Sekarang ini kalau melawat nurseri memang terasa kemeriahannya, di sana-sini penuh dengan pokok limau dan bunga-bunga hiasan yang comel-comel belaka.Nurseri kegemaran saya pun tak kurang hebatnya, hari-hari penuh pelanggan sampai saya nak mencelah pun susah. Jadi di kesempatan itu, saya pun pergi melawat nurseri-nurseri berdekatan untuk merasai kemeriahan di nurseri lain pula.
Kali ini saya singgah di nurseri seberabg jalan daripada nurseri kegemaran saya. Pokok-pokok dekat sini ada kelas sikit, jadi harganya pun banyak yang mahal-mahal. Saya sebenarnya pernah ke sini sebelum ini untuk membeli pokok mangga yang saya tanam di hadapan rumah saya. Pekerja di nurseri ini juga bertaraf antarabangsa, saya rasa pekerjanya orang Nepal, kalau tidak pun orang Vietnam.
Di nurseri ini saya terjumpa anak-anak anggur yang agak montel berbanding dengan nurseri kegemaran. Harganya walaupun lebih RM2 dari nurseri kegemaran tapi pokoknya kelihatan lebih sihat. Saya tanya kepada taukeh nurseri, warna apa anggurnya nanti, dia terdiam, bila saya kata hijau ke? Dia pun kata hijau la. Nampaknya taukeh-taukeh nurseri ini sama ada tak belajar bidang hortikultur atau pun tak fasih cakap Melayu.
Lupa pula, kalau nak pilih anak pokok anggur pilihlah yang nampak sihat, yang paling penting tentulah harganya. Kalau beli yang mahal sangat pun tak guna juga kalau tak mau berbuah. Kalau yang murah, kalau tak berbuah pun tak ada la sakit hati sangat. Selalunya harga anak pokok yang belum berbuah jauh lebih murah 5 kali ganda daripada pokok yang sudah berbuah.
Jangan lupa tengok daunnya, cari yang sihat bermaya. Dulu jiran saya jeles dekat pokok anggur saya sebab daunnya besar-besar, lebih besar daripada tapak tangan saya. Lain kali kalau ada masa dan kesempatan saya akan cuba-cuba ambil gambar pokok anggur jiran saya yang kelihatannya hidup segan mati tak mahu. ( Ha!Ha!Ha! Gelak jahat sikit). Opps! Lupa lagi nak bagitau, petang tadi saya tolong siramkan pokok durian dan nangka bonsai jiran saya (Ikhlas ni).
Tapi, yang paling penting, ini bukan saya yang cakap, ada orang lain cakap. Pilihlah batang pokok anggur yang bersaiz besar. Yang saya pilih ini tak adalah besar sangat tapi lebih besar daripada batang pensil. Dan antara pokok-pokok anggur yang ada dijual di nurseri seberang jalan tersebut, yang inilah mempunyai saiz batang pokok yang paling besar.
Kalau ikut tips yang saya ceritakan dahulu pada pos-pos yang berkaitan dengan anggur, dengan izinNYA akan berbuahlah ia.
Tips daripada saya ini bukanlah tips daripada pakar, minta maaflah kalau ada tersalah di sana-sini, ia cuma cerita-cerita daripada pengalaman saya yang tak seberapa. Tak ada niat lansung nak belagak kecuali dengan jiran saya sahaja.
He! He! He!
He! He! He!
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi