Thursday, February 12, 2015

Masuk wad Pertama Kalinya

Sambungan dari cerita saya semalam,

Saya pun ditempatkan di wad  pada jam 1.50 ptg setelah berjam-jam ditempatkan dibahagian kecemasan dari pagi. Nasib baik la sepanjang saya disana tak ada kejadian yang ngeri berlaku pada pesakit lain. Nampaknya cuma ada kes biasa seperti strok, sesak nafas dan bangla yang tak dapat dirawat sebab tak ada duit dan bossnya buat tak tau saja.

Semasa di bahagian kecemasan beberapa ujian telah dilakukan termasuklah proses ambil darah. Pada masa itu saya tak rasa sakit lansung. Nampaknya hasil ujian lebih kurang sama sahaja dengan diagnosis doktor-doktor swasta yang telah saya jumpa.

Semasa di wad saya perhatikan pesakit-pesakit lain kelihatan teruk gak muka masing-masing, kebanyakannya lebam di bahagian keliling mata, mungkin tak cukup tidur sebab sakit. Muka saya sendiri rasanya tak lebam kot, cuma kawan-kawan saya asik buat iklan Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih kat saya beberapa kali masa kat bahagian kecemasan. Pucat kot, tapi saya rasa biasa jer.

Masuk wad macam biasa buat ujian lagi, ambil darah, jawab soalan pelajar kedoktoran, doktor pelatih, doktor biasa, doktor tengah ambil master, doktor pakar, sampai rasa macam kena jawab soalan peperiksaan.

Jawapan saya pun dah tak konsisten. Dah la tak sihat nak kena fikir banyak benda pula. Sampai saya bosan dan saya pula tanya soalan kat semua orang tu. Sampai akhirnya bila ada yang tanya soalan, saya cuma senyum sinis, sehinggakan diorang pun takut nak tanya soalan lagi.

Setelah pelbagai ujian saya jalani, saya dicadangkan untuk dimasukkan darah. Masa saya sain borang untuk terima darah tu, kecut perut saya baca ayat-ayat dalam borang tentang risiko yang bakal dihadapi, tapi saya sain juga la.

Saya tanya doktor, agak-agak berapa lama saya kena duduk hospital, dia kata paling kurang lapan hari dan paling lama mungkin sebulan. Nurse siap cadangkan saya bawa kipas dari rumah sebab saya nak duduk lama tentulah tak tahan panas kat wad tu. Memikirkan yang itu pun saya tak sanggup.

Proses masuk darah pun bermula, saya tengok orang sekeliling saya cuma masuk air jer, saya sorang masuk darah. Paling tak tahan saya tak dibenarkan untuk duduk mahupun berdiri. Asyik kena baring sehinggakan saya berasa sangatlah bosan. Nurse pun rajin sangat datang cek saya baring ker tidak.

Macam biasa tak sudah-sudah ambil darah saya untuk buat ujian, saya rasa darah yang masuk dah sama banyak dengan darah yang diambil untuk buat ujian. Mula-mula dulu tak sakit bila kena cucuk jarum tu, sekarang ni dah selalu sangat sehinggakan  terasa sakitnya sampai ke ulu hati. Saya sampai berazam untuk menendang doktor tu kalau dia datang lagi nak ambil darah saya.

Setelah 2 pek darah dimasukkan, keputusan dikeluarkan dan kata doktor tak banyak perubahan pada penyakit saya. Rasa nak ketawa pun ada, rasa nak nangis lagiii ada. Dan dan saya terbayang lagi selori darah kena masuk ke dalam badan saya ni yang tak tau asal usulnya dan dilengkapi pakej risiko yang sangat menakutkan.

Doktor kata saya kena bersedia untuk menerima pek-pek darah yang seterusnya. Sementara tu dia ambil darah lagi, buat ujian lagi. Setiap kali ada doktor lain datang kena buat ujian lagi.  Bila saya kata saya dah buat ujian tersebut, diorang kata ni doktor lain, kena buat ujian lain. Saya rasa saya ni dah jadi tikus makmal. Saya dah tak tahan. Lumat tangan saya asyik kena cucuk, keluar hospital nanti orang kata saya ni penagih dadah pulak.

Kerana terlalu bosan duduk kat hospital saya asyik menulis status di fb. Mesti bosan orang membacanya, saya siap tanya perancangan macamana nak lari dari hospital.

Oklah, banyak sangat saya membebel, nanti kita sambung lagi ke bahagian 3 yer.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?







   

4 comments:

  1. semoga anda tabah & penyakit cepat2 dapat diubati

    ReplyDelete
  2. aduh la... apa hampeh betul... kalu asik nk kene amik darah je nk rehat pun tak boleh

    lamanyer kene duk hospital... aduhla, moga dipermudahkan semua ye kak

    ReplyDelete
  3. Didoakan semoga sis segera sembuh dan sihat walafiat..

    ReplyDelete
  4. rostina76: Aamin. TQVM
    Dana: nak rehat mendanya, sakit lagi
    kasihilmar: Aamin. TQVM

    ReplyDelete