Monday, April 19, 2021

Jalanjalan Terengganu-Johor Disember 2020 Bahagian 3


 Ni part terakhir dari trip kami 2 beradik. Kali ni masuk kawasan Pahang dan Johor pulak. Agaknya sebab bulan Disember, air laut kat sana tak berapa nak jernih. Semuanya kecoklatan jer.

Tapi yang bestnya masa kat Kuala Rompin,  pantai dia banyak sangat buaian yang disediakan. Mengundang kenangan masa pg Lombok dulu pulak. Dah tu buaiannya besar dan tegap tak macam yang ada kat pulau Pangkor.

Puas hati la saya dapat main buaian kat sana. Cam bebudak pulak kan.

Kami banyak singgah tengok pantai-pantai yang ada sepanjang jalan dari Pahang ke Johor. 

Last sekali sampai JB. Tapi tak jalan mana, duk hotel jer sebab penat kot. Pastu baru kami gerak ke utara dan singgah 2 ker 3 tempat dan terus masuk hiway ke utara melalui Tangkak. Pastu tak singgah mana dah.

Pasal adik saya tak sabar-sabar nak balik dah. Kalau saya, nak jer round-round lagi sekitar Melaka, N9, Selangor. 

Tapi tak per lah kita rancang trip seterusnya pulak bila sempadan negeri dah bukak. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment