Alahai! Bangganya saya dapat menuai lobak putih yang ditanam sendiri. Sebelum ini ada juga cuba tanam menggunakan benih serbajadi tapi tak menjadi-jadi. Kali ini saya tertanam guna benih Semua Menjadi ('promote nampak...hehehe), alhamdulillah menjadi pulak dia.
Walaupun cuma sebatang, cukup membuatkan saya bersemangat untuk tanam lobak putih lagi. Sebenarnya benih lobak putih ini bercampur dengan bayam merah yang saya tanam di hadapan rumah.
Bayam merah dah lama pun saya tuai. Saya ingatkan sawi rupanya-rupanya yang tinggal ada sepokok lobak putih. Daunnya memang sihat, masa saya cuba potong terasa berserat sedikit, saya sangka tentu pahit rasanya.
Lobak putih ini beserta daunnya telah selamat saya tumiskan dengan bawang putih dan udang. Saya buat berkuah macam sup. Memang manis rasanya hasil tuaian sendiri malah daunnya pun tak pahit dan rasanya sedap macam sawi biasa tanpa rasa payau atau pedas.
Berbaloi-baloi rasanya tanam lobak putih, bukan setakat isinya boleh dimakan daunnya pun boleh dimasak bersama. Walaupun hasil tuaian tunggal dapatlah juga dijadikan lauk hidangan untuk sekali makan.
Jom tanam lobak putih!!!
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi