Wednesday, May 25, 2016

Cut-cuti Mancing di Rockbund, Marina Island


Tiga tahun lebih saya cuti dari memancing, ini sebenarnya hobi saya dari kanak-kanak lagi. Dulu-dulu saya selalu ikut abah saya, lama-lama saya pergi sendiri sahaja. Memang seronok memancing ni, tapi hanya bagi peminat hobi ni sahajalah.

Saya pilih memancing di sini sebab tempatnya tenang dan cantik. Lagipun tak jauh sangat dari tempat tinggal saya. dulu-dulu saya pernah memancing di Kuala Besut dan dapat ikan siakap lebih daripada 10 kilo (agaknya la sebab tak bawa penimbang).




Jalan menuju lobi? Opis?




Cafe, canteen? By the sea



Sambil makan sambil tengok-tengok laut



Kolam buatan



Chalet



Chalet hujung sekali di mana kami menginap, warna pink lagi



Beranda? tempat mancing



Banyak batu, kalau tersangkut tu biasa sangat la



Pemandangan memang cantik, di seberang sana tentulah Pulau Pangkor



Tapi yang tak bestnya masa pegi sana, kami datang lewat. Ada pulak satu family chalet sebelah tu datang awal.  Family dengan tiga anak lelaki tu bolot semua tempat memancing tu kat diorang. Anak yang bongsu macam kurang adab, siap bagi amaran jangan tumpang memancing kat situ. Dah la cakap melayu pun tak berapa betul walaupun orang melayu. Rasa nak saya piat jer telinganya sebab kurang ajar dengan orang lebih tua.



Masa ni breakfast kat tepi laut, cam best jer, tapi sandwich tu tomatonya busuk.



Hasil tangkapan 



Kalau nak bergambar pun banyak jugak set yang disediakan. Bole la. Tempat ok, harga takde la murah sangat bagi saya (mahal). Tapi mungkin akan datang lagi semuanya sebab nak memancing la, harap-harap dapat jiran bertimbangrasa pulak lepas ni.


2 comments:

  1. tak sangka akak minat memancing... ingat minat menanam2 je

    ReplyDelete
  2. Dana, akk ada byk hobi. antaranya memancing, memasak, berenang. hibi bertani ni baru jer muncul, dlu tkde la minat sgt

    ReplyDelete