Wednesday, May 31, 2017

Semaian Ulam sempena Ramadhan 1438


Saya semai benih ulam raja, untuk buat ulam. Mula2 semai ni nampak macam pokok lain jer. belum lagi keluar bentuk daun sebenar. Pokok ulam raja ni memang senang sangat tumbuh dan tak cerewet penjagaannya. Ulam ni banyak khasiat dan rasanya pun sedap.

Saya tabur benih atas tanah  dan kemudian tutup sedikit menggunakan sabut kelapa hancur, kemudian siram air secukupnya. Tak sampai tiga hari dah mula bercambah.  memang sangat menggembirakan hati saya.



Ini pula pokok ulam sambung nyawa batik. Saya semai guna keratan batang sahaja. Juga sangat mudah tumbuh dan membesar. Tak perlukan banyak cahaya matahari. Selain buat ulam mentah, boleh juga buat tumis air. Saya tak pernah lagi cuba buat masak lemak, mungkin boleh cuba lain kali kot.


Nak beli benih online? Sila klik

2 comments: