Saturday, November 30, 2013

Pokok Durian Belanda dan Okinawan's Spinach untuk diJUAL

 Durian belanda sejenis buah yang boleh dimakan segar, dibuat jus ataupun boleh digoreng ketika muda. Ia merupakan buah yang sudah terkenal sebagai penawar kanser 10 000 kali lebih kuat daripada rawatan 'chemotherapy'.

Okinawan's spinach atau Cholestrol spinach atau lebih dikenali sebagai sambung nyawa hitam/ungu merupakan sejenis tumbuhan yang terkenal dengan khasiatnya yang tinggi. ia dikatakan dapat menurunkan paras kolestrol dan juga dapat merawat penyakit kanser. Sesuai dibuat ulam, campuran dalam salad dan juga jus.

Sepokok dijual dengan harga RM5 

Setiap satu pokok dijual dengan harga RM10 (durian belanda)/RM5 (Okinawan's spinach) + Kos kendalian poslaju RM10 
Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, November 29, 2013

Ketagihan

Semua orang kenal ini pokok apa kan. Kalau tak kenal juga, inilah pokok pudina.
 
 
 Opps! Dah ada daun yang kuning. Mesti sebab tak tau nak guna buat apa daun ini kan. Kalau nak buat ubat gigi tak 'cost effective' pula. Nak buat ulam hari-hari pun jemu juga. Tapi sekarang ini daun pokok pudina saya tak sempat kuning pun, malah kelihatan 'botak' pula sebab hari-hari kena kutil.


Saya guna daun pudina untuk buat teh pudina. Sebelum ini selalu juga saya cuba buat tapi tak sedap. Selepas makan di restoren arab baru saya tau rahsia nak bagi teh pudina betul-betul sedap dan kena dengan selera saya.


 Sanggup saya beli teko kecil semata-mata nak buat teh pudina. Saya masukkan daun pudina dan 2 uncang teh untuk teko kecil saya ini.


 Pada pandangan saya, kalau nak teh pudina sedap, yang penting sekali tehnya kena pekat dan gulanya kena cukup.


 Sekarang ini saya ketagih nak minum teh pudina hari-hari. Naik gondol pokok pudina saya dibuatnya.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, November 28, 2013

Bunga Terapung

 Bunga ini saya jumpa di nurseri kegemaran, saiznya hampir sebesar pinggan.

 Kalau diambil gambar dari pandangan atas, kelihatannya bunga ini seperti terapung kerana tak ada sehelai daun pun kelihatan dibawahnya.

Sebenarnya ada batang dan daunnya cuma kecil berbanding bunganya. Ada seorang pelanggan lain yang sibuk memberi penerangan pada saya, katanya isterinya pernah beli pokok macam ini dan pokoknya hanya tahan seminggu. Maknanya pokok ini hanya untuk hiasan sahajalah, tak sesuai dijadikan penghias taman untuk jangkamasa panjang.

Tapi apapun pada saya bunga ini memang cantik dan menyerlah sekali. Cuma tak wangi sahaja.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, November 27, 2013

Putih Wangi

 Bunga ini warnanya putih suci dan baunya wangi. Kata tauke nurseri namanya Magnolia, jangan marah saya pula kalau salah yer oopps! memang salah pun, Gardenia rupanya.

 Ini merupakan bunga pertama dari pokok yang saya beli di nurseri.

Ada rupa macam bunga susun kelapa tapi yang membezakannya adalah daun dan batangnya. Daun bunga ini lebih keras dan batangnya berkayu.
 
Siapa pun dia atau asal keturunannya saya tetap sukakannya, sekarang ini pokoknya telah mengeluarkan bunga yang banyak dan saya suka hati!
 
p/s: Siapa yang nak beli keratan batang pucuk ubi kerinting sila email saya dengan segera sebelum stok habis!!!
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, November 26, 2013

Cintai Sungai dan Mempelam Kita

 Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu majlis bertemakan Cintai Sungai Kita. Sungai ini memang layak dicintai sebab ianya bersih lagi cantik.

 Cuba tengok buah apa tu? Kesian dia jatuh ke tanah tak ada siapa pun nak kutip. Mempelam pun layak dicintai juga. Kalau zaman dulu mana ada mempelam kacuk macam sekarang, mempelam inilah yang disanjung-sanjung kesedapannya. Terutamanya bila dicolek dengan kicap campur gula.

 Waktu sesi makan-makan, saya pilih untuk duduk di bawah pokok mempelam ini. Tak sangka ramai pula yang mengikut. Makin tambah selera makan juadah kampung sambil menikmati suasana sungai yang indah.
Inilah pandangan saya dari bawah pokok mempelam.

 Geram saya tengok buah-buah mempelam yang tengah mengkal ini, kalau buat jeruk atau colek mesti sedap ni. Meleleh air liur.

Pokok mempelam ini tak tinggi pun, rendah dan rendang. Memang sangat sesuai buat tempat berkelah tapi ada penunggunya si pinggang ramping Cik Kerengga. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, November 25, 2013

Haverst Monday - Fair Lady

Sawi Fair Lady Extra Dwarf yang saya pernah ceritakan di SINI telah sedia untuk dituai. Saya tuai separuh dulu sebab nampak macam banyak sangat, nanti tak termakan pula.


 Kebanyakkannya masih sihat lagi tiada kesan diserang oleh perosak tetapi ada daun yang sudah kekuningan sebab dah tua sangat agaknya.

Hasil tuaian yang pertama ini saya masak dengan sup ayam yang dicampur dengan cendawan Eryngii.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, November 23, 2013

Pokok Markisa, Senduduk Putih dan Melur untuk DiJUAL


Pokok Markisa RM10 sepokok

Pokok Senduduk Putih RM10 sepokok

Pokok Bunga Melur RM6 sepokok


Setiap satu pokok dijual dengan harga yang dinyatakan di bawah gambar + Kos kotak prepaid poslaju saiz S RM13 (muat 2 pokok - boleh campur pokok-pokok lain/biji benih/keratan ros Jepun)

Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, November 22, 2013

Pahitnya!

 Ini peria katak yang saya beli di pasar malam. Harganya agak mahal berbanding sayuran lain. Masa saya beli warnanya hijau, kalau dah warna kuning siapa pun tanak beli.

Saya sebenarnya peminat peria terutamanya bila dibuat sayur tapi peria yang jenis besar.


Kenapa pulak peria ini sampai jadi sampai kuning? Kata,  peminat peria!
Semuanya kerana eksperimen tak jadi.

Ada orang bagitau saya, kalau buat jus epal hijau campur dengan peria katak, rasa pahit peria katak hilang ditelan rasa epal hijau. Saya pun cuba.

Pahitnya melekat dekat tekak tak mahu hilang, menyesal saya cuba. Saya buat jus dua biji epal campur sebiji peria katak. Tak ada lansung rasa epal, semuanya rasa pahit.

Akhirnya peria katak ini terbiar membusuk. Sebab saya serik dengan rasa pahitnya, nak buat sayur pun rasa ngeri. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, November 21, 2013

Tuaian Tumpang

 Nama kedua-dua penumpang ini adalah kekabu air atau ketumpang air dan gelang pasir atau nama komersilnya 'purslane'. Kenapa dipanggil penumpang? Kerana pokok-pokok ini suka sangat menumpang pasu-pasu tanaman saya.

 Punyalah gemuk kedua-dua pokok ini, sampai mengganggu tanaman asal. Jadi saya cabut kedua-duanya. Jangan tak tahu kedua-dua herba ini boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pasal kekabu air saya dah selalu cerita, jadi hari ini saya nak cerita pasal herba gelang pasir.

Herba gelang pasir ini di Malaysia sangat terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam ubat untuk tumit pecah. Selain daripada itu dikatakan tumbuhan ini mengandungi 'omega-3 fatty acids' yang lebih tinggi berbanding sesetengah minyak ikan. Jadi kalau tak suka makan ikan bolehlah cuba makan pokok gelang pasir ini. 

Memang rupanya ada sikit-sikit macam ros jepun sebab diorang sebenarnya adik beradik lain mak lain bapak.

Kalau nak tahu, rasa daunnya sedikit masam. Dulu mak saya pernah masukkan daun ini dalam sambal sardin. Cara lain untuk makan daun ini mungkin boleh buat ulam kot, saya pun tak tau sebab tak pernah cuba. Rasanya kalau nak buat salad pun boleh.

Dikatakan juga bahawa herba ini mempunyai kandungan Vitamin A yang tertinggi diatara sayuran hijau yang lain. Jadi kalau nak mata dan penglihatan yang sihat silalah makan herba ini selalu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, November 20, 2013

Orkid Air

 Apa namanya yang sebenar pun saya tak tahu. Tapi mak saya bagitahu namanya orkid air. Suka sangat bunganya yang berwarna putih, teringin nak tanam. Tapi....



Bunga ini sebenarnya mak saya yang tanam. Sudah beberapa kali saya nak minta anak  pokoknya untuk ditanam di rumah saya. Mak saya dengan rela hati nak bagi. Asyik tak jadi sahaja.



Saya tengok pokok ini memang senang membiak. Mak saya tanam dalam pasu yang berair tapi ada jugak orang tanam terus atas tanah tapi yang dekat dengan sumber airlah.



Saya tak jadi tanam dekat rumah saya sebab dekat kawasan ini selalu sangat pegawai kesihatan datang periksa air yang bertakung, nanti tak pasal-pasal pula saya kena saman. Nak bela ikan rasa macam leceh pulak, lagipun ikan yang saya beli dah jadi penjaga takung hidroponik.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, November 19, 2013

Tuaian Selasa - Pucuk Ubi Kerinting

 Pucuk ubi kerinting kegemaran saya ini saya tanam di bahagian hadapan rumah. Sikit sahaja pokoknya maklumlah tak ada kawasan. Mak saya ada tanam banyak, setiap kali balik mesti saya kutip buat bekalan. Batangnya yang kecil pun ada saya simpan, buat tanam semula. Pokok ini subur kalau tanam terus atas tanah, dalam pasu ada kureng sikit.

Apa yang saya buat dengan hasil tuaian? Saya rebus sahaja. Mak saya pesan, kalau nak rebus pucuk ubi masukkan gula supaya pucuk ubi cepat lembut dan rasanya pun bertambah sedap. Ada juga kawan mak saya pesan, rebus dengan air bercampur air kelapa. Tentu hasilnya lebih enak.
Pucuk ubi rebus ini saya gandingkan dengan sambal kuini. Memang gandingan paling serasi. Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng. Nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Sedar-sedar dah kena penyakit. Penyakit kenyang.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, November 18, 2013

Sudah Lama Kepingin, Ini Baru Berjumpa


Hari ini penat betul rasanya sebab kena bekerja pada hari Ahad (semalam). jadi saya tak mahulah cerita banyak-banyak. 

Saya terjumpa pokok ini di nurseri bukan kegemaran, bukan kepalang gembiranya hati saya (hahaha...ayat tak boleh tahan  punya!)


 Lihatlah betapa menggiurkan daun-daunnya. selalunya dijadikan hiasan, sebenarnya banyak khasiat yang terkandung dalam daun pasli ini.


Saya sukakan rasanya terutamanya bila dimasukkan dalam sup cendawan. Aromanya membangkitkan selera.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, November 16, 2013

Pokok Jeremin dan Pokok Garuda untuk diJUAL

 Pokok Jeremin atau lebih dikenali sebagai Pokok Penghalau Nyamuk mempunyai bentuk daun yang menarik. Sesuai dijadikan hiasan dan dikatakan dapat menghalau nyamuk daripada masuk ke dalam rumah. Pokok tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak sesuai diletak di tepi pintu rumah dan di bawah tingkap.


Pokok Garuda atau Pokok Inggu sejenis pokok yang daunnya mengeluarkan bau yang busuk. Sesuai ditanam berhampiran tanaman di kebun anda bagi mengelak serangan serangga perosak. Juga dikatakan daun pokok yang diramas dan disapu pada bahagian tertentu badan dapat mengelak serangga dan pacat daripada mendekati kita.


Setiap satu pokok dijual dengan harga RM12 + Kos kotak prepaid poslaju saiz S RM13 (muat 2 pokok - boleh campur pokok delima/pokok kemunting/biji benih/keratan ros Jepun)

Penghantaran hanya dibuat pada hari RABU dan AHAD setiap minggu.

Jika berminat hubungi saya di semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36

POKOK JEREMIN DAN GARUDA TIDAK LAGI DIJUAL

Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, November 15, 2013

Anak Pokok Ulam Tenggek Burung Terlaris diPasaran!

Untuk pengetahuan rakan-rakan peminat pokok tenggek burung atau cabang tiga,stok pokok yang ada pada saya telah habis dijual. 

Kalau ada stok baru saya akan beritahu kat FB dan juga blog.

==============================================================================

Saya rasa saya terpaksa meminta maaf kepada para peminat pokok tenggek burung tak tak berhenti-henti email saya dan hantar mesej pesanan di FB Semua Menjadi

Memang agak sukar untuk mendapatkan pokok tenggek burung ini.  Saya pun tak tahu bila stok baru akan ada. 

Anak pokok yang boleh saya pos cuma tinggal 3 pokok sahaja. Itupun saiznya sangat kecil sekitar 4-6 cm sahaja. Boleh lihat gambar di bawah untuk membuat perbandingan saiznya.

 Ketinggian sekitar 4cm.

Ketinggian sekitar 6 cm.

Walaupun begitu, saya ada 2 pokok tenggek burung yang agak besar dan susah nak saya pos. Sekiranya ada yang berminat dan berhajat bolehlah ambil sendiri di lokasi yang akan saya nyatakan setelah anda menghantar email kepada saya di semuamenjadi@gmail.com

Boleh lihat gambar kedua pokok tersebut di bawah ini:

Ini gambar yang saya ambil bulan lepas. Jadi pokok di sebelah kanan sekarang sudah keluar daun yang hampir sama banyak dengan pokok disebelah kiri. Ketinggian pokok sekitar 30-35cm.

Saya akan jual pokok-pokok diatas kepada pembeli yang serius nak beli sahaja, atas dasar siapa cepat dia dapat. Untuk pertanyaan harga, lokasi nak ambil pokok dan lain-lain soalan yang berkaitan boleh email saya di semuamenjadi@gmail.com.

Bagi peminat-peminat pokok tenggek burung yang masih ingin menunggu batch yang seterusnya (jika ada), rajin-rajinlah bertandang ke blog Semua Menjadi dan Jualan Semua Menjadi untuk promosi  terkini (chewah!).

Selamat berkebun!!! 

Cemburu

 Cemburu saya tengok tanaman dihadapan rumah sapaentah ni. Gambar diambil waktu tunggu lampu hijau.

 
 
 
Ini pokok tulasikan? Saya ada biji benihnya yang dipos oleh beberapa orang rakan alam maya yang baik hati tapi sampai sekarang pun belum tanam lagi, kenapa agaknya ya?


Thursday, November 14, 2013

Kedua Kali Berjualan Riang-ria

Saya sebenarnya dah terlupa bila kali kedua saya berjualan secara 'live'. Gambar di atas menunjukkan booth saya dan rakan-rakan subahat perniagaan kali ini. Saya sendiri tiada dalam gambar kerana sedang memegang kamera. Lelaki itu pula adalah salah seorang pelanggan yang datang ke booth kami.
 
Sila perhatikan pokok bunga ros jepun yang bergantungan di bahagian atas booth.

 Ini antara pokok-pokok yang saya jual pada hari itu. Saya ambil mana yang sempat sahaja kerana tiada perancangan pada penjualan kali ini, macam biasa hanya memenuhi undangan tiba-tiba daripada pihak lain.

 Banyak juga pokok-pokok yang terjual terutamanya pokok tenggek burung yang sentiasa mendapat perhatian. Dalam gambar ini tinggal 3 pasu sahaja itupun yang kecil comel.
 

Ini pula antara biji benih yang dijual, bekas-bekasnya main ambil sahaja apa yang ada. Tak professional lansung cara penjualan kali ini.
 
Apa-apa pun saya berasa riang-ria pada sesi berjualan kali ini.
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?