Sedap kalau dapat makan jagung bakar yang ditanam sendiri di kebun sendiri. Bakar pula kat kawasan kebun guna unggun api buat sendiri. Makan panas-panas, sedapnya.
Jangan dibuang tongkol/teras jagung setelah isinya habis dimakan. Ia boleh digunakan untuk merawat sakit batu karang. Saya dah pernah merasa, memang sakit sesangat, cuma saya belum pernah guna kaedah menggunakan tongkol jagung ini.
Petua orang dedulu, sediakan 6 tongkol/teras jagung yang dicuci bersih. Kemudian rebus dengan lima gelas air. Dididihkan sehingga tinggal separuh airnya. Sejukkan air tersebut, kemudian tapis sebelum diminum. Pesakit batu karang boleh cuba minum sukatannya tiga per empat gelas, 3 kali sehari.
* sumber daripada Amina Noor, Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit
* sumber daripada Amina Noor, Buku Resepi Herba sebagai Penawar Penyakit
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
tak penah dgr petua nih.... tp kene simpan petua nih sbb dana pun penah kene batu karang dulu2 masa mude2
ReplyDeleteMy ex boss kakak seorang doktor perubatan. Dia rebuskan putik jagung dengan daun pecah beling untuk sembuhkan penyakit batu karangnya.
ReplyDeleteTq petua. belum tahu lagi...
ReplyDelete