Friday, May 13, 2016

Musim Buah Sepanjang Tahun di laman Semua Menjadi


Buah ceri barbados memang tak pernah mengecewakan saya, sentiasa berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Selalunya sebelum pegi kerja atau balik kerja saya petik sebiji yang hijau dan makan begitu sahaja.

 Buah hijau kurang masam berbanding buah merah. Yang merah saya biarkan sahaja di pokok, saya sedekahkan untuk burung-burung yang selalu melawat laman saya.




Yang ini pulak limau kumquat. Buah tak masak lagi, bunga baru dah keluar. Memang tak putus-putus berbuah. Kadang-kadang bila rasa cam pening-pening sikit saya ambil jer sebiji makan kulitnya yang manis dan isinya sekali. Kumquat saya ni jenis tak berbiji. 

Memang sentiasa meriah laman saya dengan buah dari kedua-dua pokok ini.

Baja apa yang saya guna? Tentulah fish meal dan epsom salt, nak order? Boleh email saya di semuamenjadi@gmail.com

Untuk lihat produk Semua Menjadi bole klik http://jualansm.blogspot.my/  

3 comments:

  1. bestnya kak... lagi2 musim hujan nih msti subur je

    ReplyDelete
  2. Salam...
    seronoknya dengan hasil yang dapat di lihat..
    ermmm..bilalah saya punya pokok nak berbuah..sabo je la ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak Rose,
    Bestnya dpt petik buah kumquat fresh dpn rmh, ada jual x pokok tu kak? Nak beli sepokok hehe

    ReplyDelete