Wednesday, April 28, 2021

Shepherd's Pie ala Melayu versi Semua Menjadi

 






Jom kita buat shepherd's pie ala melayu versi saya.

 Nk mudah kita panggil s pie jer lah.

Selalunya sy akan buat intinya dulu. Dah siap masak kita boleh simpan dlm petiais sementara nk siapkan mashed potato atau kentang lenyek sebagai topping s pie kita ni.

 

Sekarang kita mula buat intinya.  

 Basuh daging cincang 2 pkt 500g.

Potong dadu 2 biji bawang besar.

Cendawan butang dlm tin pun kita potong dadu atau beli yg dah siap dihiris nipis.

 

2 btg Carrot biasanya sy sagat kasar tp boleh jer potong dadu.

Tomato 2 biji juga potong dadu.

Dan setangkai dun sup yang dipotong kasar

 

Kita pergi kepada Cara masaknya:

Mula-mula tumis bwg besar dgn menggunakan minyak zaitun + mentega. Atau boleh juga guna minyak masak biasa.

 

Bila bawang  dah layu kita masukkan tomato. Selepas itu masukkan daging cincang, cendawan dan carrot.

Masak sehingga daging empuk dan perasakan inti tadi dgn garam, kiub lembu dan sedikit lada hitam.


Kacau lg 2 minit dan akhir sekali masukkan daun sup.

 Inti s pie kita dah pun  siap.


Sekarang kita sediakan kentang lenyek.

Saya gunakan potato flakes 500g + air panas + susu segar 1 liter dan butter 250g yang telah dicairkan.

 

Kena pandai-pandai agak lah jumlah air panas yg dimasukkan supaya dapat tekstur terbaik untuk kentang lenyek kita.

 

Sy juga suka masukkan daun parsley kering beserta lada hitam dan sedikit garam dalam mashed potato sy.

 

 Tapi klo anda seorang yang rajin boleh jer guna ubi kentang rebus. Dan buat mashed potato secara tradisional.


Kita pergi pula kepada cara penyediaan s pie:

 

Sediakan bekas aluminium berdiameter 12cm.

Bekas ni mmg muat dalam air fryer biasa yer.

 

Ambil inti  pie secawan, letak dlm bekas aluminum dan ratakan.

 

Kemudian tambahkan mashed potato ke atas inti tadi dan pastikan ianya memenuhi bekas aluminium, kemudian ratakan guna garfu.

 

Untuk resepi yang sy sediakan ni boleh dapat kira-kira 10 bekas s pie.

 

Kalau suka boleh tabur cheese diatasnya atau sapu kuning telur sblm di bakar.

 

Sy bakar pie ni guna air fryer shj. Pada suhu 180⁰C selama 8 minit.

 

Pie kita dah Siap! Sedia untuk dinikmati panas-panas...

2 comments: