Ingat lagi entry saya tentang TIMUN LADANG. Ini gambar pokoknya di belakang rumah saya.
Ceritanya bermula begini, pada suatu hari saya membawa pulang sebiji timun betik atau nama manjanya Timun Ladang daripada kebun abah saya. Saya pun simpan buah itu di dalam petiais. Sehinggalah beberapa lama kemudian, sehingga buah itu hampir menjadi jem tanpa gula di dalam petiais saya sebab saya tak sempat nak makan dia. Saya rasa sungguh menyesal kerana membazir tapi timun ladang sudah tidak sepertinya lagi terpaksalah saya lupuskannya sahaja. Tetapi sebelum itu sempatlah saya mengasingkan bijinya untuk di keringkan lalu dijadikan benih.
Selepas ia kering, saya pun mengasingkan biji benih yang elok-elok untuk di bungkus dan disimpan untuk masa hadapan. Biji benih yang kelihan rosak dan tak sempurna saya sebelahkan tapi sayang nak buang jadi saya taburkan ia dalam pasu pokok terung saya yang sudah sampai tarikh luputnya. Sebelum itu saya ada cucukkan batang daun kesum di situ tapi pertumbuhannya kurang subur.
Tak lama kemudian, ada pula anak-anak timun betik yang tumbuh dikalangan anak-anak pokok kesum tersebut. Mula-mula saya pelik juga sebab saya terlupa saya pernah buang biji benih timun betik dekat pasu itu. Saya ingatkan pokok apa, tetapi setelah memanggil kembali storan ingatan saya barulah saya teringat perbuatan saya dahulu.
Sila lihat anak pokok dalam bulatan yang ada anak panah. Mula-mula cuma sepohon yang hidup.
Makin lama banyak-banyak pohon pula yang hdup, rupa-rupanya semua benih yang saya buang itu bernas. Sekarang ini ia telah hampir memenuhi pasu tersebut, bayang pokok kesum hampir tidak kelihatan. Memanglah pertumbuhan pokok timun betik ini agak pantas, tapi tak taulah sama ada ia akan menghasilkan buah atau tidak. Kita lihat sahajalah nanti.
Belakang pagar rumah saya itu kelihatan tak teruruskan. Sebelum ini saya perhatikan jiran belakang rumah saya selalu tak ada di rumah bila musim cuti sekolah. Tapi sejak musim cuti sekolah akhir tahun, jiran belakang rumah saya ini lansung tak nampak batang hidung. Laman belakang rumahnya dah semakin semak, sebelum ini dia pun ada tanam macam-macam sayur.
Tapi elok juga bila dia tak ada. Kurang sikit pencemaran bunyi dan asap.
Jiran saya di belakang ini suka sangat marah anak-anaknya sambil menjerit-jerit. Anak perempuannya suka sangat menyanyi lagu Korea. Anak lelakinya suka sangat main seruling dan maknya pula suka sangat hisap rokok sambil bertinggung kat pintu belakang rumahnya sambil pandang-pandang tanaman belakang rumah saya (hehehe... perasan sikit).
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi