Nak beli benih online?

Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Wednesday, April 27, 2016

Cameron Highland-Bungaan

Bab-bab bunga ni saya kueng sikit, tapi minat tangkap gambar bunga yang cantik-cantik memang selalu ada, ini antara yang sempat saya ambil gambarnya ketika lawatan saya ke Cameron Highland.

Minta maaf la, memang kebanyakannya saya tak tahu nama.








 yang ni saya tau, bunga raya


















Ada 3 orang budak yang ikut, tapi 2 orang jer yang sudi bergambar, semuanya pun bunga

Tuesday, April 26, 2016

Cameron Highland Lagi - Sayuran

Apa yang membezakan Cameron dengan tanah tinggi lain? tentulah kepelbagaian sayuran yang boleh ditemukan di sana. cameron memang sentiasa menjadi tempat pujaan hati saya, dari dulu hingga kini. 

Ini adalah koleksi gambar-gambar sayuran yang saya temui di sana sewaktu lawatan saya yang terkini bersama keluarga.


 Bunga kobis


 Salad Cina


 Brokoli


 Leek


 Salad merah


 Brussels sprout


 Asparagus


 Labu air


 Dill


 Peria pantai


 Kobis giant


Parsley


Alangkah bahagianya kalau saya ada sebijik banglo dengan halaman yang luas di sana, tentu sayuran ini semua saya tanam di halaman banglo saya. Aamiin. Moga impian saya jadi kenyataan. Aamiin

Thursday, March 27, 2014

FM 3D CH

 Tajuk entri saya hari ini macam kapal terbang MH370 pulak. Sebenarnya nak tunjuk 'fridge magnet' tiga dimensi daripada Cameron Highland.


 Ada geng rama-rama.


 Geng strawberi dan pemandangan.


 Geng sayuran dan kaktus.


 Geng lebah dan longgokan sayuran.


dan juga geng bukit-bukau serta air terjun



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Tuesday, March 11, 2014

Leptospermum Vs Serissa



Mana pokok bunga Serissa? Esok la kot saya uplod.

Dua gambar di atas adalah gambar pokok Leptospermum yang saya jumpa di Mardi CH, dah besar meriah dengan bunga pula tu. Saya ada tanam 2 pokok. Masih kecil, bunga pun sikit sahaja. Tapi saya cukup puas hati sebab tahan lama juga pokoknya dan tak cerewet dari segi penjagaannya.

Ada pengumuman penting bagi rakan-rakan setempat kerja dengan saya. Esok saya akan buat jualan. Marilah datang beramai-ramai kalau teringin nak memiliki pokok daun sup, pokok delima, pokok Okinawan's Spinach, pokok tenggek burung dan segala macam biji benih dengan harga kasih sayang.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, March 7, 2014

Ini buah raspberry ker?

 Dah masak pun buah raspberry saya ini. Dah boleh buat topping pavlova la ni.
Acah jer tu, bukannya pokok raspberry saya, ini pokok raspberry Mardi Cameron Highland.


 Memang menggiurkan buah ini, lebat pula tu. Tapi tak ada pun pelawat yang berminat nak tengok ker, nak pegang ker macam saya. Tapi itu bukan tangan sayalah yer.


 Bunganya pun cantik, Saya pernah tanam pokok ini dulu tapi tak sempat berbuah, mati sebab saya tak peduli dekat dia.


Tengoklah buahnya siap kering dekat pokok. Kesian. Kenapalah agaknya yer.
Kemudiannya saya tahu kenapa buah ini tak diperdulikan. Rupa-rupanya rasanya sangat masam dan tak sedap lansung. Patutlah kering kat pokok jer, burung dan binatang lain pun tak ingin nak ambil makan.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, March 5, 2014

Bunga Satin Kaktus

 Bulan lepas saya pergi CH, beli kaktus. Bulan ini pun beli kaktus lagi. Hajat dihati nak jual sebab sebelum ini ada permintaan. Tapi sampai sekarang tak buat lagi. Isnin dengan Selasa baru-baru ini saya cuti, jadi tak sempat nak iklan lagi.

tiba-tiba malam tadi terberbunga pula kaktus ini.


 Bunganya lebih besar daripada kaktusnya. Masa beli hari tu saya perasan juga ada kudup bunga diatas kaktus tersebut. Tapi tak sangkalah pula bunganya cantik sampai macam ini. Kelopaknya macam kain satin, lembut dan berkilat.



Tu diaaa koleksi kaktus yang saya beli di CH baru-baru ni. Ada yang berkenan?



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Wednesday, February 5, 2014

Kak Tus CH

 Ini adalah kaktus-kaktus comel yang saya jumpa di Cameron Highland. Jangan terpedaya dengan bunganya yang cantik menawan itu. Bukan bunganya yang sebenar cuma bunga yang dicucuk pada batang kaktus tersebut. Yang menariknya, bunga ini kuncup pada awal pagi dan mula kembang bila terkena cahaya matahari. Tahan lama pulak tu.


 Yang ini macam pokok lidah buaya tapi comel dan kecil sahaja.

Yang ini pula saya suka sebab kelopaknya macam bunga ros hijau, rupa kobis pun ada.

Ada 9 lagi kaktus yang saya dan adik saya beli. Tengoklah kalau senang nanti saya uploadkan gambar kaktus yang lain.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Thursday, January 23, 2014

Hati-Hati Di Cameron Highland

 Saya paling tertarik pada bunga pokok ini, cantik sungguh macam juraian manik. Kalau silap tengok ingatkan bunga tiruan.


 Daunnya pun cantik juga, berkilat kemerahan.



 Kalau tengok gayanya macam spesies ati-ati, itu yang saya bagi tajuk entri ni Hati-hati di Cameron Highland. Saya jumpa pokok ini kat satu tempat perhentian di CH, tapi namanya tak ingat.


 Adik-beradik dia pun ada, yang ini kuning belang hijau.



Tapi bunganya memang sama. untuk pengetahuan rakan-rakan yang membaca, saya tak ambil pun batang pokok ini untuk ditanam. Beli pun tidak sebab tak ada jual pun kat situ.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  

Sunday, January 19, 2014

Semalam di Cameron Highland

Dulu-dulu saya selalu sangat ke Cameron Highland tapi sejak setahun kebelakangan ini hampir tak pernah. Semalam sekali lagi saya ke Cameron Highland. Seawal lapan pagi saya dah sampai di Ladang Teh Bharat, sambil minum teh tarik dan menjalani sesi pengambaran syok sendiri. Kebetulan hujan turun renyai-renyai membuatkan kesejukan terasa hingga ke tulang.

Dalam perjalanan balik saya menemui bunga ini tumbuh mekar di sepanjang longkang di tepi jalan. Warna merah jambunya amat menyerlah berbanding warna konkrit longkang.


 Saya juga ternampak bunga kuning oren ini nun jauh di atas bukit, kelihatan sangat cantik tapi apakan daya, tak mampu saya mendaki bukit curam semata-mata untuk mendapatkannya. Jadi saya ambil gambar pun jadilah.


Inilah longkang yang saya katakan itu. Lokasinya berdekatan dengan tulisan besar 'SELAMAT DATANG KE CAMERON HIGHLANDS  PAHANG DARUL MAKMUR'. Nampak tak warna merah jambu betul-betul antara sempadan rumput dan konkrit longkang. Di situlah tempat dimanana saya jumpa bunga-bunga kecil dan comel tersebut. Kalau ditanya nama atau spesiesnya memang saya tak tahu.




************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH

Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
 
 

Thursday, February 21, 2013

Belum Cukup Matang


Setiap kali balik ke rumah mak abah saya, geram betul saya tengok buah markisa yang ada di pokoknya.


Ada dua biji sahaja. Tapi ia menggamit-gamit saya untuk memetiknya. Anak pokok markisa ini saya beli di Mardi Cameron Highland. Cadangnya nak tanam di rumah saya, tapi memikirkan kawasan di rumah saya yang kurang, saya berikan sahaja kepada mak saya.


 Akhirnya saya petik juga. Mak saya kata boleh. Abah saya pun kata boleh, lagipun saya yang belikan anak pokoknya kan, takkanlah diorang nak marah.


Saya ambil pisau dan potong. Buah ini ringan sahaja sebab kulitnya bergabus.


Isinya seketul-seketul, tak berair pun, menunjukkan belum cukup matang.


Saya ambil isinya dan masukkan dalam mulut, masam ketumpam (pernah dengar ker perkataan ni?). Sesuai di potretkan sahajalah nampaknya untuk tatapan saya dan pembaca blog Semua Menjadi

Tak apa. Ada sebiji lagi.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...