Dah lama saya impikan nak tanam padi sendiri. Nak lihat perkembangannya di depan mata. Maklumlah saya tak di besarkan di kawasan sawah. Dapat tengok sawah pun bila dah dewasa.
Saya gunakan benih padi sawah. Untuk percubaan pertama, saya ambil sejemput padi dan rendam dalam air paip.
Pada hari kedua (2 hari 2 malam) saya dapati benih-benih padi telah mula mengeluarkan akar berwarna putih. Kemudian saya buangkan air dan taburkan ke dalam pasu (tiada lubang) yang berisi tanah.
Pada hari keempat benih-benih padi telah mula mengeluarkan daun hijau yang tumbuh menegak. Pada masa ini saya siram pasu seperti biasa. Tak perlu hingga air bertakung.
Setelah pokok agak besar barulah biarkan air bertakung didalam pasu.
Saya akan update perkembangan seterusnya tentang penanaman padi dalam pasu ini dari semasa ke semasa.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
bagusnya....kak nah anak tani..=)
ReplyDeleteJumpa your blog ni sbb nampak dalam my blog traffic tracking.
ReplyDeleteThank you so much sbb wujudkan blog macam ni, sbb mmg tengah bersemangat sejak 3 bulan lepas tanam cili terung semua kat rumah. It's good knowing that now I know where to refer kalau rasa2 pokok kat tepi rumah ni macam hidup segan mati tak mau.Tq again !
kalau dia dah berbuah lagi cantik dia kuning tertunduk. jiran arwah nenek pon ada tanam saja2 dalam pasu, mmg cantik bila time dia berbuah.
ReplyDeletealaaaa nk order gak la! nnti kita wassap akak rose. minggu depan kot, minggu ni bz, kang jadi mcm kiriman haritu dah 2mggu baru teringat ada order keratan ubi bagai, ya tuhan, mujur hidup sebatang, tpi ada pokok gift yg mati, smpai xtau apa benda tu huhu~
Kak Nah: Jom tanam padi, bangkitkan nostalgia
ReplyDeleteAveo757: Sama2. suka tengok kawan2 pun mula minat berkebun. Kalau rajin boleh tengok fb sy. SmRose SemuaMenjadi atau page facebook.com/Semjadi
Alis: Boleh jer kalau nak order, ws yer. Banyak lg stok ni
Boleh share tanah jenis apa ni Rose?
ReplyDeletekak ad ag x benih padi nie??hrge bpe yew?
ReplyDeleteBanyak sgt tu benih padi dlm pasu. 5 butir pun dah cukup bagi setiap pasu saiz tu
ReplyDelete