Wednesday, April 28, 2021

Shepherd's Pie ala Melayu versi Semua Menjadi

 






Jom kita buat shepherd's pie ala melayu versi saya.

 Nk mudah kita panggil s pie jer lah.

Selalunya sy akan buat intinya dulu. Dah siap masak kita boleh simpan dlm petiais sementara nk siapkan mashed potato atau kentang lenyek sebagai topping s pie kita ni.

 

Sekarang kita mula buat intinya.  

 Basuh daging cincang 2 pkt 500g.

Potong dadu 2 biji bawang besar.

Cendawan butang dlm tin pun kita potong dadu atau beli yg dah siap dihiris nipis.

 

2 btg Carrot biasanya sy sagat kasar tp boleh jer potong dadu.

Tomato 2 biji juga potong dadu.

Dan setangkai dun sup yang dipotong kasar

 

Kita pergi kepada Cara masaknya:

Mula-mula tumis bwg besar dgn menggunakan minyak zaitun + mentega. Atau boleh juga guna minyak masak biasa.

 

Bila bawang  dah layu kita masukkan tomato. Selepas itu masukkan daging cincang, cendawan dan carrot.

Masak sehingga daging empuk dan perasakan inti tadi dgn garam, kiub lembu dan sedikit lada hitam.


Kacau lg 2 minit dan akhir sekali masukkan daun sup.

 Inti s pie kita dah pun  siap.


Sekarang kita sediakan kentang lenyek.

Saya gunakan potato flakes 500g + air panas + susu segar 1 liter dan butter 250g yang telah dicairkan.

 

Kena pandai-pandai agak lah jumlah air panas yg dimasukkan supaya dapat tekstur terbaik untuk kentang lenyek kita.

 

Sy juga suka masukkan daun parsley kering beserta lada hitam dan sedikit garam dalam mashed potato sy.

 

 Tapi klo anda seorang yang rajin boleh jer guna ubi kentang rebus. Dan buat mashed potato secara tradisional.


Kita pergi pula kepada cara penyediaan s pie:

 

Sediakan bekas aluminium berdiameter 12cm.

Bekas ni mmg muat dalam air fryer biasa yer.

 

Ambil inti  pie secawan, letak dlm bekas aluminum dan ratakan.

 

Kemudian tambahkan mashed potato ke atas inti tadi dan pastikan ianya memenuhi bekas aluminium, kemudian ratakan guna garfu.

 

Untuk resepi yang sy sediakan ni boleh dapat kira-kira 10 bekas s pie.

 

Kalau suka boleh tabur cheese diatasnya atau sapu kuning telur sblm di bakar.

 

Sy bakar pie ni guna air fryer shj. Pada suhu 180⁰C selama 8 minit.

 

Pie kita dah Siap! Sedia untuk dinikmati panas-panas...

Saturday, April 24, 2021

Jalanjalan Cameron Highland-Melawat Ladang Teh, Avocado dan Check in Casa Loma


 Video yang ni sebenarnya sambungan daripada video semalam.

Kali ni kami melawat ladang teh yang paling lama katanya, tapi tak tau la btul ke idok.

Yang penting ladang teh yer tak. Dulu-dulu masa belajar pernah la pergi ke ladang ni dengan kawan-kawan.

Memang best la, melawat kilang teh, tangkap gambar sana-sini. memang kenangan yang sangat indah.

Pastu yang paling best untuk trip kali ni kami terjumpa ladang avokado Cameron, sebenarnya dalam video ni cuma bahagian hadapan ladang. Kat dalam tu ada banyak lagi pokok avokado.

Sekadar bergambar jer la kan. Saya selalu jugak beli avokado Cameron sebab pada saya rasanya lebih sedap berbanding yang jual kat pasaraya.

Dan kami check in kat Casa Loma, pemandangan kat sini memang cantik tapi peralatan dalam hotelnya agak usang. 

Mungkin kebetulan kat bilik saya tu, mangkuk toiletnya dah bergoyang-goyang, risau jer bila nak membuang.

Tapi yang bestnya kat sini suhunya memang sangat sejuk sebab kedudukannya atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok.      
 

Friday, April 23, 2021

Jalanjalan Cameron Highland-Nak tau Jalan short cut untuk Elak jem?


Kita semua tau, CH jalan memang la asyik jem. Mari saya bagitau jalan short cut kat sana. Ada lagi jalan yang saya tak sempat tunjuk.

Dulu sebelum PKP bole katakan setiap bulan paling kurang sekali saya akan ke Cameron Highland. 

Sebabnya ia adalah tempat percutian paling dekat dengan rumah saya. Lagi satu tentulah sebab suhunya.

Tapi kebelakangan ni fikir lapan belas kali sebab malas ngadap jem.

Jadi dalam video ni sajer jer la nak tunjuk jalan kat Cameron, mana la tau ada yang tak pernah ke sana.

Bagi saya Cameron tetap menjadi pujaan di hati saya antara tanah2 tinggi yang ada kat Malaysia ni.

Jem macamana pun tetap nak pegi lagi.

Tapi harapnya pihak bertanggungjawap patut fikirkan cara untuk kurangkan kesesakan kat Cameron ni.

Contohnya  mungkin boleh sediakan tempat parking yang besar utk pelancong dan dalam Cameron cuma boleh gerak guna shuttle.

Atau mungkin kenakan bayaran yang berbeza nilainya (mungkin lebih tinggi) untuk kereta masuk ke Cameron sekiranya tak mau menggunakan shuttle.

Ini sekadar cadangan saya jer la kan... hehehe! 

Apa pulak pendapat anda?


Wednesday, April 21, 2021

Jalanjalan Lata Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak



Balik dari Pengkalan Hulu, kami saja masuk simpang FLS ni, jauh jugak la. 

Pastu bila sampai ke kawasan penempatan terus nampak kawasan lata ni. Luas, bersih, cantik. 

Nampak macam baru di bina pondok dan tempat rehat kat sini. Air sungainya pun nampak jernih dan bersih. 

Rasa tak sabar nak mandi. Tapi disebabkan malas nak tukar-tukar baju kitorg tangguh jer la dulu rasa tu. Kami plan nak pi lain kali la pulak.

Tuesday, April 20, 2021

Jalanjalan Gerik-Pengkalan Hulu, Singgah Castella Cafe Makan Ikan Kelah Bakar

 

Disebabkan pkp bole jalan kat Perak jer la, jadi saya pilih ke Gerik. dah lama teringin nak rasa ikan kelah.


Arwah abah selalu cerita dia makan ikan kelah sedap. Masa dia muda-muda dlu katanya sungai dekat kg saya tu ada ikan kelah tapi sekarang dah takde.

Dulu-dulu saya rajin ngikut abah saya pegi menjala ikan kat sungai. Punya la syok. Tapi asik dapat ikan tilapia jer. Jadi dengan sebab itu saya mesti jugak rasa ikan kelah tu cemana kan. Baru la puas hati. Yer memang sedap seperti yang di kata.


Tapi sebab saya sorang jer yang makan, ikan tu sampai hari ni ada sebelah lagi dalam petias. dah la puasa kan, mana sempat nak makan.

Jalanjalan River Cruise Teluk Intan, Perak


 Haa! Ni kejadian bulan Oktober 2020, lama dah. Bosan-bosan tak tau nak gi mana jadi kita naik bot.

Best jugak la River Cruise ni. Sebab byk juga info baru yang saya dapat terutamanya tentang kepala keretapi yang ada kat dasar Sg Perak ni. 

Sebelum ni dengar cerita jer. Tapi masa tu air pasang jadi dapat dengar penerangan sahaja daripada abang bangau.

Lagi satu yang menarik adalah pulau burung yang berada ditengah-tengah sungai, memang banyak burung yang tinggal di situ. Berbaloi la kalau rajin ambil gambar burung kat situ.

Sebelum ni saya tertanya-tanya jugak kenapa ada kapal besar kat sungai ni. Setelah ikut cruise baru la saya tau itu sebenarnya kapal pengorek pasir.

Masa beli tiket, dapat sekali voucher diskaun RM30 untuk tiket2 masuk kat pelbagai tarikan negeri Perak tapi saya tak sempat guna sebab PKP kan. 

Ingat nak naik cruise malam sambil tengok kelip-kelip. Mungkin lain kali pulak la kot. 

Monday, April 19, 2021

Jalanjalan Terengganu-Johor Disember 2020 Bahagian 3


 Ni part terakhir dari trip kami 2 beradik. Kali ni masuk kawasan Pahang dan Johor pulak. Agaknya sebab bulan Disember, air laut kat sana tak berapa nak jernih. Semuanya kecoklatan jer.

Tapi yang bestnya masa kat Kuala Rompin,  pantai dia banyak sangat buaian yang disediakan. Mengundang kenangan masa pg Lombok dulu pulak. Dah tu buaiannya besar dan tegap tak macam yang ada kat pulau Pangkor.

Puas hati la saya dapat main buaian kat sana. Cam bebudak pulak kan.

Kami banyak singgah tengok pantai-pantai yang ada sepanjang jalan dari Pahang ke Johor. 

Last sekali sampai JB. Tapi tak jalan mana, duk hotel jer sebab penat kot. Pastu baru kami gerak ke utara dan singgah 2 ker 3 tempat dan terus masuk hiway ke utara melalui Tangkak. Pastu tak singgah mana dah.

Pasal adik saya tak sabar-sabar nak balik dah. Kalau saya, nak jer round-round lagi sekitar Melaka, N9, Selangor. 

Tapi tak per lah kita rancang trip seterusnya pulak bila sempadan negeri dah bukak. Insyaallah.

Saturday, April 17, 2021

Jalanjalan Terengganu-Johor Disember 2020 Bahagian 2


 Kali ni kami bertolak dari KT ke Marang, Dungun, Kemaman dan seterusnya menuju ke Kuala Rompin.

Memang cantik sungguh pantai-pantai di Terengganu. Tapi cam tak sesuai untuk mandi. Tapi pemandangannya memang sangat indah berbaloi kalau nak pegi lagi sekali.

Friday, April 16, 2021

Jalanjalan Terengganu-Johor Disember 2020 Bahagian 1



 Sebelum PKP kali kedua melanda Malaysia, sempatlah saya dan adik saya merayap pusing semenanjung.

Kami gerak dari Perak ke Cameron Highland seterusnya Gua Musang, Kuala Krai, Terengganu, Pahang, Johor dan balik semula ke Perak.

Ini sebenarnya kali kedua sy pi meround semenanjung, kali terakhir rasanya pada tahun 2011. Tapi ini kali yang pertama bagi adik saya.

Untuk video kali ini meliputi perjalanan sampai ke Kuala Terengganu sahaja. Ada lagi 2 video yang akan menyusul.

Tak sabar nak tunggu PKP, PKPB dan segala Pkpk ni tamat. Nak meround kali ketiga pulak. Mungkin kali ini akan memberi tumpuan pada Johor, Melaka, N9 dan Selangor.

Bertani, bertani jugak, jalanjalan pun hobi saya dari dulu hingga kini.

Thursday, April 15, 2021

Melawat Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk


 Uiii lamanya tak menulis kat blog ni, jenuh sapu sawang sana-sini. Baru-baru ni saya ada pi melawat ladang bunga matahari. Cuaca panasnya lahai, sampai rasa terbakar kulit muka. 

Walaupun sekarang musim hujan tapi cuaca kat situ panas sgt mungkin sebab dekat dengan laut kot.

Saya dan adik bertolak dari Bidor ke Teluk Intan dan seterusnya ke Bagan Sungai Burung, Bagan Datuk. Boleh tahan jauh jugak la. Sampai terpikir bila la nak sampai ni.

Terpaksa guna waze la jugak. Nampak jer gambar bunga matahari kami masuk simpang dan lalu jalan kecil dan akhirnya jumpa la jugak ladang tu.

Sampai tempat parking ada tulisan bayaran RM3, tapi nasibla dia tak mintak pun. Kami pun beli tket kat kaunter RM13 dan diberi sepeket makan ikan percuma untuk bagi kan makan la, jangan kita pulak makan, dalam ladang tu ada kedai jual minuman dan snek. Dan jangan risau toilet pun ada.

Saya pergi sana hari Sabtu, ramai jugak la pengunjung. Macam-macam gaya ada, sbb tujuan utama orang datang sini adalah untuk ambik gambar. Memang bayak props untuk ambil gambar disediakan oleh pemilik ladang.

Panas-panas tu pun ramai yang sanggup berjemur sambil posing. Termasuk la sekali saya ni.

Pada saya berbaloi la nak datang kalau anda dari sekitar Perak juga, lagi pun mana bole nak rentas negeri waktu PKP ni kan. Redho jer la kalau dapat berjalan dalam negeri jer, bersyukur jer lah.

Sila la tengok video yang saya letak kat atas nun, selamat menikmati pemandangan bunga matahari.

Video kualiti biasa-biasa jer, sy bukannya terrer nak edit2 video ni. Cukup la jadi kenangan, boleh tengok2 sambil senyum sendiri.

Thursday, April 1, 2021

Jualan Benih Murah Online April 2021

 RM1.50 sepeket.

Pesanan 20 peket benih PERCUMA Kos Poslaju (RM8)

Nak order? Klik www.wasap.my/60174559536/wbenihApr2021

SENARAI BENIH (RM1.50)

Asparagus (5 biji)
Brokoli (10 biji)

Bayam Hijau Daun Bulat (500 biji)
Bayam Hijau Daun Panjang (500 biji)
Bayam Merah (500 biji)

Beet Root (30 biji)
Bendi (10 biji)

Bunga Butang Pink (20 biji)
Bunga Butang Ungu (20 biji)
Bunga Telang (10 biji)
Bunga Telang Kering (100 kuntum)-RM5

Carrot (20 biji)
Capsicum Kuning (10 biji)
Capsicum Merah (10 biji)

Cili Api (20 biji)
Cili Api F1 Red Sky (10 biji)
Cili Big Ipoh (20 biji)
Cili Jambak (20 biji)
Cili Jingga (10 benih)
Cili Kulai (20 biji)
Cili Panjang (30 biji)
Cili Pondan (5 buah)
Cili Solok (10 biji)
Cili YongPeng (20 biji)

Daun Bawang (20 bii)
Daun Sup (100 biji)
Dill (20 biji)

Edamame/Kacang Bulu (6 biji)
Ensabi Benih Kasar (50 biji)
Ensabi Benih Halus (50 biji)

Buah Gag (2 biji)
Gargil/Arugula/Wild Rocket (100 biji)
Hap Pea Sprout (15 biji)

Jagung Manis (5 biji)
Jagung Ungu Thai (5 biji)
Jagung Putih Cameron (5 biji)

Kacang Buncis (10 biji)
Kacang Botol (5 biji)
Kacang Panjang (10 biji)
Kacang Panjang Merah (5 biji)
Kacang Panjang Renek (5 biji)

Kailan (50 biji)
Kucai (20 biji)

Kobis Bunga (10 biji)
Kobis Bulat (10 biji)
Kobis Bulat Merah/Ungu (15 biji)
Kobis Cina /Kimchi (15 biji)

Kangkung (50 biji)
Ketumbar (40 biji)
Kohlrabi (15 biji)

Labu Air (5 biji)
Labu Manis (5 biji)

Lada Pahit (10 biji)
Lobak Putih (50 biji)

Maman (100 biji)
Nona (5 biji)
Parsley (50 biji)
Pak Choy (100 biji)

Petola Segi (5 biji)
Pucuk Peria Pantai (10 biji)

Roselle Siam (10 biji)
Roselle Arab (10 biji)

Salad Butterhead (15 biji)
Salad Merah Fire Red (15 biji)
Salad Tongsan/Tempatan (20 biji)

Sawi Bunga (100 biji)
Sawi Hijau (100 biji)
Sawi Hong Kong (100 biji)
Sawi Mini Curly (100 biji)
Sawi Putih (20 biji)
Sawi Pagoda Tatsoi (30 biji)
Sawi Vitamin Tatsoi (30 biji)
Sawi Wang Bujang (100 biji)

Selasih (100 biji)
Sunflower (5 biji)

Tembikai Merah (5 biji)
Tembikai Susu/Honey Dew (10 biji)

Terung Asam Sarawak(20 biji)
Terung Bulat (20 biji)
Terung Mini (20 biji)
Terung Panjang Hijau (20 biji)
Terung Panjang Ungu (20 biji)

Timun (10 biji)
Timun Betik Belang (10 biji)
Timun Betik Putih (10 biji)
Timun Jepun (5 biji)
Timun Ulam/Mini (5 biji)

Tomato (10 biji)
Tomato Ceri (10 biji)

Ulam Raja (20 biji)

Yellow Zucchini (3 biji)
Green Zucchini (3 biji)

KERATAN BATANG TANAMAN

Puding Belacan-3 btg RM5
Bebuas-3 btg RM5
Pucuk Manis-3 btg RM5
Belalai Gajah-3 btg RM5
Lada Hitam-3 btg RM5
Puding Mangkuk -3 btg RM5
Mulberi-3 btg RM5

PRODUK PENJAGAAN TANAMAN SEMUA MENJADI
Klik www.wasap.my/60174559536/produk2021 utk order

Bunga Telang Kering (100 kuntum)-RM5
Baja AB (500ml+500ml)-RM6
Baja Organik Fishmeal (60ml + 60ml)-RM10
Baja Merahitam 500g- RM10
Ubat Ssmut -RM3
Ubat Cput-RM3
Penggalak Akar-RM3

Follow this link to view our catalogue on WhatsApp: https://wa.me/c/60174559536