Friday, December 4, 2015

Dilema Seorang Penanam Serai



Abah saya mengisi masa terluangnya dengan bertani. Macam-macam yang abah saya tanam tapi akibat ancaman babi hutan abah saya teruskan dengan menanam serai.

Gambar ini diambil ketika saya temankan abah saya potong serai sebelum di jual sambil bersembang hal-hal tani. Yer minat kami memang sama.

Dulu hanya abah saya yang tanam serai di kawasan ini. Sejak tengok serai abah saya hidup subur dan mendatangkan hasil, ramai yang mengikut jejaknya termasuklah jiran-jiran berhampiran.

Masing-masing minta benih serai secara percuma tapi dengan niat nak berniaga kemudiannya. Kesian abah saya, dia tak mampu nak kata apa kalau orang tak berbahasa.

Ada juga yang datang ceroboh kebun abah saya untuk ambil benih sesuka hati walaupun dah minta tapi tetap kurang manis pada pandangan saya.

Akhirnya dia terjumpa ular diperdu serai. Sedangkan saya selalu sahaja meredah rumpunan serai tanpa jumpa apa-apa sehingga sekarang.

Abah saya kata sekarang ini serai dah kurang laku. Penyebabnya pengeluaran melebihi permintaan. Semua orang pun nak tanam serai tapi takda tempat nak dipasarkan.

Banyak rumpun serai yang mati begitu sahaja. Abah saya dah macam putus asa.

Sekarang abah saya nak tanam pokok anggur pulak... hahaha. Macam kelakar kan. Tapi memang abah saya dah mula tanam pokok anggur, alhamdulillah nampak elok.

Semuanya atas nasihat anak kesayangan dia iaitu saya....kikiki!   

2 comments:

  1. mcm2 peel org kan kak.... tau nk senang je... abah dana tnm nenes kalu dia nk mule tanam nenas even beli benih kt kwn pun dia byr se ketui tuh ikut harga pasaran walaupun kwn....

    moga2 menjadi lah kebun anggur abah akak nnti... jgn lupe share kt sini tau tanaman anggur abah akka... pastu jgn lupe bt pagar cantik2 jgn sampai ada org senang2 blh msk.... adik dana tnm anggur ada hasil skit pun kami dh excited ni kan pulak kalau ada banyak

    ReplyDelete
  2. Janji bersungguh...Insya Allah ada hasilnya nanti....Hormat pada bapanya....Keringat yang tak terhitung

    ReplyDelete