Friday, April 23, 2021

Jalanjalan Cameron Highland-Nak tau Jalan short cut untuk Elak jem?


Kita semua tau, CH jalan memang la asyik jem. Mari saya bagitau jalan short cut kat sana. Ada lagi jalan yang saya tak sempat tunjuk.

Dulu sebelum PKP bole katakan setiap bulan paling kurang sekali saya akan ke Cameron Highland. 

Sebabnya ia adalah tempat percutian paling dekat dengan rumah saya. Lagi satu tentulah sebab suhunya.

Tapi kebelakangan ni fikir lapan belas kali sebab malas ngadap jem.

Jadi dalam video ni sajer jer la nak tunjuk jalan kat Cameron, mana la tau ada yang tak pernah ke sana.

Bagi saya Cameron tetap menjadi pujaan di hati saya antara tanah2 tinggi yang ada kat Malaysia ni.

Jem macamana pun tetap nak pegi lagi.

Tapi harapnya pihak bertanggungjawap patut fikirkan cara untuk kurangkan kesesakan kat Cameron ni.

Contohnya  mungkin boleh sediakan tempat parking yang besar utk pelancong dan dalam Cameron cuma boleh gerak guna shuttle.

Atau mungkin kenakan bayaran yang berbeza nilainya (mungkin lebih tinggi) untuk kereta masuk ke Cameron sekiranya tak mau menggunakan shuttle.

Ini sekadar cadangan saya jer la kan... hehehe! 

Apa pulak pendapat anda?


No comments:

Post a Comment