Jom Makan Miang Kham
Ini kali pertama saya makan miang kham (tahun lepas kejadiannya). Mungkin ini juga kali pertama anda kenal miang kham.
Bagi yang dah biasa tu ok la dah tau kan. Gambar diatas menunjukkan bahan-bahan yang ada dalam set miang kham yang saya beli di Padang Besar dengan harga RM10 untuk 3 peket.
Kalau nak buat sendiri pun boleh jer, tak susah mana. Sosnya pun mudah sangat kalau nak buat.
Cara makan miang kham.
Mula-mula bentangkan daun kaduk, kemudian letakkan serba sedikit bahan-bahan dalam set tersebut ke atas daun kaduk.
Saya tak letak bawang dan cili api sbb saya tak berapa suka.
Selepas itu tuangkan sos manis ke atas daun kaduk.
Akhir sekali lipat daun kaduk sesuka hati anda dan bawa ianya ke dalam mulut, kunyah-kunyah dan telan. Sedap.
Semua bahan mesra bersama di dalam daun kaduk. bau daun kaduk yang tak berapa di sukai oleh sesetengah orang pun dah tak terasa bila anda mengunyah.
Ini cuma cara saya makan miang kham, cara sebenar orang thai saya pun tak berapa pasti. Tapi saya memang suka rasa miang kham. Memang menepati selera saya.
Lagipun ia agak mengenyangkan bila dimakan. Tahun ni saya ke Hatyai dan singgah di Danok utk beli miang kham.
Jual kat kawan-kawan lagik dan diorang pun suka rasanya walaupun pertama kali mencuba.
Saya kalau makan ni tak boleh henti. Habis satu, satu sumbat dalam mulut. Yang kelapa muda goreng tu susah nak dapat kat sini.
ReplyDeletebiasa nampak miang kam tp tak penah beli n mkn hehehhe...
ReplyDeleteSedap. Saya suka sangat ni. :-)
ReplyDeleteDi danok beli kat mana yer
ReplyDelete