Friday, May 30, 2014

Tertarik Seperti Magnet

 Dua tiga menjak ini saya terlalu sibuk. Sampai tak ada masa nak apdet blog yang saya sayangi ini hari-hari. Selain sibuk dengan bisnes kecilan saya, saya juga sibuk mengunjungi nurseri yang terlalu banyak di tempat saya.

Saya terjumpa bunga ini di satu nurseri. Mak oiii! Lawa sungguh. Saya ditarik kuasa magnet bunga ini dan terus membayar wang kepada toke. Masa mula-mula beli bunganya cuma satu.


 Tapi hari ini bunganya dah jadi tiga bukan, silap, ada empat rupa-rupanya, disebabkan terlalu besar bunga tersebut terselit di bawah bunga yang atas sekali. Bunga ini lembut tetapi saiznya lebih besar dari tapak tangan orang dewasa.


Yang ini pun ada kuasa magnet yang kuat, saya terus beli 2 pasu berlainan warna. Walaupun harganya mahal saya tidak ragu-ragu membayarnya. Cuma saya ragu-ragu mana nak letak semua bunga-bunga ini sebab halaman rumah saya dah penuh dengan pelbagai jenis pokok dan juga bunga ros jepun.

Friday, May 23, 2014

Kucai dan Daun Sup bukan untuk diJual

 Inilah pokok kucai kesayangan saya. Gemuk dan montel. saya beli anak pokoknya daripada sebuah nursery. Itupun tinggal sepasu sahaja. Jangan pula ada yang minta nak beli anak pokok kucai daripada saya. Saya belum ada benih lebih untuk dijual.


 Ini pula pokok daun sup saya. Semuanya di kebun tergantung belakang rumah saya. Yang ini mungkin boleh jual tapi tak jamin la masih segar bugar kalau pos...hehehehe. 
 
Bahagia rasanya bila rasa nak masak petik jer kat belakang rumah sekadar yang perlu. Kalau dah terlalu banyak, boleh potong dan sedekah bagi kawan-kawan kat opis. Berkongsi kegembiraan berkebun.
 
Nampaknya saya telah berjaya membawa aura positif berkebun di tempat kerja saya. Ramai rakan-rakan dah mula berminat berkebun di rumah. Masing-masing sibuk bercerita tentang tanaman masing-masing dan tak kurang juga yang meminta nasihat daripada saya. Malahan staf-staf senior pun mintak pendapat saya dalam hal-hal berkebun.


 Cerita lain pula saya ni. Sebenarnya saya nak cerita yang gabungan kucai dan daun sup ini sangat serasi bila digandingkan bersama.


Potong pendek-pendek campurkan dengan udang, tepung, cili tumbuk, garam dan air. Hasilnya cucur udang yang enak dan menyelerakan.
 
 
 
************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 
 
 
 

Friday, May 16, 2014

Menikmati Keindahan Kembang Sepuluh Pagi

 Hati siapa yang tak ceria bila pulang ke rumah dihadiahi sebakul bunga yang mekar sebegini?


















Selamat berhujung minggu sambil memenikmati keindahan hadiah dari alam semulajadi.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, May 14, 2014

Penanaman Pucuk Ubi Kerinting cara Semua Menjadi

Saya peminat nombor satu sayur pucuk ubi, dan yang paling saya minat sekali tentulah pucuk ubi kerinting. Saya dapati pokok ubi kerinting ini kadangkala lebih hidup subur di kawasan yang redup. Di samping itu ia mudah terkena serangan bena putih. Mungkin agaknya disebabkan pucuk ubi jenis ini lebih enak dan mudah empuk berbanding pucuk ubi biasa.

Cara penanaman ini pun saya terjumpa secara tidak sengaja. Kebetulan saya ada banyak keratan batang yang saya simpan atas pesanan pelanggan. Saya cucukkan dalam pasu panjang yang kebetulan kosong. Tunas dan pucuk baru keluar dengan galak dan cantik daripada keratan tersebut. Semakin lama di biar tunas tadi naik dengan sangat cantik dan kelihatan sangat sedap kalau dibuat sayur.

Saya pun ambil lebih banyak keratan daripada rumah mak saya dan tanam seperti dalam gambar. hasilnya saya dapat pucuk ubi yang betul-betul muda dan sedap dibuat sayur. Saya letakkan pasu-pasu ini di bawah 'awning' rumah saya dan nampaknya pokok ubi kerinting saya gembira di situ dan membuatkan kawan-kawan yang datang melawat pun geram dengan kecomelan dan kesuburan pucuk ubi kerinting saya.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, May 9, 2014

Kebun Herba Kolah

 Kolah ini asalnya dalam bilik mandi di rumah saya. Kolah 3rd hand, maklumlah saya ini pemilik ketiga rumah ini setelah tiga kali berjual beli. Kolah ini selalu membikin masalah pada saya, air selalu tiris. Jadi saya letak dibelakang rumah.
Daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes baiklah saya jadikan ianya kebun herba. Dibahagian bawahnya saya masukkan pasu-pasu pecah dan ranting kayu. Cuma dibahagian atas sahaja saya masukkan tanah. Dapatlah serba sedikit menjimatkan tanah yang digunakan.


Antara pokok yang saya tanam dalam kolah ini adalah puding ulam, akar som, beluntas, mata itek dan salam. Kalau pokok-pokok ini dah besar nanti tak taulah saya macamana jadinya. Kita lihat sahajalah nanti.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, May 8, 2014

Kisah Kacang Panjang Renek

 Dah lama saya teringin nak tanam kacang panjang renek. Tapi tak tanam-tanam. Tapi terpaksa tanam juga kali ini untuk uji sama ada biji benih masih bernas lagi sebelum dipasarkan. 


 Tak sangkalah pula tumbuh subur dan gemuk sampai macam ini. saya guna baja rumpai laut jer.Kacang panjang renek ini saya tanam dalam pasu plastik kecil sahaja.  Pokoknya cepat berbunga dan keluar putik.

Saya tanam depan rumah. Tak boleh nak alih sebab akarnya dah merayap ke luar pasu.


Buah kacang panjang ini saya cadang nak simpan sampai tua untuk buat benih sebab stok saya dah habis. Malang tak berbau, ada seorang rakan opis yang datang melawat telah melenyek sebiji kacang yang paling besar dengan keretanya. 

Nasib baik dia lenyek sebiji kacang sahaja dan bukannya pokok kacang panjang renek saya. Kalau tidak menangis tak berlagu saya. Kacang yang terlenyek dihujungnya tu saya buang bahagian dilenyek dan bahagian yang elok saya makan mentah sahaja. Elok sedap dan manis maklumlah tanam sendiri.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, May 5, 2014

Keman Air Setangki Kangkung Puteri

 Lama sunguh saya tak makan sayur ini. Kali terakhir rasanya masa sekolah rendah dulu.  Saya suka rasanya yang ada iras-iras petai, seingat sayalah masa itu. Tak pernah pun jumpa pokok ini secara hidup kecuali jumpa yang sebegini di pasar. Keman air yang ada dua ikat tu ya, bukan yang di tengah-tengah tu. Yang tu pucuk putat.



 Saya buat masak lemak dengan udang galah. Sedap sungguh. Menjilat mangkuk. Sayur ini tak pahit dan tak adalah bau petai sangat berbanding yang saya ingat dulu-dulu. Susah nak jumpa sayur ini. Masa beli saya tak tahu pun namanya tapi saya tanya tukang jual barulah saya tahu nama lainnya, khasiat dan kegunaannya selain daripada dibuat sayuran.


Selepas habis makan macam biasa keratan batangnya saya semai. Tak sangka la pula boleh hidup. Lepas ini tak payah pegi pasar dah la nampaknya. Kutip kat belakang rumah jer.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?