Monday, September 23, 2013

Tuaian dari Alam Semulajadi


Bagi menunjukkan betapa semulajadinya tuaian ini saya bawa balik ianya dalam gulungan daun pisang, tak mainlah pakai supit gelenyar dan besen plastik.


Bila dibuka daun pisang tersebut teserlahlah hasil tuaian yang dikutip di sekitar kawasan kebun abah saya. Segar bugar lagi berkhasiat semuanya.

Tuaian kali ini terdiri daripada (dari kiri ke kanan) pucuk cabang tiga atau pucuk tenggek burung, kulat telinga kera dan pucuk paku.

Pucuk tenggek burung tersebut saya ambil kali ini daripada pokok besar yang hidup di bawah redup pohon-pohon sekitarnya. Menakjubkan, rasanya lebih lemak dan sedap daripada pokok yang kecil dan terdedah kepada terus kepada cahaya matahari. Lain kali saya nak kutip lagi pucuk daripada pokok besar itu, dan simpan banyak-banyak dalam peti ais.

Pasal kulat telinga kera saya dah ceritakan di SINI.

Pucuk paku pula saya cuma celur dan makan sebagai ulam. Sedapnya bila makan dengan nasi putih panas. Rangup-rangup dan manis rasanya, dah lama rupanya saya tak makan pucuk paku ini. Patutlah sedap sangat rasanya ditekak saya.

14 comments:

  1. pucuk paku segar gitu sedap buat masak gulai lemak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodap, buat kerabu, goring belacan, semua pun sedap.

      Delete
  2. bestnya boleh tuai tanaman semulajadi ni...pucuk paku tu sangat suka...segar yang amat...kt area umah sy ada je tanaman semulajdi ni tapi selalu jer nampak tapak kaki cik bab...tak jd nak amik..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area semulajadi tu ada gak makhluk tu. tapi dia prefer pokok ubi...hehehe

      Delete
  3. Sedapnya pucuk paku tuh....nmpk segar2 semuanya....tak rugi kan berbudi pd tanah ni Rose...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini rasanya Tanah yg berbudi pada kita sbb dia hidup sendiri...hehehe

      Delete
  4. Kak, nak tgk gambar kawasan yg tumbuh pucuk paku tu. Saya suka sgt pucuk paku ni tp susah skit la nk dpt. Kalu ada pun kena p awal pagi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila balik rumah mak abah sy ambik gambo lgi yer

      Delete
  5. kelihatan benar2 segar, dah lama tak makan pucuk pakis, Alhamdulillah betapa suburnya bumi Malaysia tercinta,

    ReplyDelete
  6. Salam Ros,

    Subhanallah rezeki dari alam semulajadi lebih berkhasiat dan tidak beracun, seronoknya ingat pengalaman kutip pucuk paku masa kecik-kecik dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saodah,
      Jaga-jaga kutip pucuk paku, nanti kena gigit pacat...hehehe

      Delete