Tuesday, January 23, 2018

Cuti-cuti Vietnam Ho Chin Minh City Kali Ke 2 (2)

Petang tu kami cuba jalan kaki ke Pasar Ben Thanh. Punya la jauh dan bahaya. Kene seberang beberapa buah jalan yang sangat sibuk. Menakutkan. Terfikir, macamana la nak balik nanti.



Saya tak sempat makan nasi bukhara yang saya beli atas flight tadi.  Sampai sahaja di Jalan Malaysia, saya dan seorang kawan saya terus menuju ke kedai makan. saya pilih kuetiaw sup daging dan dia teringin sangat nak mencuba popia Vietnam. Macam biasa, harga makanan memang mahal. 

Kuetiaw sup berharga RM14 dan popia Vietnam berharga RM18. tapi kedua-duanya amat mengenyangkan. Sekali dengan harga air, jumlah keseluruhannya kira-kira RM40. memang makanan halal agak mahal, bukan kerana bahan masakan yang mahal tetapi kerana sewa kedai yg memang agak mahal.


Selepas makan kami singgah kedai Jamilah, harga barang-barang dah meningkat jauh dari tahun lepas. layanan yang diterima dari pekerja kedai juga sungguh hambar tanpa secalit senyuman di wajah diorang. Belagak betui sebab hari tu hari sabtu ramai yang datang ke Vietnam dari Malaysia. memikirkan 2 orang kakak kat opis saya kirim inner, saya beli la jugak. mintak kurang sikit pun tak layan. 

Tanya baju lycra pun nak tanak jer layan. Yang lelaki sibuk main hp. Geram jer rasa. kawan saya yang baru pertama kali datang ke HCMC ni teringin nak minum kopi la dan macam-macam lagi. banyak pulak tu barang yang dikirim oleh kawan-kawan opis dia.

Badan kami letih sebenarnya sebab tak tidur malam tadi kan. Jam 3 pagi dah naik bas, jadi kami bercadang nak pulang ke hotel awal. tak larat nak tunggu pasar malam buka. Tak larat nak tunggu jam 10 mlm, bila diorang buat lelong depan kedai.

Jadi kami pun carik teksi kete atau moto untuk balik tapi tak jumpa. Kami pun jalan kaki ikut suka hati.

Ini catatan di facebook pada hari kejadian.

'Miracle do happen. Insyaallah. Alhamdulillah. Kawan sy ter book hotel yg jauh dr Ben Thanh. Terpaksa la kitorg menapak. Waktu balik tinggal berdua shj. Kami nk naik moto grab tp tk jumpa pemandunya. Nk tahan teksi tak tau kt mana. Last2 kami tawakkal jer jln kaki redah kws construction, taman, jln beso. Nampak teksi nk tahan tp diorang tanak berenti. Di bumi asing ni sy terpaksa tanya pekerja sebuah restoran ckp ayam itik jer sambil tunjuk kad hotel. Pekerja tu geleng kepala. Dia panggil kwnnya, pun geleng kepala. Kami teruskan perjalanan sesukati. Sambil kata kt satu sama lain, sini kot, kt sini kot. Tiba2 kami ternampak cafe kat bawah hotel. Cam tak caya. Dah la tk bli simkad sana, nk call, ws sapa pun tk boleh. Tetiba sampai jer kt hotel. Alhamdulillah! Kami telah dibantu oleh Nya.'

Begitulah cetritanya. malam tu kami sembang-sembang dulu sebelum tido, memang tak percaya dengan apa yang berlaku. apapun, Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment