-rakan.

Esoknya saya terpaksa ambil MC lagi tapi boss kecik ajak saya pergi hospital sebab dia kata keadaan saya teruk sangat. Sebenarnya saya dah pegi 3 buah klinik swasta, diagnosis yang diberi tentang penyakit saya sama sahaja, jadi saya ingin ambil kesempatan ke hospital kerajaan untuk mendapat satu lagi rujukan tentang penyakit tersebut.

Saya terus dibawa ke ruang kecemasan, setelah diperiksa, saya sendiri terkejut kerana saya perlu baring atas katil dan bukannya sekadar ditolak dengan kerusi roda. Maknanya keadaan saya memang teruk.

Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, saya dimasukkan ke wad dan yang paling menarik inilah kali pertama saya dimasukkan ke wad. Dan saya pun tak sangka inilah pengalaman paling meninggalkan trauma dalam hidup saya setakat ini.

Nanti saya sambung cerita ini pada bahagian yang ke2 yer.

 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




7 comments:

  1. semoga segera sembuh seperti sediakala..aamiin..

    ReplyDelete
  2. As salam.. Moga cepat sembuh. Apa penyakitnya?

    ReplyDelete
  3. Fadzillah naim: TQVM atas doanya, Aamiin
    ummiLIN: TQVM Aamin
    hijau: Waalaikumsalam, Aamin, penyakit biasa-biasa jer.


    ReplyDelete
  4. Memang kena banyak bersabar...kalau kena masuk hospital ni. Rasa boring dan tekanan. Saya kalau nak habiskan air sebotol tu pun dah rasa mcm nak terjun katil lari balik..

    ReplyDelete