Bermulalah persiapan untuk ke sana. Beli luggage Air Asia 25kg RM64. Makan saya pilih nasi biryani Bukhara 2 waktu pergi dan satu waktu balik.
Cadangnya nak makan satu waktu atas flight dan satu lagi bila sampai HCMC sebab kat sana makanan halal memang mahal. Satu hidangan nasik goreng biasa nya 80k dong, lebih kurang RM16, belum order air lagi.
Tiba harinya kami naik bas jam 3 pagi dari rumah ke KLIA2 dgn tambang RM85 untuk pergi balik. Sampai di sana dalam jam 6. Flight jam 11.55 am. kami datang awal untuk elak terlepas solat subuh.
Sampai sahaja ke airport Tan Son Nhat (tak sunat) dah ada pemandu yang tunggu kami dengan bayaran RM40 seorang untuk ambil dari airport dan trip shopping esoknya.
Kami pun naik bas dan singgah ke Linda Wholesale. kali ni saya tak beli apa-apa pun di sana sebab takde barangan yang menarik perhatian saya. Semuanya cam tak best. saya duduk kat tangga sambil beri komen atas pilihan kawan-kawan.
Pastu kami check-in hotel. Nama hotel kami Quy Hung Hotel jauh dari Jalan Malaysia iaitu tempat tumpuan shopping dan tempat makanan halal. Sebelum ni hotel kami dekat jer. Memang menyesal dok hotel ni sebab jauh tapi biliknya lebih luas dari hotel terdahulu.
Lagi yang mebuatkan jauh ialah kerana apa pembinaan yang dijalankan di kawasan berhampiran lalu kami terpaksa buat lencongan yang agak jauh bila berjalan kaki.
mmg murah tambangnya.... tp takkan takde spink2 kak.... mkn2 yg halal mcmne lak...
ReplyDelete