Monday, March 31, 2014

Bunga Ros

 Ini bunga kemunting dan ros jepun


Ini pula bunga ros ungu


Saya sangat sukakan ros jepun yang  mudah dijaga lagi cantik menawan. Bunga mawar pun saya suka sebab cantik jelita.

Semalam saya cuba mengawal diri agar tidak pergi melawat nurseri kerana tak ada apa yang penting perlu dibeli. 

Tapi saya 'ter'pergi juga. Hajat di hati nak tambah koleksi bunga ros jepun,  tapi asyik jumpa yang sama jenis sahaja. Saya perhatikan banyak bunga mawar baru sampai di nurseri kegemaran.  Si Nepal itu pula tunjukkan saya koleksi mawar yang dia letak berasingan dari mawar-mawar lain.

Saya nampak sepasu yang kelihatan lain dari yang lain. Walaupun nama saya Rose, bunga ros memang selalu tak hidup lama kalau saya tanam. Tapi sebab ros yang saya nampak itu cantik jelita, saya terpaksa juga beli sepasu untuk memuaskan hati saya.

Begitulah riwayat ceritera macamana duit saya boleh jadi kurang semalam.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, March 27, 2014

FM 3D CH

 Tajuk entri saya hari ini macam kapal terbang MH370 pulak. Sebenarnya nak tunjuk 'fridge magnet' tiga dimensi daripada Cameron Highland.


 Ada geng rama-rama.


 Geng strawberi dan pemandangan.


 Geng sayuran dan kaktus.


 Geng lebah dan longgokan sayuran.


dan juga geng bukit-bukau serta air terjun



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, March 26, 2014

Rumah Buruk Berhias RJ

 Kalau boleh hari-hari nak tunjuk gambar ros jepun. Kali ini saya tunjuk ros jepun yang saya hias bergantung pada awning rumah buruk saya ni. Nampak tak dah berkarat  kerangka awning saya tu.



 Buah delima pun nak 'enter frame' juga. Kiri kanan saya gantung pasu ros jepun putih dan merah jambu/ungu . Tak apalah kita berumah-rumah buruk dulu, nanti kita buat banglo pula bila rezeki dah semakin bertambah.


Ini pula ros jepun yang baru saya beli, suka pulak saya tengok rupanya yang comel jelita.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, March 24, 2014

Sudah Lama Kao ku Cari

Berjumpa juga akhirnya dan wang bertukar tangan. Itulahkan, kalau dah hendak tu, seribu cara untuk mencarinya. Akhirnya ketemu jua.
Saya dah lama mengidamkan nak tanam pokok lada hitam (belah kiri gambar). Ceritanya, masa kecik-kecik dulu saya sering lalu di kawasan rumah seorang makcik ni. Dia ada tanam pokok lada hitam yang sangat subur. Saya kagum melihatnya dan teringin sangat nak ada pokok lada hitam sendiri. Selalunya saya tengok di TV, cuma orang di Sarawak sahaja ada pokok lada hitam.
Ada juga saya minta kawan-kawan opis yang mak ayahnya ada tanam pokok lada hitam untuk berikan keratannya kepada saya untuk ditanam.
Tapi keratannya dah kering la pulak, tak menjadi. Pada kawan yang lain pula saya minta beli semaiannya, malangnya cuaca panas kebelakangan ini pula menyebabkan semaian lambat bertunas.
Akhirnya saya ketemu si dia, walaupun pokoknya tak secantik mana, saya tetap puas hati sebab telah ketemu kehendak hati.
Terjumpa pula pokok sireh, beli sekali sebab ada kawan opis yang teringinkan pokok sireh, saya beli dua pokok, satu untuk saya dan satu lagi untuk dia.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, March 21, 2014

Hutan Ros Jepun

Kegilaan sungguh dengan ros jepun. Kalau boleh tiap-tiap hari nak tambah koleksi.


Kadang-kadang warna yang sama, saya ada 2 tiga pasu.
 
 

Yang ini projek baru, tanam dalam satu pasu untuk satu warna, sebelum ini campur-campur.

Ini warna merah jambu kan, dah nak pupus daripada halaman saya.


Ini yang dikatakan hutan ros jepun.
 
 

Opps! Ada pula pokok anggur dan hoya pulak menyelit.



Ini antara warna yang saya minati, tapi sikit sangat pokoknya kat halaman saya.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, March 20, 2014

Saya Suka Gajet Ini

Gajet yang baru saya jumpa. Saya sangat berkenan dengannya.
 

Tengoklah kat belakang, kesian pasu-pasu ros jepun saya, tak ada tempat bergantung.
 

Sekarang sudah digantung kemas. Cuma takut pokok mempelam Taiwan saya tak tahan menampung beratnya sahaja.


Boleh juga buat gantung Si janggut ali ni. Sebelum ni nampak kurang terurus.


Bagaimana agaknya rupanya waktu malam yer....hehehe




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, March 19, 2014

Kisah Markisa dan Astro

Tersebutlah alkisah terjadinya peristiwa ini kira-kira seminggu yang lepas. Pada ketika itu cuaca masih panas, setitik hujan pun tidak kelihatan di mana-mana kawasan berhampiran rumah saya.

Setiap kali saya cuba menonton TV melalui siaran Astro saya dapati gambarnya kelihatan seperti filem daripada CD yang calar. Kadang-kadang pula keluar nota 'cinta' daripada Astro yang menyatakan ada gangguan siaran disebabkan oleh hujan dan lain-lain sebab lagi.

Saya merasa sungguh hairan kerana setitis hujan pun tak turun tapi kenapa pula saya mengalami gangguan siaran. Kabel pula sambungannya tiada masalah. Tapi saya masih belum menghubung pihak Astro untuk membuat aduan kerana saya yakin saya boleh mengatasi masalah tersebut (kununnya!).

Setelah membuat pelbagai pemeriksaan sendiri dan lain-lain usaha yang dirasakan perlu, akhirnya baru saya teringatkan pokok markisa saya. 

Rupa-rupanya pokok markisa saya telah memanjat 'kuali' (hohoho!) Astro di rumah saya sehingga mengganggu siaran.

Setelah saya buang segala ranting dan daun yang memanjat 'kuali' tersebut barulah saya mendapat siaran yang jelas. 

Nasiblah semangat 'keteknikallan' saya ini masih tinggi. Kalau tidak buat malu jer buat aduan, rupa-rupanya salah pokok markisa yang ditanam sendiri.

Oleh itu perhatikanlah tanaman anda yang berleluasa menjelajah agar tidak mengganggu penerimaan siaran pada parabola anda.


Gambar kitar semula, parabola di belakang pokok labu dan markisa (kedudukan agak rendah daripada 'kuali'  orang lain).






************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, March 18, 2014

Tips Penanaman Anggur

  1. Tanah yang  sesuai untuk menanam anggur adalah tanah yang tidak menakung air dan sedikit berpasir.
  2. Pokok anggur perlukan 80-100% cahaya matahari untuk hidup dan membesar.
  3. Ia juga perlukan air yang banyak tapi tidak sehingga bertakung. Siram air pada bahagian pangkal pokok dan bukannya pada daun.
  4. Daripada pengalaman saya sendiri, baja organik boleh juga digunakan pada pokok anggur. Selain itu air basuhan ikan, air beras dan hampas kelapa juga ada digunakan.
  5. Pokok  anggur perlu dipangkas setelah mencapai tinggi/panjang lebih 5 kaki.
  6. Digalakkan untuk menabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pokok dipangkas.
 
 
1-2 minggu selepas dipangkas daun, dahan dan bunga mula keluar.


Bunga mula membentuk buah
 
 


Rupabentuk buah yang berusia sebulan
 
 


Buah-buah anggur yang berusia sebulan lebih.





Buah yang masak dalam tempoh dua bulan.

Anggur jenis ini apabila telah masak, warnanya agak kekuningan dan rasanya manis.
Ada petua yang saya baca daripada blog-blog peminat anggur yang menyatakan dalam tempoh 1 ke 2 minggu buah akan matang, siraman pada pokok hendaklah dikurangkan atau dihentikan untuk mendapatkan buah yang manis. Tapi saya rasa jenis anggur dan cuaca juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini.
 
Perlu diingatkan, tempoh pokok mula berbunga, berbuah dan matang adalah mengikut jenis pokok anggur yang ditanam.
 
Saya sendiri menanam pokok anggur ini secara suka-suka sahaja (baca-saya bukannya pakar). Saya tiada mendapat latihan tentang penanaman anggur secara formal, cuma membaca serba sedikit daripada blog-blog yang berkaitan.
 
Pokok yang saya tanam ini, anak pokoknya saya beli di Mardi Cameron Highland (nama, jenis, lain-lain informasi tentang pokok anggur ini saya tak tahu).
 
Silalah beramai-ramai serbu Mardi Cameron Highland untuk mendapatkannya.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, March 17, 2014

Hujan - Pangkas Cabang Tiga

Alhamdulillah, tempat saya mula hujan sejak hari sabtu membawalah ke hari ini. Hujan turun, berhenti sekejap, turun lagi, lagi dan lagi.
 
Bagi pencinta tanaman memang dah lama sangatlah mengharapkan hujan turun sejak awal tahun lagi. Nak pergi berjauhan lama-lama pun tak berani, takut tanaman rosak, kering atau mati.
 
 
Saya ambil kesempatan musim hujan ini dengan memangkas pokok tenggek burung kesayangan saya. Dah lama saya nak pangkas sebab dah tinggi sangat. Nanti kalau dibiarkan susah pulak nak petik pucuknya.


 Daunnya pun saya sayang, rasa nak keringkan dan simpan buat kenangan...hahaha!


Pucuknya saya kutip, buat ulam. Nyam...nyam..sedap!



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, March 13, 2014

Tips Penanaman Pokok Daun Sup/Saderi Cina

Nak dapatkan benih daun sup? 
WhatsApp 017 455 95 36

Gambar kitar semula: Pokok daun sup di rumah saya


Ramai pembaca blog Semua Menjadi yang bertanya tentang cara penanaman daun sup. Daun sup memang sukar nak tumbuh. Itu saya tak nafikan. Dan saya juga setuju dengan fenomena 'tangan sejuk tangan panas'.
Hari ini saya nak kongsikan tips daripada pemilik nurseri dari Cameron Highland yang telah saya temubual semasa menunggu kesesakan lalu lintas reda sewaktu saya bercuti di sana baru-baru ini.
Tips penyemaian dan penanaman daun sup.
  1. Gunakan tanah hitam tanpa baja dan masukkan dalam bekas yang sesuai.
  2. Basahkan tanah dengan air secukupnya.
  3. Taburkan benih daun sup pada permukaan tanah tadi.
  4. Letakkan pada tempat gelap dan biarkan biji benih tumbuh.
  5. Kalau cuaca panas seperti sekarang ini, cuba sembur air pada semaian sekali-sekala.
  6. Bila semaian dah tumbuh barulah letak pada kawasan yang teduh tapi mendapat cahaya matahari terutamanya waktu pagi.
  7. Selepas itu barulah boleh gunakan baja pada pokok daun sup. Seeloknya guna baja cecair.
  8. Sekiranya nak guna daun sup eloklah cabut pokok daun sup tersebut dan pokok baru akan tumbuh lagi (tips yang ini saya kurang setuju sikit, tapi saya angguk juga la, karang dia marah saya pulak melawan cikgu).
Itulah antara tips yang diberi oleh pemilik nurseri tersebut. Kalau ada yang  cuba dan tak menjadi juga. Terimalah hakikat bukan rezeki kita lagi nak berdaun sup sendiri. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.
Cuba lagi hingga berjaya!!!




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?


Wednesday, March 12, 2014

Berjualan kali ke3 secara Live

Untuk makluman 2 orang gadis tu bukan saya...hehehe. Saya tengah sibuk tangkap gambar.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, March 11, 2014

Leptospermum Vs Serissa



Mana pokok bunga Serissa? Esok la kot saya uplod.

Dua gambar di atas adalah gambar pokok Leptospermum yang saya jumpa di Mardi CH, dah besar meriah dengan bunga pula tu. Saya ada tanam 2 pokok. Masih kecil, bunga pun sikit sahaja. Tapi saya cukup puas hati sebab tahan lama juga pokoknya dan tak cerewet dari segi penjagaannya.

Ada pengumuman penting bagi rakan-rakan setempat kerja dengan saya. Esok saya akan buat jualan. Marilah datang beramai-ramai kalau teringin nak memiliki pokok daun sup, pokok delima, pokok Okinawan's Spinach, pokok tenggek burung dan segala macam biji benih dengan harga kasih sayang.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Saturday, March 8, 2014

Jualan Bulan Mac. Pokok Belalai Gajah dan Okinawan's Spinach.

3 pokok RM10. Kos Poslaju RM13. 

 Pokok Belalai Gajah atau Snake Grass. Boleh dihadikan ulam atau sayur yang dimasak. Juga sering digunakan untuk pesakit kanser dan diabetes.


Pokok  Okinawan's Spinach atau pokok ulam sambung nyawa ugu/hitam. Dikatakan dapat merendahkan paras kolestrol.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, March 7, 2014

Ini buah raspberry ker?

 Dah masak pun buah raspberry saya ini. Dah boleh buat topping pavlova la ni.
Acah jer tu, bukannya pokok raspberry saya, ini pokok raspberry Mardi Cameron Highland.


 Memang menggiurkan buah ini, lebat pula tu. Tapi tak ada pun pelawat yang berminat nak tengok ker, nak pegang ker macam saya. Tapi itu bukan tangan sayalah yer.


 Bunganya pun cantik, Saya pernah tanam pokok ini dulu tapi tak sempat berbuah, mati sebab saya tak peduli dekat dia.


Tengoklah buahnya siap kering dekat pokok. Kesian. Kenapalah agaknya yer.
Kemudiannya saya tahu kenapa buah ini tak diperdulikan. Rupa-rupanya rasanya sangat masam dan tak sedap lansung. Patutlah kering kat pokok jer, burung dan binatang lain pun tak ingin nak ambil makan.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?