Saturday, April 24, 2021

Jalanjalan Cameron Highland-Melawat Ladang Teh, Avocado dan Check in Casa Loma


 Video yang ni sebenarnya sambungan daripada video semalam.

Kali ni kami melawat ladang teh yang paling lama katanya, tapi tak tau la btul ke idok.

Yang penting ladang teh yer tak. Dulu-dulu masa belajar pernah la pergi ke ladang ni dengan kawan-kawan.

Memang best la, melawat kilang teh, tangkap gambar sana-sini. memang kenangan yang sangat indah.

Pastu yang paling best untuk trip kali ni kami terjumpa ladang avokado Cameron, sebenarnya dalam video ni cuma bahagian hadapan ladang. Kat dalam tu ada banyak lagi pokok avokado.

Sekadar bergambar jer la kan. Saya selalu jugak beli avokado Cameron sebab pada saya rasanya lebih sedap berbanding yang jual kat pasaraya.

Dan kami check in kat Casa Loma, pemandangan kat sini memang cantik tapi peralatan dalam hotelnya agak usang. 

Mungkin kebetulan kat bilik saya tu, mangkuk toiletnya dah bergoyang-goyang, risau jer bila nak membuang.

Tapi yang bestnya kat sini suhunya memang sangat sejuk sebab kedudukannya atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok.      
 

No comments:

Post a Comment