Haa! Ni kejadian bulan Oktober 2020, lama dah. Bosan-bosan tak tau nak gi mana jadi kita naik bot.
Best jugak la River Cruise ni. Sebab byk juga info baru yang saya dapat terutamanya tentang kepala keretapi yang ada kat dasar Sg Perak ni.
Sebelum ni dengar cerita jer. Tapi masa tu air pasang jadi dapat dengar penerangan sahaja daripada abang bangau.
Lagi satu yang menarik adalah pulau burung yang berada ditengah-tengah sungai, memang banyak burung yang tinggal di situ. Berbaloi la kalau rajin ambil gambar burung kat situ.
Sebelum ni saya tertanya-tanya jugak kenapa ada kapal besar kat sungai ni. Setelah ikut cruise baru la saya tau itu sebenarnya kapal pengorek pasir.
Masa beli tiket, dapat sekali voucher diskaun RM30 untuk tiket2 masuk kat pelbagai tarikan negeri Perak tapi saya tak sempat guna sebab PKP kan.
Ingat nak naik cruise malam sambil tengok kelip-kelip. Mungkin lain kali pulak la kot.
No comments:
Post a Comment