Wednesday, April 22, 2020

Ayam Goreng Kepci Geprek


Aritu sy jalan-jalan, pastu teringat nak singgah kfc. Saya beli melalui drive tru. Jarang-jarang guna drive tru kfc ni. rasanya baru 2 kali. Takde kete pun. Ada satu jer kat depan. Saya ikut la dia. Pastu bila sampai tempat order saya jadi buntu. 
Last2 sy order set 6 ketul (makan sorang giler ker apa).
Dah terbeli kan, terpaksa la pikir resepi apa nak bagi habis ayam ni. Balik tu makan seketul jer dah kenyang.



Malam tu sy terpikir nak buat ayam kepci geprek kononnya la tapi resepi ikut suka saya jer la. Bahan-bahannya simple jer. Cili besar. cili api, bawang merah dan bawang putih serta sedikit serbuk cukup rasa megi.

Pastu bahan-bahan tu saya masukkan dlm air fryer 5 minit pada suhu 180 C.



Ini la rupanya setelah saya gesek dalam cobek tu. ramai org kata susah guna yang jenis kayu. Yer mmg susah nak hancur tapi sedap jer rasanya. Tambah pulak dengan tomato lagi menangkap.
Saya memang suka tomato mentah dari kecik. Kalau dah masak tu rasa cam tak best.
Tapi org cakap tomato ni jadi lagi berkhasiat bila dah dimasak.

Tuesday, April 21, 2020

Nasik Lemak Pusa Gold

Semenjak pkp ni semua orang jadi rajin masak.macam2 resepi nak cuba. Saya pun terjebak juga. 
Saya masak nasik lemak basmati. Nak simpan sini resepinya utk rujukan masa depan.


Bahan-bahannya:
Beras 2 cawan
santan 1 cwn ( 1kotak kecil)
air 1 1/2 cawan
Halia
bawang hiris
lada itam7 biji
Garam secukup rasa
kalau ada daun pandan sila masukkan


 menjadik nasik lemak saya. lauk sotong petai. Nyumsss!

Monday, April 20, 2020

Cerita memebeli Belah Masa MRO

Tadi masa singgah kt kedai runcit ada sorang makcik ni pkai kain batik dan t shirt tuck in. Sy beratur nk bayar belakang dia.

Dia tgh becerita dgn toke kedai. 

"Saya baru pertama kali keluar rumah ni. Nasib baik sy punya abg bg duit semalam. Kalau tidak mkn jer apa yg ada kat rumah". 

Sy rasa kesian pulak. Niat di hati nk bg dia RM50 buat belanja dia kan. 

Pastu makcik tu berpaling, kt tgn dia ada kunci kete nampak baru. Sy pun tgk kt luar ada 2 kete jer. Satu kete saya. Satu lg kete mahal baru bekilat.

Teruih sy simpan balik duit RM50 saya. Patutnya makcik tu yg bg sy RM50 tadi. 

Jgn terpedaya yer dgn pkaian seseorang. Rupa-rupanya kaya raya...

Tapi makcik tu baguih. Patuh arahan MRO. Maklum ler org perak kater kome... hihihi!

Negeri Perak nombor satu dalam mematuhi arahan PKP.

Sunday, April 19, 2020

Resepi Gulai Masam org Perak


Gulei masam resepi mak saya.
Tumbuk cili, belacan, bwg.
Ketuk2 serai, serai tkdo byk sy tambah daun serai acheh.
Masuk ikan, air, kunyit serbuk sikit, asam keping.
Rebus sampai masak.
Siap!

Resepi ringkas jer tapi sedap dan sihat.
Resepi ni saya kongsi
Moga jadi pahala untuk arwah mak saya.

Saturday, April 18, 2020

Telur Separuh Masak Guna Air Fryer

Korang tau tak telur boleh dimasak guna air fryer. Tak payah guna air apatah lagi minyak yer kengkawan. Insyaallah telur tak pecah jangan risau. Ini bukan microwave.


Ini percubaan pertama saya. kononnya nak makan telur 3/4 masak tapi dapat telur 3.5/4 masak. Suhu 140⁰C selama 10 minit.
Cadangan makan sila Tuang kicap.



Ni percubaan kedua.
Telur separuh masak air fryer.
Suhu 110⁰C masa 10 minit.
Bekfes hari ke 9 MRO.
Kenangan ni, mana penah duk rumah lama-lama cenggni kan. Sampai naik lemau. Selera pun menghilang ke lautan Hindi.


Friday, April 17, 2020

Resepi Chawanmushi MRO


Masa cuti2 dok rumah ni nak buat apa la sangat kan selain makan tido makan tido.
Nak pi mkn sushi kat kedai pun tak boleh. Nak order online maleh. Jadi angan-angan jer la. Saya suka makan chawanmushi kat sushi king. jadi nak try buat kat umah sebab tgk resepinya senang jer.

Gambo kat atas tu menunjukkan chawanmushi sy yang dah siap. Tp cendawannya naik ke atas la pulak. Klo beli tu elok jer kt bawah.
Apa pun rasanya sedap! Yeay! kot2 la ada yang nak cuba masak kan. Ni resepinya.

Resepi cara saya yer. Bkn resepi sebeno.

Satu cwn telur (lebih kurang 3 biji) + air 3 cwn. 
Ratio 1:3.
Tambah serbuk cukup rasa megi dan garam ( itu jer yg sy ada. 
Klo nk sedap buat le dashi ganti air, stok ayam ker). Sila pukul mereka.
Pastu susun cendawan, udang/ayam/filamen ketam dlm mangkuk/cawan dan tuang larutan telur tadi.
Kemudian kukus sehingga masak.
Pastu makan...
Senang beno kan...kan...kan

Thursday, April 16, 2020

Nak tengok Bil TNB online?


Dah masuk fasa ke 3 MRO baru nak buat posting kat blog yang dah bersawang ni. dulu ni lah blog kesyangan. Hari2 menaip kat sini. Tapi makin lama makin maleh. Banyak menaip kat fb jer.

Tiap-tiap bulan masih ada posting kat sini tapi posting iklan la.

Alhamdulillah musim MRO ni rezeki pun bertambah dengan jualan biji benih. Tapi terpaksa jugak stop pi ngepos minggu ni sbb byk sgt jln tutup.

Pastu ada roadblock menyebabkan jalan jem giler. Jadi malas nak rasa stress kita duk rumah jer la sambil buat keje opis bagi siap.

Eh! banyak pulak memebebel. Sebenonya nak bg link untuk cek bil tnb sementara kena duk rumah ni. Pembaca meter tnb pun kna duk rumah kennn.

Ni link utk cek bil anggaran anda tetiap bulan.
Kalau nak tau berapa bil api kene bayar . 
Nah link
https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay/
Bacaan bil TNB.
Jangan lupa masukkan nombor bil tnb anda yer. boleh baca kat bil2 yang lepas.

Gambar kat atas tu bil tnb saya. Terlebih bayar pulak. Terus jd negatif. Ni kalao abah saya nampak bil negatif ni mesti dia marah. 

Thursday, April 2, 2020

Jualan Istimewa Online Benih Semua Menjadi APRIL 2020

RM1.00 sepeket (tidak termasuk kos pos)
Nak order? Klik www.wasap.my/60174559536/benihAPR2020

SENARAI BENIH (RM1/pkt)
Asparagus (5 biji)
Brokoli (10 biji)
Bayam Hijau Daun Bulat (500 biji)
Bayam Hijau Daun Panjang (500 biji)
Bayam Merah (500 biji)
Bayam Ungu Merah (500 biji)
Bayam Jepun (50 biji)

Beetroot (50 biji)
Bendi (10 biji)
Bendi Merah (5 biji)
Betik (10 biji)

Bunga Kembang Jam 4 (5 biji)
Bunga Telang (10 biji)

Carrot (20 biji)

Capsicum Hijau (10 biji)
Capsicum Kuning (10 biji)
Capsicum Merah (10 biji)

Cili Api (30 biji)
Cili Big Ipoh (20 biji)
Cili YongPeng (20 biji)
Cili Jambak (20 biji)
Cili Kulai (20 biji)
Cili Panjang (30 biji)
Cili Pelangi (6 biji)
Cili Putih Miri (50 biji)
Vietnam Yellow Hot Chili (6 biji)

Daun Sup (100 biji)
Daun Bawang (40 biji)

Ensabi Benih Kasar (50 biji)
Ensabi Benih Halus (50 biji)

Green Zucchini (5 biji)
Yellow Zucchini (3 biji)

Jagung Manis (10 biji)
Jagung Sweet Nyonya (10 biji)
Jagung Purple Thai (5 biji)
Jagung Pulut Miri (5 biji)

Kacang Botor (10 biji)
Kacang Buncis (10 biji)
Kacang Panjang (10 biji)

Kailan (100 biji)
Kailan Jepun(30 biji)

Kangkung (50 biji)
Ketumbar (50 biji)
Ketumbar Jawa (Culantro) Vietnam (100 biji)
Kucai (20 biji)

Kobis Bulat (10 biji)
Kobis Hybrid Gianty (10 biji)
Kobis Cina (10 biji)
Kobis Taiwan (10 biji)
Kobis Bunga (10 biji)

Labu Air (5 biji)
Labu Manis Tempatan (10 biji)
Labu Manis Orangeman F1 (5 biji)
Labu Manis Fajar F1 (5 biji)

Lada Pahit (10 biji)
Leaf Fennel Vietnam (20 biji)
Lobak Putih (50 biji)

Maman (50 biji)
Marjoram Vietnam (50 biji)

Pak Choy (50 biji)
Purple Pak Choy (20 biji)
Parsley (50 biji)

Padi Huma Miri (20 biji)
Petola Bantal (10 biji)
Perilla Vietnam
Peria Kecil (3 biji)

Rock Melon (3 biji)
Roselle (15 biji)

Salad Bulat (30 biji)
Salad Butterhead (15 biji)
Salad Green Galaxy (15 biji)
Salad Hugo King (30 biji)
Salad Merah Fire Red (15 biji)

Sawi Mini Gem (50 biji)
Sawi Pahit (50 biji)
Sawi Putih Green Jade (20 biji)
Sawi Hijau (100 biji)
Sawi Vitamin Tatsoi (30 biji)
Sawi Pagoda Tatsoi (30 biji)

Sprouting Radish Vietnam (20 biji)
Selasih (100 biji)
Sengkuang (5 biji)
Sorghum (10 biji)

Tembikai Merah (3 biji)

Terung Asam (20 biji)
Terung Bulat (20 biji)
Terung Panjang Hijau (20 biji)
Terung Panjang Ungu (20 biji)
Terung Ulam Putih (30 biji)

Timun (10 biji)
Timun Betik/Timun Acheh (10 biji)
Timun Jepun (5 biji)
Timun Kuning (5 biji)

Tomato Ceri Full House (10 biji)
Tomato Ruby Star (10 biji)
Ulam Raja (20 benih)

Jualan KERATAN Batang Tanaman Semua Menjadi Ent. (IP0442708-M)
Klik www.wasap.my/60174559536/keratan utk order!

Rosemary 2 btg-RM5
Cha Om 2 btg-RM5
Bayam Brazil 5 btg-RM5
Bunga Kesidang 3 btg-RM5
Mulberi 5 btg - RM5
Ubi Kerinting 3 btg-RM5
Sambung Nyawa Hijau 3 btg- RM5
Belalai Gajah 3 btg- RM5
Lada Hitam-2 btg RM5
Puding Belacan-3 btg RM5
Pucuk Manis-3 btg RM5

Jualan Online PRODUK PENJAGAAN TANAMAN SEMUA MENJADI
Klik www.wasap.my/60174559536/produk19 utk order

Neem Oil 60ml - RM8 (Kawalan Serangga Organik)
Baja Kopi 2 kg- RM10

Baja Merahitam (baja anggur) 500g RM10

Perlite 250g - RM5
Peatmoss 950g -RM6

Ubat Siput - RM3
Ubat Semut -RM3
Ubat Kulat - RM3
Serbuk Penggalak Akar - RM3