Friday, February 13, 2015

Lari dari Hospital?

Sambungan, bahagian ke 3.

Masa yang diambil untuk memasukkan darah bagi pek yang ke tiga sangatlah lama. Membuatkan saya berasa sangat bosan. Yang paling saya menyampah, darah saya kena ambil lagi katanya untuk kepastian darah saya jenis apa, takkan la satu malam darah saya boleh berubah jenisnya kot.

Mungkin ia satu prosedur untuk ambil darah kat bank darah tapi ia sangat menyukarkan pesakit. Macamana la agaknya prosedur selepas ini lagi-lagi kalau melibatkan berpek-pek darah. Pengsan saya.

Sedang saya berehat-rehat menunggu masa untuk dimasukkan darah. datang lagi pelbagai doktor nak buat ujian macam-macam lagi pada saya. Mula-mula saya ikutkan juga, selang setengah jam datang pula sekumpulan doktor seramai lebih 20 orang bercerita depan katil saya dekat satu jam.

Saya dah malas nak layan, saya layankan telefon saya sahaja. Buat cam orang bodoh jer. Lantaklah diorang tanya soalan apa pun, saya buat tak tau sahaja.

Selepas habis sesi perbincangan tersebut, saya diarahkan untuk buat beberapa ujian lagi. Geramnya rasa. Kali ini dengan alasan doktor pakar pula nak buat ujian. Saya dah tak boleh sabar lagi, saya cakap kat doktor baik-baik baru jap tadi saya buat ujian. Tapi dia kata kena buat juga, nampak juga rasa bersalah kat mukanya tapi sebab boss dia datang terpaksa la dia paksa saya.

Sementara tunggu giliran saya dah buat keputusan nekad takkan buat ujian-ujian tu semua lagi.

Akhirnya bila sampai giliran saya, doktor pakar tu sibuk interview saya, tanya saya kerja apa la, itu la ini la. Lepas itu saya pula bagitau dia yang saya tak mahu buat semua ujian-ujian tu lagi dan saya tak mahu lagi darah dimasukkan dalam badan saya. Saya cakap dengan dia saya nak keluar hospital atas risiko sendiri.

Doktor tu cepat sahaja faham dan benarkan saya keluar hospital. Saya pun segera bersiap selaju-lajunya dan telefon orang untuk ambil saya dari hospital.  Sampai tempat darah masuk tu pun saya tak suruh nurse tanggalkan.

Selepas keluar dari wad saya terus ke kaunter bayaran, saya duduk di wad satu hari satu malam sahaja (hospital kerajaan) bilnya mencecah RM681. Saya rasa sebab banyak sangat ujian yang dilakukan tu sebab bilnya mahal pada saya orang yang tak berada ni. Kalau saya duduk sebulan, agaknya terpaksa minta derma kat pembaca blog ni untuk bayar bil.

Ada sambungan lagi, hahaha! Larat ker nak baca ni?



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




7 comments:

  1. akhirnya dpt jgk akak melarikan diri dr hospital, masalah nye apa trk sgt asik bt ujian je.... mahalnyer 1 mlm dh sampai 600++ kt hospital kerajaan...tp zalim betul merek2 tuh... bt akak mcm tikus putih, duk cck sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula dah planning nak lari gitu jer, tapi teringat yg akk ni org bekerja terpaksa la buat jalan yg betui, kang dia bawak polis datang opis kan ker malu, hahahaha!

      Delete
  2. Wah kak, sampai 20 orang doktor, ramainya!

    ReplyDelete
  3. Julie: Ya. Mmg sgt ramai.
    KMar:hehehe...sakit biasa2 jer
    md zabri: aamiin,tqvm

    ReplyDelete
  4. Ap hukuman nya bila lari dari hospital

    ReplyDelete