Nak beli benih online?

Friday, October 24, 2014

Pengganti Gula Yang Sihat - Stevia

 Apa keunikan dan kelebihan daun stevia?
1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

●Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai "Steviol Glycosides" yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

●Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic.
- Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis atau menghadkan pengambilan karbohidrat

2.Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi.

3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik

4. Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan

5. Anti-hyperglycaemic - boleh menurunkan paras gula dalam darah

6. Anti-hypertensive - boleh menurunkan tekanan darah

7. Anti-inflammatory - mengurangkan kesan radang

8. Anti-tumor- kesan anti-oksidan

9. Anti-diarrheal - merawat cirit-birit

10. Diuretic - Mengawal kandungan air dalam badan

11. Immunomodulatary effect - meningkatkan sistem imun kepada kuman

Bagaimana daun stevia ini boleh ditemui dan dijadikan sebagai pemanis semulajadi?
Stevia sebenarnya telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh penduduk di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.

Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang lalu. Stevia ketika itu digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka dan juga memaniskan makanan mereka. 

Kaum tersebut juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Ia digunakan secara meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.

Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil apabila mendengar cerita sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya. Sejak itu, lebih banyak kajian dilakukan terhadap kebaikan dan kelebihan daun stevia kepada manusia

Bagaimana Pokok Stevia ditanam?
Stevia adalah sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Medium yang digunakan untuk tanaman stevia adalah jenis tanah poros supaya tiada air yang bertakung selepas disiram.

Tumbuhan ini memerlukan air yang cukup dan perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.

Daunnya berbentuk bujur dan batangnya halus dan bergerutu.

Dalam keadaan optimum, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya agak kecil.

Bagaimana pokok stevia membiak?
Bunga ini menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. 

Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Negara mana tanaman stevia dilakukan?
Sebelum ini, tanaman stevia banyak di Amerika Selatan dan sekarang pokok stevia juga ditanam secara besar-besaran di Malaysia, Jepun, Taiwan, Filipina dan Hawaii disebabkan permintaan yang tinggi menggantikan gula pasir daripada tebu.

Apa itu daun Stevia?
Stevia adalah genus yang terdiri daripada 150 spesis herba daripada keluarga bunga matahari atau Astereacea.

Stevia juga dikenali sebagai "Pokok Gula" di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan kencing manis.

Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.



*Petikan diambil dari group RCC2u









************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?



No comments:

Post a Comment

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...