Minta maaflah, hari ini lambat sikit bersiaran. Semalam kena bekerja di luar kawasan lagi. Nasib baik pemandangan sekitar cantik, terubat sikit badan yang letih.
Kalau tengok gambar ini, agak-agak tahu tak saya pergi mana?
Ini pemandangan daripada tingkat empat opis yang dilawati. Cantik kan, kalaulah saya yang bekerja dekat sini mesti saya rajin datang kerja, buat kerja belum tentu rajin lagi.
Inilah tempat tersebut. Sila baca sendiri ya.
Kalau nak tahu dekat mana? Baca tulisan itu ya. Taman yang sangat terkenal sejak dahulu lagi, pernah masuk filem lagi. Suasana di sini sentiasa lembab, maklumlah kawasan yang menerima hujan paling banyak di Malaysia. Teringin saya nak beli rumah dekat sini. Bila dah pencen nanti boleh buka nurseri.
Saya angan-angan sambil melawat opis orang lain. Lagipun angan-angan percuma, berangan-anganlah selagi boleh.
