Thursday, December 3, 2015

Keriang Dot

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Inilah rupa buah keriang dot yang sangat glamer kat FB. Saya biasa dengar sahaja, tak pernah jumpa mahupun makan buah ini. Banyak yang diperkatakan tentang buah nostalgia ini. Ramai yang kata sedap, saya hanya dapat telan air liur jer mendengarkan kisah buah ini.

Banyak nama lain juga untuk buah ini, ada yang panggil jambu arang, buah jamblang dan macam-macam nama lagi.


Suatu hari adik saya kata dia jumpa buah ni tapi dia sendiri tak tau namanya. Bila saya perhatikan macam biasa ku lihat sahaja.


Untuk memastikan buah yang dilihat itu benar-benar buah keriang dot, saya pun bertanya pada otai-otai belah utagha di Grup Kebun Bandar. Ramai yang mengesahkan gambar yang dilihat itu sebagai buah keriang dot.

Sungguh saya tak sangka ada jugak pokok ni dikawasan berhampiran dengan tempat saya. Tak sabar rasanya nak merasai sendiri kelazatan buah keriang dot yang sering diperkatakan ini.





Akhirnya merasa juga saya makan buah keriang dot walaupun cuma dua biji. Memang saya suka rasanya. Rasa macam buah jambu susu.

Saya juga sempat mengutip biji buah keriang dot yang bertaburan di bawah  pokok. Saya nak mintak abah saya semaikan.

Harap-harapnya elok hiduplah benih-benih tu semua. Aamiin.

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

4 comments:

  1. tgk mcm sedap je... bile lah dpt merasa buah tuh kak oi

    ReplyDelete
  2. Ada jual benih x..
    Kt kampung dah pupus..

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan.. klu ada benih saya nk beli.. lama x makan keriang dot ni..

    ReplyDelete