Saya terjumpa bunga-bunga ini sewaktu menunggu bas berhampiran rumah saya. Saya tak naik bas tapi tunggu anak-anak saudara saya menaiki bas setelah melawat saya di musim cuti sekolah ini. Saya pernah jumpa bunga ini dijual di nurseri tapi yang ini saya pasti ia hidup liar sebab kedudukannya di tepi longkang dan sesetengahnya hidup dalam longkang.
Saturday, December 15, 2012
Friday, December 14, 2012
Yang ku Idam-idamkan
Tadi sedang saya menemuduga seseorang tiba-tiba saya dapat panggilan telefon. Kawan saya suruh semak baki akaun bank. Wow! Ada pertambahan baki, saya dapat bonus kecik. Seronoknya. Selesaikan kerja-kerja yang sepatutnya terus saya pergi ke nurseri kegemaran.
Saya terjumpa pokok ini yang telah lama saya idam-idamkan untuk menghiasi penyidai pakaian saya. Ya saya guna penyidai pakaian untuk letak tanaman gantung saya. Kawan opis saya kata ini adalah idea yang baik, dia pun nak tiru.
Pokok strawberi yang saya beli ini memang sudah siap berbuah, malah ada buahnya yang sudah busuk pun.
Saya beli dua pasu, biar dia ada kawan. Hargapun boleh tahan.
Selalunya saya geram tengok pokok strawberi ini dekat Cameron Highland, tapi diorang tak jual pokok strawberi. Biji benih diorang jual la. Tak sangka pulak saya dekat nursei kegemaran ada di jual pokok ini. Seperti yang kawan saya cakap, semua pun ada dijual kat nurseri tu kecuali mak ngan bapak jer tak ade.
Selain dari itu saya juga ada membeli sepasang pasu plastik, sepasang bekas pemegang pasu dan juga sepohon anak delima kiriman kawan opis saya.
Thursday, December 13, 2012
Di Penghujungnya
Musim durian di rumah mak abah saya dah hampir sampai ke penghujungnya. Tapi dekat tempat saya tinggal masih banyak lagi durian yang di jual di tepi-tepi jalan. Gambar yang saya letakkan di sini bukanlah gambar pokok durian di rumah mak abah saya tetapi daripada satu kawasan yang di namakan Trong/Terung di negeri Perak.
Gambar di ambil sewaktu saya pergi makan makanan laut dekat Kuala Terong. Sihat-sihat saja rupa pokok-pokok durian dekat sini. Buah pun lebat.
Buah-buah durian dekat sini diikat dengan tali macam yang pernah saya di lihat di lereng-lereng Bukit Bendera waktu saya bersekolah di Pulau Pinang dulu. Teringat zaman remaja dulu.
Cantik pulak saya tengok tali-tali tu, mungkin pokok durian ini dari baka baik sebab pokok yang lain tak diikat pun buah-buahnya dengan tali.
Ini buah durian yang saya beli dekat pasar malam dekat-dekat rumah saya. Kurang berkualiti. Tapi bolehlah kalau teringin sangat. Tak taulah asalnya dari mana.
Wednesday, December 12, 2012
Tuaian Hari Rabu
Tuaian hari rabu berupa buah roselle, pucuk ubi kerinting dan juga cili hijau. Ada blogger kata hari Rabu tak elok cakap banyak-banyak, jadi nikmati sajalah gambar ini yer.
Tuesday, December 11, 2012
Cili Ungu - Jingga
Tanaman terkini di halaman rumah saya ialah sejenis cili. Walaupun selama ini saya kecoh bagitau yang saya tak suka makan pedas tapi pokok cili juga menjadi pilihan untuk saya tanam. Pokok cili yang lama dah kerinting daunnya di serang bena putih. Sudah puas di rawat tapi buahnya dah makin kurang malahan saiznya semakin hari semakin kecil.
Ini dia koleksi pokok cili terbaru di rumah saya walaupun orang lain dah lama tanam. Pokok cili ungu yang tengah sibuk berbuah.
Daunnya berwarna ungu dan buahnya juga berwarna ungu ketika masih muda.
Bila dah matang warna buahnya perlahan-lahan bertukar ke warna jingga. Ya, saya belum pernah makan cili ini lagi. Di rumah saya sambal belacan yang terakhir saya buat adalah kira-kira sebulan dahulu. Saya sangat-sangat jarang buat sambal kecuali teringin sangat.
Selalunya saya guna cili api kalau nak buat masak lemak. Ya, saya juga sangat jarang masak masakan bersantan (macam la ada orang tanya soalan-soalan yang saya jawab tu).
Selalunya saya guna cili api kalau nak buat masak lemak. Ya, saya juga sangat jarang masak masakan bersantan (macam la ada orang tanya soalan-soalan yang saya jawab tu).
Pokok cili jenis ini tak tahan cuaca panas jadi saya letak di kawasan teduh di hadapan rumah saya. Akarnya juga lebih banyak berbanding cili biasa. Harap-harap umurnya panjang dan menghasilkan buah yang banyak sampai saya jemu menggunakannya dalam masakan.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Monday, December 10, 2012
Tomato nan Sebatang
Ada sebatang sahaja pohon tomato yang masih hidup di rumah saya. Itupun hanya tomato ceri. Kecil-kecil sahaja buahnya. Sebelum ini gambar-gambar buahnya yang lain dah muncul pun kat blog ini. Tapi apalah salahnya muncul sekali lagi.
Ini gambar buahnya yang belum berapa masak, tapi ada sahaja tangan yang teringin nak memetiknya. Sabar tunggu dia masak dulu, baru boleh petik.
Dah masak pun, yang biru tu tali rafia. Ikat sahaja dengan apa yang ada, asalkan jangan patah dahannya. Sekarang dah boleh petik. Boleh di makan begitu sahaja atau di buat sebagai salah satu ramuan salad.
Inilah pokoknya, buah tak begitu lebat. Kurus sahaja pokoknya. Daun dah ada yang kuning, nampaknya dah diserang bena putih.
Rasanya agak manis walaupun tak berapa kena cahaya matahari. Yang di beli rasanya agak masam.
Pandangan dari bawah. Buah ini masih rangup rasanya walaupun warna dah merah menyala.
Friday, December 7, 2012
Dedaun PD
Tak habis cerita pasal Port Dickson lagi. Silalah nikmati gambar-gambar dedaun di PD yang sempat saya tangkap sebulan yang lalu.
Kadang-kadang saya tak boleh tengok dedaun yang muda dan hijau gebu, rasa nak buat ulam semuanya.
Thursday, December 6, 2012
Teringin nak Beli
Berkenan sungguh saya dengan menda ni. Comel sungguh. Lokasi penggambaran tentulah di nurseri kegemaran.
Tengok tanda harga dia kat petak merah-RM7000. Kalau beli nak letak kat mana yer? (opps! cukup duit ker tu??)
Waah! Yang ini pun menarik hati juga. Tengok harga, separuh daripada yang tadi. Kalau beli, kereta nak letak kat mana? Depan rumah jiran...hahahaha!
Wednesday, December 5, 2012
Pujaan Hati Meletop!
Bunganya seakan-akan bunga markisa tapi buahnya berkulit nipis tak setebal kulit markisa, saiznya pula jauh lebih kecil. Inilah buah letup-letup yang menjadi pujaan hati saya waktu kecik-kecik dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun ia masih menjadi pujaan hati saya.
Dekat rumah saya selalu juga pokok letup-letup ini hidup tapi malangnya selalu di musnahkan oleh jiran-jiran saya yang menganggap pokok iini sebagai rumpai. Kadang-kadang saya biarkan ia menjalar dekat pokok-pokok tanaman saya. Baru sahaja nak berbuah, ada sahaja tangan terlebih rajin tolong musnahkan pokok kesayangan saya ini. Gambar yang saya ambil ini adalah di kawasan rumah mak abah saya. Tak ada pula buah yang masak untuk di potretkan.
Saya sangat sukakan buah letup-letup yang rasanya masam-masam manis. Kalau saya terjumpa pokok ini di mana-mana, saya akan pergi kutip buahnya yang masak sebanyak mungkin. Lepas itu makan satu-satu dengan penuh perasaan. Malahan saya pernah cuba makan pucuk daun letup-letup ini tapi rasanya tak sedap. Menurut pembacaan saya pokok letup-letup ini banyak khasiatnya. Ia boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada badan, merawat luka dan juga boleh melegakan batuk.
Waktu kecik-kecik dulu (belum sekolah lagi), saya ada kenangan masam-masam manis berkaitan dengan buah letup-letup.
Ceritanya begini, pada suatu pagi yang cerah, saya terjumpa banyak buah letup-letup yang masak. Saya pun kutip semuanya dan duduk di depan rumah mak abah saya. Saya pun makan buah letup-letup sambil memerhati orang yang lalu-lalang. Yang peliknya semua orang yang lalu tersebut akan pandang saya dengan rupa yang lain macam. Saya pun rasa pelik tapi saya buat tak tau dan terus menikmati buah letup-letup sehingga habis. Lepas itu saya pun masuk rumah. Kemudian baru saya teringat sebenarnya waktu saya makan buah letup-letup itu adalah bulan Ramadhan, patutlah semua orang pandang saya, rupa-rupanya saya telah makan di khalayak ramai waktu bulan puasa, nasib baik masih belum mumaiyiz jadi tak lah kena tangkap sebab tak puasa.
Tuesday, December 4, 2012
Opps! Timun Ladang Rupanya
Ingat lagi entry saya mengenai Timun Tikus? Pokok yang sangat subur kelihatan seperti pokok labu.
Betul sangkaan saya, sebenarnya abah saya tanam benih timun betik ataupun timun ladang bukannya benih timun tikus seperti jangkaan saya.
Pokok yang cantik menghijau dulu, daun-daunnya dah kekuningan, di sana-sini banyak buah timun ladang yang terbaring di atas tanah, ada sebahagiannya yang berlubang di mamah serangga.
Ini antara buahnya yang sudah matang tapi belum sesuai dimakan lagi. Tapi buahnya kecil dan kontot sahaja.
Buah timun ladang ini kalau dah masak, banya menusuk jiwa. Lebih wangi daripada bau tembikai susu. Tapi jangan terpedaya, rasanya tidak seenak tembikai susu. Selalunya rasa timun ladang ini tawar. Terkenal sewaktu bulan Ramadhan, sesuai dijadikan pencuci mulut dan disediakan dalam bentuk serawa iaitu campuran santan dan gula, selalunya ditambah ais dan campurkan dengan potongan buah timun ladang.
Dua orang model cuti sekolah sedang memegang dua biji timun ladang atau timun betik yang berlainan saiz. Keduanya belum pernah makan serawa timun ladang sehingga ke hari ini termasuklah saya sendiri.