Friday, February 13, 2015

Lari dari Hospital?

Sambungan, bahagian ke 3.

Masa yang diambil untuk memasukkan darah bagi pek yang ke tiga sangatlah lama. Membuatkan saya berasa sangat bosan. Yang paling saya menyampah, darah saya kena ambil lagi katanya untuk kepastian darah saya jenis apa, takkan la satu malam darah saya boleh berubah jenisnya kot.

Mungkin ia satu prosedur untuk ambil darah kat bank darah tapi ia sangat menyukarkan pesakit. Macamana la agaknya prosedur selepas ini lagi-lagi kalau melibatkan berpek-pek darah. Pengsan saya.

Sedang saya berehat-rehat menunggu masa untuk dimasukkan darah. datang lagi pelbagai doktor nak buat ujian macam-macam lagi pada saya. Mula-mula saya ikutkan juga, selang setengah jam datang pula sekumpulan doktor seramai lebih 20 orang bercerita depan katil saya dekat satu jam.

Saya dah malas nak layan, saya layankan telefon saya sahaja. Buat cam orang bodoh jer. Lantaklah diorang tanya soalan apa pun, saya buat tak tau sahaja.

Selepas habis sesi perbincangan tersebut, saya diarahkan untuk buat beberapa ujian lagi. Geramnya rasa. Kali ini dengan alasan doktor pakar pula nak buat ujian. Saya dah tak boleh sabar lagi, saya cakap kat doktor baik-baik baru jap tadi saya buat ujian. Tapi dia kata kena buat juga, nampak juga rasa bersalah kat mukanya tapi sebab boss dia datang terpaksa la dia paksa saya.

Sementara tunggu giliran saya dah buat keputusan nekad takkan buat ujian-ujian tu semua lagi.

Akhirnya bila sampai giliran saya, doktor pakar tu sibuk interview saya, tanya saya kerja apa la, itu la ini la. Lepas itu saya pula bagitau dia yang saya tak mahu buat semua ujian-ujian tu lagi dan saya tak mahu lagi darah dimasukkan dalam badan saya. Saya cakap dengan dia saya nak keluar hospital atas risiko sendiri.

Doktor tu cepat sahaja faham dan benarkan saya keluar hospital. Saya pun segera bersiap selaju-lajunya dan telefon orang untuk ambil saya dari hospital.  Sampai tempat darah masuk tu pun saya tak suruh nurse tanggalkan.

Selepas keluar dari wad saya terus ke kaunter bayaran, saya duduk di wad satu hari satu malam sahaja (hospital kerajaan) bilnya mencecah RM681. Saya rasa sebab banyak sangat ujian yang dilakukan tu sebab bilnya mahal pada saya orang yang tak berada ni. Kalau saya duduk sebulan, agaknya terpaksa minta derma kat pembaca blog ni untuk bayar bil.

Ada sambungan lagi, hahaha! Larat ker nak baca ni?



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Thursday, February 12, 2015

Masuk wad Pertama Kalinya

Sambungan dari cerita saya semalam,

Saya pun ditempatkan di wad  pada jam 1.50 ptg setelah berjam-jam ditempatkan dibahagian kecemasan dari pagi. Nasib baik la sepanjang saya disana tak ada kejadian yang ngeri berlaku pada pesakit lain. Nampaknya cuma ada kes biasa seperti strok, sesak nafas dan bangla yang tak dapat dirawat sebab tak ada duit dan bossnya buat tak tau saja.

Semasa di bahagian kecemasan beberapa ujian telah dilakukan termasuklah proses ambil darah. Pada masa itu saya tak rasa sakit lansung. Nampaknya hasil ujian lebih kurang sama sahaja dengan diagnosis doktor-doktor swasta yang telah saya jumpa.

Semasa di wad saya perhatikan pesakit-pesakit lain kelihatan teruk gak muka masing-masing, kebanyakannya lebam di bahagian keliling mata, mungkin tak cukup tidur sebab sakit. Muka saya sendiri rasanya tak lebam kot, cuma kawan-kawan saya asik buat iklan Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih kat saya beberapa kali masa kat bahagian kecemasan. Pucat kot, tapi saya rasa biasa jer.

Masuk wad macam biasa buat ujian lagi, ambil darah, jawab soalan pelajar kedoktoran, doktor pelatih, doktor biasa, doktor tengah ambil master, doktor pakar, sampai rasa macam kena jawab soalan peperiksaan.

Jawapan saya pun dah tak konsisten. Dah la tak sihat nak kena fikir banyak benda pula. Sampai saya bosan dan saya pula tanya soalan kat semua orang tu. Sampai akhirnya bila ada yang tanya soalan, saya cuma senyum sinis, sehinggakan diorang pun takut nak tanya soalan lagi.

Setelah pelbagai ujian saya jalani, saya dicadangkan untuk dimasukkan darah. Masa saya sain borang untuk terima darah tu, kecut perut saya baca ayat-ayat dalam borang tentang risiko yang bakal dihadapi, tapi saya sain juga la.

Saya tanya doktor, agak-agak berapa lama saya kena duduk hospital, dia kata paling kurang lapan hari dan paling lama mungkin sebulan. Nurse siap cadangkan saya bawa kipas dari rumah sebab saya nak duduk lama tentulah tak tahan panas kat wad tu. Memikirkan yang itu pun saya tak sanggup.

Proses masuk darah pun bermula, saya tengok orang sekeliling saya cuma masuk air jer, saya sorang masuk darah. Paling tak tahan saya tak dibenarkan untuk duduk mahupun berdiri. Asyik kena baring sehinggakan saya berasa sangatlah bosan. Nurse pun rajin sangat datang cek saya baring ker tidak.

Macam biasa tak sudah-sudah ambil darah saya untuk buat ujian, saya rasa darah yang masuk dah sama banyak dengan darah yang diambil untuk buat ujian. Mula-mula dulu tak sakit bila kena cucuk jarum tu, sekarang ni dah selalu sangat sehinggakan  terasa sakitnya sampai ke ulu hati. Saya sampai berazam untuk menendang doktor tu kalau dia datang lagi nak ambil darah saya.

Setelah 2 pek darah dimasukkan, keputusan dikeluarkan dan kata doktor tak banyak perubahan pada penyakit saya. Rasa nak ketawa pun ada, rasa nak nangis lagiii ada. Dan dan saya terbayang lagi selori darah kena masuk ke dalam badan saya ni yang tak tau asal usulnya dan dilengkapi pakej risiko yang sangat menakutkan.

Doktor kata saya kena bersedia untuk menerima pek-pek darah yang seterusnya. Sementara tu dia ambil darah lagi, buat ujian lagi. Setiap kali ada doktor lain datang kena buat ujian lagi.  Bila saya kata saya dah buat ujian tersebut, diorang kata ni doktor lain, kena buat ujian lain. Saya rasa saya ni dah jadi tikus makmal. Saya dah tak tahan. Lumat tangan saya asyik kena cucuk, keluar hospital nanti orang kata saya ni penagih dadah pulak.

Kerana terlalu bosan duduk kat hospital saya asyik menulis status di fb. Mesti bosan orang membacanya, saya siap tanya perancangan macamana nak lari dari hospital.

Oklah, banyak sangat saya membebel, nanti kita sambung lagi ke bahagian 3 yer.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?







   

Wednesday, February 11, 2015

dah 10 tahun tak ambil MC

Lamanya tak menulis di sini. Dah lama teringin, tapi banyak sangat kekangan.

Tahun 2015 ini saya banyak terima dugaan terutamanya dari segi sakit. Saya ini orangnya jarang-jarang sakit. Seingat saya dah 10 tahun saya tak pernah ambil MC dari mana-mana klinik, kerajaan mahupun swasta. Walaupun adalah kena demam sikit-sikit dan selesema sekali- sekala, saya datang juga kerja.

2 ke 3 minggu juga saya tahan sakit sebelum ambil MC untuk yang pertama kalinya selepas 10 tahun. Tapi keadaan kesihatan saya makin memburuk. Tapi saya datang juga sebab ada satu majlis yang saya perlu uruskan bersama rakan-rakan.

Esoknya saya terpaksa ambil MC lagi tapi boss kecik ajak saya pergi hospital sebab dia kata keadaan saya teruk sangat. Sebenarnya saya dah pegi 3 buah klinik swasta, diagnosis yang diberi tentang penyakit saya sama sahaja, jadi saya ingin ambil kesempatan ke hospital kerajaan untuk mendapat satu lagi rujukan tentang penyakit tersebut.

Saya terus dibawa ke ruang kecemasan, setelah diperiksa, saya sendiri terkejut kerana saya perlu baring atas katil dan bukannya sekadar ditolak dengan kerusi roda. Maknanya keadaan saya memang teruk.

Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, saya dimasukkan ke wad dan yang paling menarik inilah kali pertama saya dimasukkan ke wad. Dan saya pun tak sangka inilah pengalaman paling meninggalkan trauma dalam hidup saya setakat ini.

Nanti saya sambung cerita ini pada bahagian yang ke2 yer.

 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Thursday, February 5, 2015

Pakej EXTRAVAGANZA 2


(sehingga stok masih ada)

11 peket benih hanya RM30 (Semenanjung)/ RM35 (Sabah dan Sarawak) termasuk Kos Poslaju

(Harga asal sepeket biji benih RM2)




Tiada pilihan biji benih.
Biji benih dalam pakej ini adalah:

  1. Bayam Hijau Daun Bulat
  2. Bayam Hijau Daun Panjang
  3. Bayam Merah

  4. Kacang Buncis
  5. Kailan
  6. Kangkung
  7. Lobak Putih
  8. Peria Kecil
  9. Sawi Bunga  

 10.Sawi Hijau 
 11.Bayam Ungu Merah
 12.Jagung Mutiara
 13.Pak Choy
 14.Bunga Telang
 15.Kacang Panjang 


Sila email semuamenjadi@gmail.com atau
hantar mesej di FB Semua Menjadi untuk memesan pakej ini.


 *Paket khas untuk pakej ini sahaja





************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?




Sunday, February 1, 2015

Pakej Febuari2015

Pakej Febuari2015


RM20 sahaja (Semenanjung) untuk 10 peket biji benih terpilih seperti di bawah:

Jimat RM6 kos Poslaju
(harga biasa untuk 10 peket RM26)

1. Pak Choy
2. Kailan
3. Timun
4. Kacang Botor Hijau Minyak
5. Kacang Buncis
6. Sawi bunga
7. Bayam Ungu Merah
8. Sawi Hijau
9. Lobak Putih
10. Maman

Hantar msg di fb atau email semuamenjadi@gmail.com untuk mendapatkan pakej ini.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?