Saya dah tuai bayam malabar merah saya. Ianya dah menjalar jauh sangat sehingga nak melilit pokok durian bonsai jiran saya. Sebelum kena cantas dengan jiran maka baiklah saya potong dan buat sayur.
Lagipun dah ada daun yang mula berlubang dan carik, tak tahulah siapa punya kerja, samada encik belalang atau encik siput, tidaklah saya ketahui, mungkin juga kerja serangga lain.
Ini pula batang bayam malabar yang akan saya semai semula. Kali ini nak semai dekat belakang rumah pula. Biar memanjat masuk tingkap jiran pula....hahahaha (gelak jahat!).
Apa yang saya buat dengan hasil tuaian kali ini. Saya buat salad ringkas dan mudah sahaja.
Saya celur daun bayam dalam periuk tembaga, kemudian tuskan airnya. Potong tomato, lada benggala kuning dan merah (lebihan pertandingan semalam ). Kemudian masukkan daun salad coral (lebihan hiasan ikan herba semalam), tuangkan sos 'thousand island', kacau-kacau, dah siap salad ringkas saya. Sedap rasanya, bolehlah buat lain kali bila bayam malabar saya tumbuh lagi.