Saya datang ke sini pun waktu bukan cuti sekolah Malaysia tetapi mungkin cuti sekolah di Singapore sebab masa tu ada dua bas sekolah dari sana. Anak-anak muridnya sibuk main batu, cikgu-cikgunya pula berebut beli pokok herba untuk dibawa pulang walaupun saya dapat dengar dari perbualan mereka yang pokok-pokok bukan senang dapat masuk ke sana untuk mengelakkan penyakit bawaan tanah atau daripada pokok merebak ke negara mereka pula.
Paling menggiurkan di sini adalah anggur-anggur yang bergayutan di dahan pokoknya, buahnya sangat lebat, kalaulah pokok anggur saya boleh berbuah macam ini, tersengih sepanjang hari saya sebab seronok sangat agaknya.
Bukan anggur hijau sahaja, anggur merah pun ada, buahnya sama lebat, kalau ikutkan hati mau saja saya petik buah-buahnya tapi untuk pengetahuan kawan-kawan, pokoknya duduk dalam kurungan, tapi ada tingkap yang boleh dibuka, saya rasa tujuannya tentulah untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenangan dan menyimpan perasaan untuk memiliki pokok anggur yang berbuah sebegini lebat. Pada kunjugan seterusnya ke sini, saya dapati pokok anggur ini telah botak sepenuhnya, menunggu masa pula untuk tumbuh daun baru sambil berbuah lagi.
Di sini juga merupakan lokasi buruan untuk mengambil gambar kenangan, saya sempat ambil gambar adik saya pegang buah labu/kundur tersebut, malangnya saya cuma mampu bergambar di bawah labu/kundur kerana saya tak cukup tinggi macam adik saya.
Deretan pokok strawberi yang kemas dan tersusun, di sini juga ada kaunter menjual buah strawberi segar tetapi seingat saya tak ada tanda yang buah strawberi boleh di petik sendiri di sini.
Ini pula kalau tak tau memang lah tak patut, ini pokok kobis. Saya pernah lihat pokok kobis ditanam sebagai hiasan di tepi-tepi jalan CH digandingkan dengan bunga-bunga lain sempena kedatangan Sultan Pahang.
Kalau tak melawat ke tampat ini memanglah tak sah kerana di sini terdapat pelbagai jenis dan warna bunga ros yang berbeza. Baunya pun sangat wangi. Ya, saya memang sangat sukakan bunga ros terutamanya yang berwarna kuning, lagipun nama saya kan Rose dan saya juga nak bagitau walaupun saya tak tanam banyak bunga ros di rumah saya tapi kebanyakan baju kurung saya adalah bermotifkan bunga ros.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
No comments:
Post a Comment