Friday, December 11, 2015

Cara Menyimpan Biji Benih



Saya suka kumpul biji benih, kalau dapat yang rare lagi best. Kadang-kadang tak tanam pun. Asalkan dapat pun dah cukup puas hati. Dah macam pengumpul  stem pulak. Dulu saya suka kumpul stem, sekarang pun suka.

Ini cara saya kumpul biji benih, memang la banyak sebab saya jual. Memang best dapat kumpul benih begini. Saya susun ikut abjad, tapi kalau ada benih baru kucar-kacir jugak susunannya. Tapi saya hampir hafal setiap kedudukan benih yang ada. Kadang-kadang tersasar jugak.

Menurut pakar-pakar, untuk biji benih tahan lebih lama iaitu sekurang-kuranya dua tahun, elok simpan dibahagian bawah petiais. Simpan dalam bekas bertutup agar benih tak kena air dan tak terlalu kering disebabkan suhu petiais.

No comments:

Post a Comment