Thursday, October 31, 2013

Tak Sama Tak Serupa Cuma Iras-Iras

 Gambar di sebelah kiri namanya Daun Jarum Tujuh Bilah dan di kanan namanya Daun Sambung Nyawa Hitam/Ungu atau lebih dikenali sebagai Okinawan Spinach.

Kedua-duanya sangat berbeza daripada segi warnanya walaupun bentuk daunnya kelihatan sama. Daun Okinawan spinach kelihatan bergerigi dibandingkan dengan daun Jarum Tujuh Bilah yang tepian daunnya rata dan tidak bergerigi.

 Ini Okinawan Spinach yang saya pernah ceritakan di SINI. Saya dah pernah makannya secara mentah, tumis dan juga celur. Ia mempunyai bau dan rasa yang agak kuat tapi masih boleh diterima oleh tekak saya. mungkin pada sesetengah orang rasa dan baunya sedap. Tapi memandangkan khasiatnya yang tinggi, bau  dan rasanya tidak penting lagi. Saya selalu juga makan daun ini sebagai ulam.

Ini pula daun jarum tujuh bilah yang keratan batangnya dah merantau ke serata Malaysia. Saya juga pernah ceritakan tentang daun ini beberapa kali dalam blog ini. ini adalah daun-daun baru yang tumbuh setelah saya memangkas pokoknya baru-baru ini.

Daun Jarum Tujuh Bilah juga sangat berkhasiat terutamanya untuk pesakit kanser tetapi daun ini tidak mempunyai rasa dan bau dan agak berlendir. saya pernah ceritakan tentang apa yang saya buat dengan daun ini di SINI.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, October 30, 2013

Pisang Tanduk Goreng


Mak saya ada bekalkan saya dua biji pisang tanduk muda masa saya balik haritu.Sekarang ini pisang itu sudah pun masak. Takut dia berkulat jadi saya fikir-fikirkan apa nak buat dengan pisang tersebut.


Yang paling senang tentulah goreng pisang,. Mula-mula potong pisang kepada beberapa bahagian, dapat banyaklah pula.


Sudah dipotong macam ini rasa macam tebal sangat pula. Jadi saya potong setiap belahan jadi dua bahagian lagi. Bertambah-tambahlah banyaknya. Macam orang nak jual goreng pisang pula.


Ini rupanya setelah digoreng. Memang kurang cantik berbanding yang dijual. Tak sangka pua saya pisang tanduk ini manis sangat, kurang sedap sikit pada saya rasanya.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, October 29, 2013

Kita dapat Love Dua


Tu dia! Ada orang hantar kapas muka kat saya. Kapas muka pun bolehlah, asalkan ikhlas saya terima dengan senang hati.


Opps! Bila dibuka kapas muka itu saya terjumpa macam-macam khazanah yang saya suka sangat. Terima Kasih yer Awin dari blog Petak Hijau.

Selain daripada biji benih yang diberi ada dua 'love' yang diberi kepada saya. Cantik dan saya suka sangat. Biji benih yang paling saya suka pula adalah kacang panjang renek, dah lama saya cari. Terima kasih sekali lagi Awin.

Sebenarnya banyak lagi pemberian kawan-kawan yang telah saya terima, Contohnya daripada Kmar, Kak Puteri Purnama, Sali, Suhaila, @na, SriKota Garden dan kalau ada yang saya terlupa sebut minta maaf banyak-banyak. 
Jasa kalian akan saya kenang dan jangan risau semua pemberian saya simpan baik-baik (mana yang tak sempat tanam) dan saya tak jual tau...hehehehe.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, October 28, 2013

Tuaian Pelik - Kelapa Pisang?


Nampak macam kelapa kan, memang kelapa pun.



Yang ini pula nampak macam apa?Macam pisang muda pun ada.



Buah kelapa ini dituai oleh seorang staf (Tuan Haji) di opis saya. Saya minta kebenaran dia dulu baru tangkap gambar ini. Katanya, buah kelapa ini dipetik dari pokok yang ada dalam kawasan tempat kerja saya.



Nampak tak putik kelapa itu, sama berlekuk macam yang besar. Kata Tuan Haji semua buah dipokok kelapa itu berkeadaan demikian. Malangnya pokok kelapa itu telah pun ditebang oleh pekerja pembinaan yang bakal membina bangunan baru ditempat kerja saya.



Saya tak sempat pun melihat pokok kelapa tersebut, apatah lagi menjalankan penyelidikan tentang mutasi yang berlaku pada gen kelapa ini (angan-angan lagi... hehehe). 




Saya tertanya-tanya apakah yang ada dalam buah 'pisang' pada kelapa ini. Jadi saya ambil sebiji 'pisang' tersebut dan cuba memotongnya.



Ini hasilnya tak ada pun isi pisang, yang ada cuma sabut.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, October 25, 2013

Ubat Bisul Percuma Paling Mujarab

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36


Kenal tak daun apa ini? Kalau tak kenal rugi, bentuknya mungkin berbeza-beza tapi khasiatnya sebagai penyembuh bisul memang telah terbukti.

Inilah daun ubi keledek, bukan sahaja boleh dibuat sayur malah ada kegunaan lain yang mungkin sesetengah daripada kita tak tahu. 

Saya sendiri telah menggunakannya, bisul sembuh selepas semalaman penggunaannya. Tapi bisul biasalah, bukan bisul yang berkaitan dengan diabetes atau penyakit-penyakit lain.

Macamana penggunaannya? Senang sangat, ambil daun keledek, gentelkan pada tapak tangan sehingga keluar air dan tampalkan pasa bisul. Biarkan semalaman, dan esoknya bisul hilang tanpa dapat dikesan lagi.

Tapi ada syaratnya, seeloknya letak daun keledek ini pada bisul yang baru menjadi. Kalau dah melarat sampai nak pecah rasanya lebih baik jumpa doktor dan buat pembedahan (kecil) sahaja.

Mungkin ada yang bertanya macamana nak kekalkan kedudukan daun keledek pada bisul, guna plaster luka dan letakkan gentelan daun keledek ditengah-tengah plaster dan lekatkan pada bisul. 

Kalau darurat sangat plaster pun tak ada, guna sahajalah selotep yang ada dekat rumah  itulah pun yang pernah saya buat sebelum ini.


Pokok ubi keledek dekat rumah saya dah berleluasa pertumbuhannya, semua pokok berdekatan dipanjatnya.

Tapi tak apalah, kalau perlu penawar bisul ambil sahaja dihadapan rumah, tak payah nak pergi farmasi ke, klinik ke, buang masa, duit dan tenaga.



Nota ingatan: Petua ini hanya saranan saya sahaja, kalau tuan/puan guna tak menjadi saya tak bertanggungjawab yer, semuanya yang saya cerita cuma berdasarkan pengalaman saya sahaja tanpa ada penyelidikan terperinci dan mendalam tentang pekara yang diperkatakan.



************************************************************************
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, October 24, 2013

Keratan Batang Ros Jepun Pos Malaysia


Kadang-kadang semak juga mata melihat pokok ros jepun yang saya tanam dihadapan rumah. Pokoknya sudah berjurai-jurai panjang dan memenuhi keliling pasu sehinggakan tak nampak sudah rupa pasu yang asal.

 Ada kawan yang kata nak keratan ros jepun, bila disuruh datang ke rumah, tak rajin pula. Akhirnya saya ambil keputusan untuk jual sahaja.


Saya pek dalam plastik dan hantar guna perkhidmatan pos laju.


Keratan ros jepun nampaknya telah pun sampai dengan selamat kepada pembeli-pembelinya. Tapi saya agak kesal dengan perkhidmatan pos laju yang dengan sesuka hati kata pelanggan bagi arahan hantar lewatlah, macam kes yang ini: '17-Oct-2013 18:14:00 Unable to deliver the item due to addressee requested later delivery'. Sedangkan penerimanya tak ada pun bagi arahan sebegitu.

Selain daripada itu ada dua orang pelanggan yang masih tak terima pesanan walaupun dalam rekod kata dah sampai. Kechiwa saya. Pekara-pekara macam ini dapat menjejaskan reputasi saya sebagai seorang peniaga yang berjaya (perasan sikit, walhal peniaga ciput.... hehehe). 

Saya tak suka dianggap sebagai penipu oleh pelanggan-pelanggan saya(macamlah ramai sangat pelanggan). Lainlah kalau pesanan tersebut 'rejected' ke, itu saya tak lah kisah sangat sebab salah saya. 

Walaupun saya sudah banyak membaca fasal peniaga online yang menerima nasib yang sama dan jualan mereka yang hilang  harganya mencapai ratus dan ribu, saya tetap tak puas hati.

Harap-harapnya adalah staf Pos Malaysia yang membaca luahan hati saya yang kechiwa ini. Mohonlah perbaiki perkhidmatan anda dan kita juga yang bakal mendapat faedah bersama. 

Minta maaflah kepada rakan-rakan yang terpaksa membaca luahan hati saya hari ini. Harap-harapnya yang masih tak terima pesanan dapatlah bersabar dan jangan berduka, kalau tak dapat juga, silalah beritahu saya, akan saya usahakan sesuatu untuk kebaikan kita bersama.

************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, October 23, 2013

Sawi Fair Lady Extra Dwarf


Lama dah rasanya saya beli biji benih ini daripada Blog Tanam Sendiri, cuma baru-baru ini sahaja saya berkesempatan menyemainya.


Saya semai dalam pasu plastik dan letakkan pasu tersebut pada dinding dengan mengguna kan gajet yang saya ceritakan di SINI.


Setakat ini nampaknya tanaman sawi subur dan siput pun susah rasanya nak panjat dinding untuk makan sawi ini.

Seperti namanya memanglah sawi ini sangat kerdil. Saya pernah makan sayur ini yang dibeli, rasanya sedap berbanding sawi biasa.


Senang nak jaga sayuran yang ditanam dengan cara ini. Nak sembur baja pun mudah, tak payah nak menunduk sampai sakit pinggang. Banyak saya beli gajet yang satu ini, macam-macam cara saya gunakannya. Bukan setakat untuk letak pasu tanaman sahaja, ada juga yang saya gunakan sebagai tempat simpanan peralatan berkebun.

************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, October 22, 2013

Rangup lagi Menyelerakan


Semalam saya tunjukkan tuaian buah mempelam, hari ini pun nak tunjuk lagi. Tapi yang ini buahnya sudah separa masak. Buahnya diambil dari kebun abah saya. Pokoknya penuh dihuni oleh kawanan kerengga, jadi buah bebas makhluk perosak didalam isinya. Tapi sewaktu menjoloknya habis seluruh badan kena gigit dengan kerengga. Abah saya tak turunkan kesemua buahnya sebab sudah tak tahan dengan gigitan kerengga.


Apa yang saya buat dengan mempelam ini. seperti yang ramai kawan-kawan dah duga memang saya nak buat jeruk dengan mempelam ini. Mula-mula saya buang semua kulitnya.


Selepas itu, saya potong isinya dan asingkan daripada bijinya yang berserat. Tengoklah isinya itu yang dah separa kuning yang menunjukkan buahnya hampir nak masak.

Kemudian saya rendamkan isi tersebut dengan air garam selama dua hari semalam. Adik saya masakkan air gula dan biarkan ia sejuk.

Saya basuh isi mempelam dengan air biasa dan tuskannya. Selepas itu masukkan ke dalam botol dan curahkan air gula dan biarkan semalaman.


Tadaaaa! Dah siap pun jeruk Kak Rose (hajat di hati nak lawan jeruk Pak Ali). Resepi jeruk ini saya sesuka hati cipta sendiri. Tak sangkalah pula menjadi. Rasanya manis, masam dan masin.

Meleleh air liur saya waktu menaip entri ini, teringat-ingat kerangupan dan kelazatan jeruk Kak Rose ini. 

Sebenarnya saya menaip sambil mengunyah jeruk mempelam buatan sendiri yang bebas dari ubat penahan mahupun bahan perisa tiruan.

Mak saya sendiri pun tak percaya yang jeruk buatan saya ini menjadi. Takut-takut mak saya nak makan, lepas itu bila dia makan katanya tak ada rasa ubat macam jeruk yang dibeli. Saya pula kata memanglah macam itu sebab ramuannya cuma garam dan gula sahaja.

Selepas percubaan yang pertama tadi menjadi, saya pun pergi menuai lagi mempelam yang ada di pokok-pokok lain, dan hasilnya dalam peti ais saya sekarang ini ada tiga balang jeruk mempelam yang rangup lagi menyelerakan.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?


 

Monday, October 21, 2013

Tuaian Isnin - Mempelam


Banyak tak? Ini baru satu pokok punya hasil, itupun baru 1/8 diturunkan buahnya. Ada banyak lagi atas pokok. Yang ini cuma diambil dengan tangan, maknanya petik yang rendah sahaja. Yang tinggi tak sempat ambil lagi.



Terdapat tiga pokok mempelam yang berbuah lebat di rumah mak abah saya. Dua pokok di rumah lama dan sepokok di kebun abah saya. 

Cuti Hari Raya Haji baru-baru ini saya sibuk dengan projek mengupas buah mempelam di bawah teduhan pokok-pokok kelapa mak saya.

Abah saya buatkan pangkin (tempat duduk) di dalam kebun kelapa. Kami duduk beramai-ramai dan kayu pangkin patah, kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan pada cuti kali ini, penuh dengan gelak-ketawa.


Walaupun buahnya agak lebat tetapi saiznya lebih kecil dari musim-musim sebelumnya. Rupa-rupanya ada banyak makhluk-makhluk kecil berprotien tinggi yang telah disuntik dan membesar di dalam buah mempelam ini.


Sunday, October 20, 2013

Pokok Delima Dan Pokok Kemunting

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36



Dapatkan pokok Delima dengan harga RM12, 

Untuk Keterangan lanjut  sila hubungi semuamenjadi@gmail.com.




Dapatkan pokok Kemunting dengan harga RM15, penghantaran dibuat dengan poslaju.

Untuk Keterangan lanjut  sila hubungi semuamenjadi@gmail.com.


Pilihan biji benih dan pokok lain yang dijual terdapat di Jualan Semua Menjadi

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

Friday, October 18, 2013

Okinawan Spinach - Gynura Crepioides - Cholesterol Spinach

 Ini pokok sambung nyawa ungu yang Abah saya tanam di kebunnya. Buruk sikit rupanya sebab terkena air tanah sewaktu hujan. Walaupun rupanya buruk tetapi khasiatnya tinggi.
Saya pun ada tanam pokok ini dan bercadang nak semai banyak-banyak dan kemudian jual kepada kawan-kawan.



Abah saya tanam pokok ini di atas tanah tetapi saya tanam dalam pasu. Daun dan pucuk Okinawan Spinach ini boleh dibuat ulam, salad atau pun dimasak. Kalau nak buat jus pun boleh.


Khasiatnya telah lama diketahui di negara luar terutamanya untuk menurunkan kadar kolestrol dan juga membantu mencegah kanser.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, October 17, 2013

Mengenali Mesra Pokok dan Buah Pisang Bahagian Dua

Bercuti lama sikit sempena Hari Raya Haji kali ini, jadi entri baru pun ikut bercuti sekali dengan tuannya.

Selepas cuti ini kenalah kita berkenalan mesra lagi dengan pokok dan buah pisang untuk persediaan raya tahun hadapan, malah tahu kot-kot nak buat kerepek pisang raya.


 Kata Abah saya nama pisang ini adalah pisang kelat air, tapi tak tahulah namanya mungkin berbeza dekat tempat lain.

 Ini pula adalah rumpun pisang kelat air yang ada di kebun abah saya. Pisang ini boleh dimakan mentah atau boleh juga di buat cekodok.

 Ini pula adalah pisang awak, bukan awak yang membaca ini yang punya tetapi orang yang menanamnya iaitu abah saya yang punya.

Ini pula adalah rupa pokok pisang awak. Pisang awak lebih sesuai dibuat goreng daripada dimakan mentah. tapi kalau nak makan juga tak akan menimbulkan masalah malah membantu proses perkumuhan agar menjadi lancar.

Selain daripada itu, daun pisang awak juga sangat berguna untuk membungkus kuih contohnya lepat, kuih koci dan kuih tepung bungkus. Daun pisang lain dikatakan kurang sesuai digunakan  kerana akan mempengaruhi warna dan rupa kuih yang bakal dibungkus dengannya.

Tuesday, October 15, 2013

Friday, October 11, 2013

Ros, Kau Ceriakan Hariku


Saya tergesa-gesa balik  kerana telefon bimbit tertinggal di rumah. Saya terpandang bunga ros jepun merah jambu yang sedang mekar di bawah pokok mangga di hadapan rumah. Hati yang runsing tiba-tiba jadi ceria.


Indahnya ciptaan TUHAN.


Mekarnya menceriakan jiwa.


Saya tanam bunga ros jepun ini dalam pasu  dan saya gantungkannya pada dahan pokok mangga. Walaupun dalam keadaan yang agak redup, ia tetap mekar dan berbunga lebat setiap hari.

Pesan daripada seorang taukeh nurseri, kalau kita tanam bunga dalam pasu gantung, jangan diberi baja sebarangan. Seeloknya letak baja kompos atau baja tinja cacing. Ini kerana sesetengah baja bersifat panas dan boleh menyebabkan pokok mudah mati.

Thursday, October 10, 2013

Ciku Buasir


Dulu saya tak suka makan ciku, sekarang saya suka. Tahukah anda ciku muda boleh dibuat ubat buasir?


Pokok ciku ini sentiasa berbuah lebat. Tapi jarang-jarang dapat makan buahnya yang masak.


Kerana ia menjadi kegemaran sang musang dan incik keluang.


Tangkap gambar memang selalu dapat, merasa buahnya hampir tak dapat. 
Tak apalah asalkan dapat kumpul pahala.