Nak beli benih online?

Showing posts with label Pucuk Ubi. Show all posts
Showing posts with label Pucuk Ubi. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Pasu Pucuk Ubi Kerinting


Asyik cerita apa yang mak dengan abah saya tanam sahaja kan. Hari ini saya nak cerita apa yang saya tanam pula. Saya tanam pokok ubi kerinting kegemaran saya. Saya tanam dalam pasu secara kebetulan, saya cucukkan batangnya yang saya ambil dari rumah mak abah saya dalam pasu kosong yang pokoknya sudah mati.Tak sangka pula subur. Jadi saya biarkan sahaja.


 Saya letak pasunya dekat dengan pasu pokok durian jiran saya.


 Saya ada dua pasu pokok ubi kerinting. Sekarang ini saya nak tambah lagi pasu ubi kerinting, barulah dapat makan pucuk ubi kerinting puas-puas. Paling saya suka masak lemak putih, makan pula dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal.
Mengancam!

Tuesday, August 20, 2013

Tuaian Rendang

Hari Raya lagikan? Tak salah kalau saya nak masak rendang, masa hari raya pertama kedua, ketiga dulu tak berapa makan rendang sebab banyak sangat makanan lain.
 
 Jadi saya pun menuai serba-sedikit tanaman di sekitar rumah saya untuk dibuat rendang. Tapi bukan sebarang rendang, rendang yang tak pernah dibuat oleh orang lain iaitu rendang ayam campur pucuk ubi dan pucuk mengkudu siam.
 
Saya cipta sendiri resepi rendang ini ikut sesuka hati saya.
 
Bahan-bahannya iailah cili api, cili kering, lengkuas, halia, kerisik, santan dan termasuklah bahan-bahan  di bawah ini:
 
 Pucuk ubi, serai dan daun limau purut


 Daun kunyit dan pucuk mengkudu siam.



Tadaaa! Ini dia rendangnya, saya makan dengan pulut kuning microwave. tapi yang ini belum betul-betul kering.
 
Saya masak lagi rendang ini sampai betul-betul kering dan bawa ke opis bertemankan pulut kuning.  Bagi kawan-kawan merasa serba sedikit. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Berjaya juga eksperimen saya.
 
Rendang ini saya buat banyak juga dan ada lebihannya. Nanti kita tengok apa pula eksperimen yang saya lakukan seterusnya.

Thursday, July 11, 2013

Cicak Kobin Pucuk Ubi


Ini gambar cicak kobin kena flash kamera. Dia tengah pegang pucuk ubi, jadi saya bagi dia nama Cicak kobin pucuk ubi.



 Saya perhatikan warna cicak kobin ini agak berlainan daripada yang biasa saya jumpa. Macam warna biawak, agaknya mak dia kawin dengan bawak kot.


Ini pula gambar penuh cicak kobin. Dia terkedu sebab saya dapat ambil gambar dia masa nak mencuri pucuk ubi mak saya (sila perhatikan tangannya tu). Agaknya nak buat pecal makan masa buka puasa la tu.

Monday, April 29, 2013

Tuaian Buah Tangan



Inilah hasil tuaian dari rumah mak abah saya. Kecut semuanya sebab perjalanan jauh (jauh la sangat). Cuaca pula panas.


Apa yang saya kutip? Pucuk ubi kerinting, betik mengkal, bunga kantan dan ulam tenggek burung.


 Ini pula hasilnya setelah dimasak. Rebus pucuk ubi campur betik mengkal. Memang kegemaran saya. Cicah pula dengan sambal belacan campur asam jawa. Terangkat! Makan dengan nasi putih, jangan pula makan dengan nasi beriani, tak kena lansung.

Ada lagi satu benda yang mak saya bekalkan masa saya balik, pais ikan. Tapi lupa nak ambil gambar. Sambal kelapa pais ikan yang lebih saya simpan. Esoknya saya makan ulam pucuk tenggek burung cicah sambal kelapa lebihan pais ikan. Tentulah dengan nasi putih.

 Sedap.


Thursday, April 11, 2013

Pucuk Singkong bukan King Kong



Saya tahu mak saya tanam pokok ubi khas untuk anak-anaknya yang sekali-sekala pulang ke rumah. Mak saya bukannya boleh makan pucuk ubi. Gambar di atas ini adalah pucuk ubi batang kuning, daunnya pada saya agak liat. Ia perlu direbus lama agar empuk. 

Mak saya kata, kalau nak cepat empukkan pucuk ubi waktu rebus masukkan sedikit gula. Ada juga yang saya pernah dengar daripada seorang jiran, kalau nak pucuk ubi empuk dan sedap dimakan, rebuskan dengan air bercampur air kelapa (tua atau muda).


 Tapi, pucuk ubi pujaan saya tentulah pucuk ubi kerinting. Cepat empuk bila dimasak. Kurang pahit dan tak perlu direbus dahulu sebelum dimasak lemak atau tumis.

Selalunya setiap kali balik ke rumah mak abah saya tentulah saya akan mengutip pucuk ubi yang segar untuk dibawa pulang ke rumah saya. 

Satu lagi kelebihan pucuk ubi ialah kalau disimpan lama dalam peti ais pun, kesegaran dan rasanya tetap kekal seperti yang baru  dipetik.

Sunday, February 10, 2013

Pucuk Mulberry

Kira-kita setahun lebih dahulu saya telah di tipu oleh taukeh nurseri yang menjualkan sepohon 'raspberi' yang sebenarnya adalah sepohon mulberi dengan harga RM6. Walaupun begitu saya sangat sayangkan pokok mulberi saya kerana senang sangat nak dijaga. Tak banyak karenah dan tak banyak penyakit serta serba boleh.


Mula-mula dulu saya suka makan buahnya yang manis bila dah berwarna hitam. Tapi semenjak semut-semut dekat pokok dah pandai makan buah mulberi untuk mengubati penyakit darah tinggi mereka, saya hanya mampu melihat buah mulberi saya merah dan kemudiannya hilang secara tiba-tiba keesokan harinya.


Pedulikan semak samun di dalam gambar. Pokok mulberi ini saya tanam di sempadan rumah saya dengan jiran sebelah kanan. Yang semak samun itu ialah  taman firdausi jiran sebelah kanan merangkap adik kepada jiran sebelah kiri saya (perangai pun sama naik, adik beradiklah katakan).


Sekarang ini saya hanya mampu makan pucuk mulberi. Selalunya saya rebus, kadang-kadang-kadang saya masukkan dalam ramuan ikan herba. Tapi mak saya dah sudah pun mula menanam mulberi berkata bahawa pucuk mulberi juga sedap kalau di buat tumis air. Kebelakangan ini mak saya sedang giat membiakkan pokok mulberi untuk mendapatkan pucuknya. 

Saya pun mungkin akan menukar  sayur kegemaran saya iaitu pucuk ubi kepada pucuk mulberi. 

Lepas ini apa kata kita cuba buat masak lemak putih pucuk mulberi.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, December 12, 2012

Tuaian Hari Rabu


Tuaian hari rabu berupa buah roselle, pucuk ubi kerinting dan juga cili hijau. Ada blogger kata hari Rabu tak elok cakap banyak-banyak,  jadi nikmati sajalah gambar ini yer.


Friday, August 17, 2012

Pucuk Ubi Kerinting

Saya peminat tegar pucuk ubi, inilah sayur kegemaran saya dalam semua jenis sayur. Saya suka pucuk ubi masak lemak putih, pucuk ubi rebus cicah kuah kacang dan pucuk ubi tumis air.
 
Kalau boleh hari-hari nak makan pucuk ubi, tapi mak saya kata tak elok makan hari-hari. Pernah ada satu cerita yang diceritakan, ada seorang orang asli berjumpa dengan seorang doktor, dia sakit kepala dan pening-pening, doktor pun tanya, apa yang dia makan hari-hari, dia kata dia makan pucuk ubi, doktor suruh dia makan pucuk ubi seminggu 2-3 kali sudahlah, hari lain makan sayur-sayur dan makanan yang lain.
 
Selepas itu masalah sakit kepala pun selesai. Sebenarnya saya rasa, kita perlu makan makanan yang berbeza-beza dan seimbang barulah sihat walafiat.
 
 
 
Ada banyak jenis pucuk ubi kat Malaysia, pucuk ubi batang merah, pucuk ubi kayu, pucuk ubi batang putih dan lain-lain lagi termasuklah pucuk ubi kerinting. Antara banyak-banyak jenis pucuk ubi, saya paling suka pucuk ubi kerinting kerana daunnya lebih lembut dan kurang rasa pahitnya. masa memasaknya pun tak begitu panjang berbanding pucuk ubi jenis lain.
 
saya ada menanam pokok ubi kerinting ini, tapi tak banyak sangat, selalunya kalau nak makan pucuk ubi, saya akan beli di pasar malam atau ambil di rumah mak abah saya masa saya balik ke sana. Satu lagi kelebihan pucuk ubi yang saya suka ialah ia boleh di simpan lama dalam peti ais berbanding sayur-sayur lain.
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...